Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.ta.kan] | مڠاتاکن

Definisi : 1 memberitahukan; menceritakan: Dia ~ bahawa dia akan berangkat besok. 2 mengeluarkan kata-kata; mengucapkan; menuturkan: Dia tidak pernah ~ bahawa dia pandai. 3 menyifatkan; memisalkan: Ali ~ Ahmad sbg kambing kerana dia takut mandi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,

Peribahasa

Telur mengatakan lepang tak pandai duduk.

Bermaksud :

Tidak sedar akan kekurangan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(9)

470

The pot calling the kettle black

Orang yang mengkritik atau mengata orang lain sedangkan dia pun sama seperti hal yang dikatakan itu.

Kuali mengatakan belanga hitam

My grandmother overheard her neighbour gossiping that she had no dignity as she had married another woman's husband. She rebuked by saying: ''Well, look who''s talking. Weren't you the one who got attacked by those women when they heard that you wanted to marry their husband? Talk about the pot calling the kettle black!''

Nenekku terdengar umpatan jirannya yangmengatakan bahawa dia tidak ada maruah kerana berkahwin dengan suami orang. Dia menempelak kembali dengan berkata: ''Cermin diri kau dulu. Bukankah kau dulu diganyang oleh madu-madu kau apabila mereka mendapat tahu yang kau hendak merampas laki mereka? kuali mengatakan belanga hitam, konon!''

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menidakkanmengatakan tidak ada; mengatakan tidak mungkin atau tidak benarKamus Pelajar Edisi Kedua
menidakkanmengatakan tidak ada; mengatakan tidak mungkin atau tidak benar.Kamus Pelajar
tibimenidakkan mengatakan tidak ada; mengatakan tidak mungkin atau tidak benar.Kamus Pelajar
mengatakan1 memberitahukan; menceritakan: Dia ~ bahawa dia akan berangkat besok. 2 mengeluarkan kata-kata; mengucapkan; menuturkan: Dia tidak pernah ~ bahawa dia pandai. 3 menyifatkan; memisalkan: Ali ~ Ahmad sbg kambing kerana dia takut mandi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengatakan1. memberitahukan; menceritakan: Dia ~ bahawa dia akan berangkat besok. 2. mengeluarkan kata-kata; mengucapkan; menuturkan:Dia tidak pernah ~ bahawa dia pandai. 3. menyifatkan; memisalkan:Ali ~ Ahmad sbg kambing kerana dia takut mandi.Kamus Pelajar
berkalau-kalaumengatakan sesuatu yg tidak pasti dgn mengatakan kalau berkali­kali, atau memberikan pelbagai alasan: mengapa pula ~ Fikri?; budaya ilmu menjauhkan masyarakat drpd membuat serkap jarang, ~ dan berpura-pura.Kamus Dewan Edisi Keempat
terkata1. = terkata-kata dapat berkata­kata atau mengatakan sesuatu; tidak (tiada) ~ tidak dapat berkata-kata (utk menyatakan pendapat, perasaan, dll mengenai sesuatu), tidak berdaya mengatakan sesuatu: tiadalah ia terkata-kata lagi akan kelakuan Pak Pandir itu lalu ia berkemas barang-barangnya; maka adapun segala orang tiada percaya boleh dipecahkan kota Melaka itu pun terkatuplah mulutnya, tiadalah terkata-kata lagi; 2. = terkatakan dapat diceritakan (dinyatakan, diperikan), terperikan: maka orang mati pun tiada terkatakan lagi banyaknya; tiada ~ lagi bencinya baginda;Kamus Dewan Edisi Keempat
bilang IIbp cakap, bercakap: Narto tak ~ dia hendak lari; emak ~, jangan pergi; membilang bp mengatakan; apa yg hendak dibilang apa yg hendak dikatakan; membilangi memberitahu, memberi nasihat; membilangkan memberitahukan, mengatakan; perbilangan peribahasa yg melahirkan kata-kata yg sudah menjadi spt peraturan atau undang-undang atau nasihat yg dapat dijadikan pegangan.Kamus Dewan Edisi Keempat
bohongtidak sama dgn hal yg sebenarnya; tidak betul; dusta: Jangan suka bercakap ~. berbohong bercakap atau berbuat bohong: Saya tidak pernah ~. membohongi mengatakan sesuatu yg tidak benar kpd; mendustai: Dia diajar supaya tidak ~ sesiapa pun. membohongkan mengatakan (menganggap) bohong; menyangkal tuduhan dsb; menidakkan: Ia ~ semua tuduhan yg dilemparkan kpdnya. kebohongan sesuatu yg bohong: ~nya itu ketahuan juga akhirnya. pembohongan perbuatan (hal dsb) membohongi atau membohongkan. pembohong orang yg suka berbohong.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bisikbisik-bisik desas-desus: ada ~ mengatakan dia akan berkahwin tidak lama lagi; berbisik, berbisik-bisik 1. bercakap dgn suara yg perlahan (kpd seseorang atau sesuatu kumpulan supaya tidak didengar orang lain di sekitarnya): dia memanggil dgn suara yg sangat perlahan, spt orang ~ bunyinya; 2. = bisik-bisik secara diam-diam (sehingga tidak didengar atau diketahui orang): mereka berbincang dgn cara bisik-bisik; 3. ki berhembus dgn bunyi yg perlahan (bkn angin): malam yg hening, terdengar angin ~; ~ kedengaran, berimbau kelampauan prb sangat dekat antara orang yg bercakap dgn orang yg mendengar;membisiki bercakap kpd seseorang dgn berbisik, memberitahu sesuatu kpd orang secara diam-diam: segera datang kawan saya ~ saya;membisikkan 1. memberitahukan dgn berbisik, memberitahukan dgn diam-diam: ia membongkok dan ~ sesuatu ke telinga anaknya; 2. mengucapkan sesuatu dgn suara yg perlahan: ~ kalimah syahadat; ~ doa; 3. mengilhamkan (dlm hati); bisikan 1. sesuatu yg dibisikkan; 2. perihal membisiki atau membisikkan; ~ hati kata hati; ~ gajah Kl bisikan yg dapat didengar orang lain; 3. ilham;pembisik 1. orang yg berbisik; 2. Id orang yg mengatakan apa yg harus diucapkan oleh pemain dlm sandiwara; 3. orang yg membacakan skrip (drama, teater, filem dsb) dgn perlahan kpd pelakon yg terlupa akan dialog semasa pementasan, penggambaran dsb diadakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas