mengimbas kembali | membayangkan sesuatu atau melihat kembali dlm fikiran: dia ~ detik perkenalannya dgn suaminya sekarang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengimbas | 1. = mengimbasi mengenakan arus udara pd sesuatu, mengipas; 2. bergerak ke kiri dan ke kanan dgn cepat: tiang topang imbas-~; 3. = mengimbasi Id menggerakkan (memindahkan) arus elektrik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sintigrafi | kaedah utk melihat organ tubuh dgn mengimbas bahagian berkenaan dgn pengesan kelipan selepas suntikan sebatian berlabel radioaktif. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mesin pengimbas(scanning machine) | Mesin yang digunakan untuk memasukkan data ke dalam komputer dengan mengimbas maklumat. Pengimbasan ini dilakukan sama ada melalui kaedah optik atau magnet. | Kamus Komputer |
imbas kembali | bahagian cerita filem, novel, dsb yg memperlihatkan semula peristiwa-peristiwa yg terdahulu: beliau menggunakan teknik ~, igauan, dan mimpi-mimpi ngeri; mengimbas kembali membayangkan sesuatu atau melihat kembali dlm fikiran: dia ~ detik perkenalannya dgn suaminya sekarang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembanding alamat(address comparator) | Peranti yang mengesahkan alamat yang dibaca adalah sama dengan alamat rujukan dengan membandingkan kedua-dua alamat. Alamat rujukan ini terdapat dalam penumpuk atau daftar khas. Pemproses dengan itu boleh mengimbas ruang ingatan sehingga kedudukan yang ingin dicapai ditemui. | Kamus Komputer |
imbas | 1. arus udara (kerana orang mengipas, orang berjalan, dll); sekali ~ selayang pandang: dia kenal gadis itu, walaupun dipandangnya sekali ~ sahaja; 2. arus elektrik; 3. = ~ hantu sl penyakit yg kononnya disebabkan oleh hantu yg lalu; 4. ark dorongan (desakan); seimbas sekejap, selayang; ~ pandang selayang pandang; imbas-imbas hampir sama (serupa), seakan-akan: anak itu ada ~ rupa ayahnya; mengimbas 1. = mengimbasi mengenakan arus udara pd sesuatu, mengipas; 2. bergerak ke kiri dan ke kanan dgn cepat: tiang topang imbas-~; 3. = mengimbasi Id menggerakkan (memindahkan) arus elektrik; imbasan imbas, gerakan (aliran) udara, gerakan kereta, dll yg cepat: ia hanya sempat melihat ~ kereta tersebut; kad ~ kad yg diperlihatkan sebentar pd murid utk menguji (kebolehan, kecepatan berfikir, dll); pengimbasan (Ubat) kaedah memeriksa bahagian tertentu tubuh, sama ada dgn menggunakan gelombang bunyi atau sinaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |