menjelajah | pergi mengelilingi sesuatu tempat (utk menyelidik, makan angin dll); melancong; mengembara: Ia telah ~ ke seluruh benua Asia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjelajah | pergi berjalan ke merata-rata tempat (utk menyelidik dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jelajah | ; menjelajah pergi mengelilingi sesuatu tempat (utk menyelidik, makan angin dll); melancong; mengembara: Ia telah ~ ke seluruh benua Asia. menjelajahi mengunjungi sesuatu tempat utk pelancong dsb; mengembarai: Kami ingin ~ tempat yg bersejarah. penjelajahan perbuatan menjelajah atau menjelajahi. penjelajah 1 orang yg menjelajah atau menjelajahi sesuatu tempat; pelancong; pengembara. 2 = kapal ~ sj kapal perang yg sederhana besarnya tetapi laju. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jelajah | menjelajah pergi mengelilingi sesuatu tempat (utk menyelidik, makan angin dll); melancong; mengembara:Ia telah ~ ke seluruh benua Asia. menjelajahi mengunjungi sesuatu tempat utk melancong dsb; mengembarai:Kami ingin ~ tempat yg bersejarah. penjelajahan perbuatan menjelajah atau menjelajahi. penjelajah 1. orang yg menjelajah atau menjelajahi sesuatu tempat; pelancong; pengembara. 2. = kapal ~ sj kapal perang yg sederhana besarnya tetapi laju. | Kamus Pelajar |
mengelilingi | 1. berada (bergerak) di sekitar sesuatu tempat dll, melingkari, mengedari: lima orang pemuda sedang ~ meja itu; bumi ~ matahari; 2. menjelajah; ~ dunia pergi (berkunjung) ke tempat-tempat sekeliling dunia, menjelajah dunia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kembara | ; mengembara pergi ke mana-mana (dgn tidak tetap tempat kediaman dan tidak tentu pula tempat yg ditujui), bertualang, menjelajah: bertahun-tahun ia ~ dr sebuah negara ke negara lain; mengembarai mengembara (menjelajah) di: ~ negara-negara Asia; pengembaraan 1. perihal (perbuatan) mengembara: cerita yg mengisahkan ~ seorang putera raja; 2. tempat mengembara, tempat yg dijelajahi; pengembara orang yg mengembara: David Livingstone ialah seorang ~ yg terkenal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jelajah I | ; menjelajah pergi berjalan ke merata-rata tempat (utk menyelidik dll); menjelajahi mengelilingi (atau berjalan ke merata-rata tempat dll) sesuatu daerah dll (utk menyelidiki dll), menjajah: mereka telah ~ seluruh semenanjung negeri Arab; sejak manusia berjaya menaiki roket mendarat di bulan, usaha-usaha utk ~ angkasa lepas telah dipertingkatkan; penjelajahan perihal menjelajahi: inilah pertama kalinya kapal terbang digunakan utk ~ di bahagian Artik; penjelajah 1. orang yg menjelajah: Amundsen ialah seorang ~ kutub bangsa Norway; 2. = kapal ~ sj kapal perang yg tidak begitu besar tetapi laju. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjajap | menjelajah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penjelajahan | perbuatan menjelajah atau menjelajahi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengembarai | mengembara (menjelajah) di: ~ negara-negara Asia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |