Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.ki.ti] | مڽاکيتي

Definisi : 1. menyebabkan berasa sakit (sengsara, sedih, pilu, dll): janganlah kamu suka mengganggu dan ~ orang lain; aku tidak sanggup ~ hatimu; 2. ark sakit ketika melahirkan anak: ketika itu bininya sedang ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.ki.ti] | مڽاکيتي

Definisi : 1 menyebabkan orang berasa sakit: Sebenarnya polis tidak boleh ~ orang-orang tahanan. 2 menjadikan sakit: Kata-katanya ~ hatiku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,

Peribahasa

Menggetil puncak kedal orang.

Bermaksud :

Menyakiti hati seseorang dengan sindiran (perkataan, perbuatan dan sebagainya) dalam sesuatu pertemuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyinggung mata bisul orang). getil = mencubit; kedal = kudis.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menyakiti1 menyebabkan orang berasa sakit: Sebenarnya polis tidak boleh ~ orang-orang tahanan. 2 menjadikan sakit: Kata-katanya ~ hatiku.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyakiti1. menyebabkan berasa sakit (sengsara, sedih, pilu, dll): janganlah kamu suka mengganggu dan ~ orang lain; aku tidak sanggup ~ hatimu; 2. ark sakit ketika melahirkan anak: ketika itu bininya sedang ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyakiti 2 menjadikan sakit: Kata-katanya ~ hatiku.Kamus Pelajar
menyakiti 1 menyebabkan orang berasa sakit: Sebenarnya polis tidak boleh ~ orang-orang tahanan. Kamus Pelajar
melukai1. mendatangkan luka pd; ~ musuh mendatangkan luka pd musuh; 2. = melukakan menyakiti (hati): sindiran yg ~ hati dihamburkan kepadanya; ~ hati menyakiti hati;Kamus Dewan Edisi Keempat
menduri1. spt duri: tajamnya ~ landak; 2. ki menyakiti (menyusahi dll) hati: ~ hatiku melihat perangainya yg tidak senonoh; kata-kata yg ~ kata-kata yg menyakiti hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
sadis1. suka atau bersifat menyakiti atau menyeksa orang dr segi fizikal atau mental utk mendapat keseronokan atau kepuasan: memang ada lelaki ~ yg mendapat kepuasan seks dgn mendera pasangannya; jenaka itu begitu ~ bagi Zura; 2. tidak mengenal belas kasihan, kejam: kelihatan penuh ~, burung hering itu menyiat-nyiat mangsanya; 3. orang yg suka menyakiti atau menyeksa orang utk mendapat keseronokan atau kepuasan, orang yg melakukan sadisme.Kamus Dewan Edisi Keempat
melukakanmenyakiti (hati): sindiran yg ~ hati dihamburkan kepadanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
menusuk hatimenyakiti hati.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menggunting hatimenyakiti hati.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas