Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.sin] | ميسين

Definisi : (mésin) alat atau perkakas yg meng­gunakan kuasa, spt elektrik dan enjin, utk melakukan sesuatu kerja, jentera, pesawat; ~ bicara = ~ nyanyi= ~ ngomong Id peti nyanyi; ~ cetak mesin utk mencetak (buku dll); ~ faks mesin utk menghantar dokumen melalui sistem pengimbasan secara elektronik melalui talian telefon dsb; ~ frangki alat utk mengecap tanda setem pd surat, bungkusan dsb yg menandakan bayaran pos telah dijelas­kan; ~ gerudi mesin utk mengorek lubang; ~ getah alat utk mengepingkan getah yg telah ditakung; ~ jahit mesin utk menjahit (pakaian dll); ~ jahit kaki mesin jahit yg dijalankan dgn kaki; ~ juruwang automatik mesin atau alat yg membolehkan pengeluaran wang sim­panan (di bank dsb) secara automatik (tanpa dilayani pekerja bank); ~ kira = ~ hitung mesin utk menghitung; ~ kisaran padi mesin utk mengisar padi; ~ perakam waktu mesin yg merakamkan waktu seseorang pekerja masuk ke tempat kerja dan pulang selepas bertugas; ~ sinar-X mesin yg memancarkan sinar-X menembusi bahan pejal (spt bahagian dlm tubuh, bagasi dsb); ~ slot mesin utk berjudi dgn memasukkan duit (syiling) ke dalamnya; ~ stensil alat yg digunakan utk mencetak salinan bertaip atau bertulis drpd stensil; ~ taip = ~ ketik Id = ~ tulis mesin utk menulis; ~ tayang wayang gambar alat utk mena­yangkan filem; ~ tempel Id mesin (enjin) motor sangkut; ~ terbang Id kapal terbang; bermesin dipotong dsb dgn menggunakan mesin: rumput yg sudah tumbuh tinggi di halaman rumah itu masih belum ~; memesin mengerjakan sesuatu dgn mesin: waktu Agus pulang dr ~ getah, tidak ada kuih yg terhidang; pemesinan perihal memesin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.sin] | ميسين

Definisi : alat yg memberi tenaga atau daya dan memungkinkan kita menggerakkan atau melakukan sesuatu dgn mudah; jentera; pesawat. ~ cetak mesin utk mencetak buku dll. ~ gerudi mesin utk mengorek lubang. ~ getah alat utk mengeping getah yg telah dibekukan. ~ jahit mesin utk menjahit. ~ kira (hitung) mesin utk menghitung. ~ rencam a. mesin yg gunanya bermacam-macam. b. mesin yg rumit. ~ taip mesin utk menaip. memesin mengerjakan sesuatu dgn mesin: Emaknya sedang menolong bapanya ~ getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mesin
Rujuk :jentera

Peribahasa

236

Old habits die hard

Tabit atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan sukar diubah.

Ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya?

People would still prefer to queue up to buy their tickets at the counters. When asked why they were reluctant to use the ticket-vending machines, their response was "troublesome". It is true : old habits die hard.

Orang ramai masih suka beratur untuk membeli tiket di kaunter. Apabila ditanya mengapa mereka keberatan hendak menggunakan mesin tiket, jawapan mereka, ''menyusahkan''. Benarlah : ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya?

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
giling; anak batu ~ batu yg bulat panjang (kawan batu giling) utk menghancurkan lada dll; batu ~ batu utk menghancurkan rempah (lada, beras, dll); beras ~ beras drpd padi yg dikupas dgn mesin; mesin ~ mesin berat yg digunakan utk memadatkan (meratakan) jalan; giling-giling besi atau batu bulat yg digunakan utk memadatkan (meratakan) jalan (tanah); menggiling 1. menghancurkan atau melumatkan (rempah dll) dgn batu giling dan anak batu giling; 2. memadatkan (memipihkan) tanah dll dgn giling-giling (mesin giling); 3. mengupas (mengilang) padi dgn mesin giling; 4. memerah (mengilang) tebu dll di antara dua kayu (besi) bulat yg berpusing; 5. menggelek; 6. menggulung (rokok dll); menggilingkan menggiling sesuatu utk: Hasnah ~ emaknya rempah; gilingan aci atau gandar pd kincir; penggilingan 1. mesin dll yg dipakai utk menggiling padi dll; 2. perbuatan menggiling; penggiling; ~ jalan giling-giling.Kamus Dewan Edisi Keempat
tep I(tép) I IB; mesin ~ mesin tulis, mesin taip; mentep mengetik, menaip.Kamus Dewan Edisi Keempat
zeroks(zéroks) proses membuat salinan foto (fotokopi) bahan bertulis (bercetak) atau kerja-kerja grafik; mesin ~ mesin yg digunakan utk membuat salinan foto (fotokopi), mesin fotokopi; salinan ~ salinan foto, fotokopi; menzeroks membuat salinan foto, (fotokopi) bahan bertulis (bercetak) atau kerjakerja grafik dgn menggunakan mesin zeroks (mesin fotokopi): ~ beberapa makalah dlm majalah itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
taipmesin ~ mesin papan kekunci utk menulis huruf, angka, dsb secara mekanikal;menaip menulis dgn mesin taip: tatkala dia ~ itu mulutnya kumat-kamit sedang jarinya menekan satu-satu huruf; taip-menaip perihal menaip (surat, rencana, dll): mereka telah menganjurkan suatu kelas trengkas dan ~; menaipkan menaip sesuatu utk (kerana); taipan yg ditaip, hasil drpd (perbuatan) menaip: membetulkan kesilapan-kesilapan ~; penaipan perihal (perbuatan dsb) menaip: satu cetakan hasil ~ hendaklah dikeluarkan utk semakan; penaip orang yg menaip.Kamus Dewan Edisi Keempat
tip IImesin ~ mesin taip;mengetip menaip, mengetik; tik I.Kamus Dewan Edisi Keempat
pres(prés); mesin ~ mesin utk mengapit (me­nindih dll); dipres diapit (ditindih).Kamus Dewan Edisi Keempat
meringankan1 menjadikan ringan; memudahkan; menyenangkan: Mesin-mesin moden sesungguhnya telah dpt ~ kerja para petani di kampung. 2 memandang tidak mustahak atau tidak penting; menganggap ringan (mudah): Dia tidak suka ~ agamanya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mesin(mésin) alat atau perkakas yg meng­gunakan kuasa, spt elektrik dan enjin, utk melakukan sesuatu kerja, jentera, pesawat; ~ bicara = ~ nyanyi= ~ ngomong Id peti nyanyi; ~ cetak mesin utk mencetak (buku dll); ~ faks mesin utk menghantar dokumen melalui sistem pengimbasan secara elektronik melalui talian telefon dsb; ~ frangki alat utk mengecap tanda setem pd surat, bungkusan dsb yg menandakan bayaran pos telah dijelas­kan; ~ gerudi mesin utk mengorek lubang; ~ getah alat utk mengepingkan getah yg telah ditakung; ~ jahit mesin utk menjahit (pakaian dll); ~ jahit kaki mesin jahit yg dijalankan dgn kaki; ~ juruwang automatik mesin atau alat yg membolehkan pengeluaran wang sim­panan (di bank dsb) secara automatik (tanpa dilayani pekerja bank); ~ kira = ~ hitung mesin utk menghitung; ~ kisaran padi mesin utk mengisar padi; ~ perakam waktu mesin yg merakamkan waktu seseorang pekerja masuk ke tempat kerja dan pulang selepas bertugas; ~ sinar-X mesin yg memancarkan sinar-X menembusi bahan pejal (spt bahagian dlm tubuh, bagasi dsb); ~ slot mesin utk berjudi dgn memasukkan duit (syiling) ke dalamnya; ~ stensil alat yg digunakan utk mencetak salinan bertaip atau bertulis drpd stensil; ~ taip = ~ ketik Id = ~ tulis mesin utk menulis; ~ tayang wayang gambar alat utk mena­yangkan filem; ~ tempel Id mesin (enjin) motor sangkut; ~ terbang Id kapal terbang; bermesin dipotong dsb dgn menggunakan mesin: rumput yg sudah tumbuh tinggi di halaman rumah itu masih belum ~; memesin mengerjakan sesuatu dgn mesin: waktu Agus pulang dr ~ getah, tidak ada kuih yg terhidang; pemesinan perihal memesin.Kamus Dewan Edisi Keempat
cetak/cétak/ cap (tanda, huruf) pd kertas atau pd kain: mesin ~ mesin utk menurunkan tulisan pd kertas dsb. bercetak dlm bentuk cetak; sudah dicetak. mencetak 1 menurunkan tulisan, gambar dll pd kertas atau pd kain dgn alat cetak (utk dijadikan buku dsb); mengecap. 2 menuang sesuatu (logam dsb) ke dlm acuan; membuat sesuatu dgn acuan: ~ timah. mencetakkan mencetak utk. tercetak telah dicetak; termeterai. cetakan apa-apa yg dicetak (buku dsb). percetakan 1 (segala) urus­an yg berkaitan dgn hal menghasilkan bahan bercetak. 2 tempat atau syarikat mencetak: pejabat ~. pencetakan perbuatan atau hal mencetak. pencetak 1 orang atau syarikat yg mencetak. 2 alat utk mencetak. ~ laser pencetak yg menggunakan sinaran laser utk menghasilkan cetakan (teks, imej dsb) yg lebih jelas. ~ matriks bintik ist pencetak yg membentuk setiap aksara cetakan berdasarkan matriks yg mengandungi corak bintik aksara. ~ warna alat yg boleh mencetak teks, gambar dsb dlm berbagai-bagai warna pd kertas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pemeras1. orang yg memeras, pemerah; 2. (alat) utk memeras; mesin ~ mesin utk memeras.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas