Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.si.bah] | مصيبة

Definisi : Ar 1. bencana, celaka, malapetaka: janganlah kamu mencari ~ dan bahaya bagi dirimu sendiri; 2. bk kata makian, celaka, sial: ah, ~ betul mereka itu (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
musibah
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :malapetaka

Peribahasa

97

Every cloud has a silver lining

Di sebalik malang yang menimpa, tentu ada kebaikan atau rahmatnya.

Dalam musibah ada rahmat

She was deeply depressed when her megastar fiancé dumped her. She had known him long before he became famous. But every cloud has a silver lining. Her broken relationship has been trust into the limelight and opened doors to many lucarative offers from big companies. Now, she’’s crying all the way to the bank!

Dia dirundung kesedihan apabila tunangnya yang merupakan artis ternama telah meninggalkannya. Dia mengenali lama sebelum tunangnya itu menjadi terkenal. Tetapi dalam musibah ada rahmat. Kisah putus tunangnya itu menjadi perhatian ramai dan mengundang banyak tawaran lumayan daripada syarikat yang besar. Kini, rintihannya itu mengaut rezeki!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
musibahAr 1. bencana, celaka, malapetaka: janganlah kamu mencari ~ dan bahaya bagi dirimu sendiri; 2. bk kata makian, celaka, sial: ah, ~ betul mereka ituKamus Dewan Edisi Keempat
musibat, musibah Ar 1. bencana, celaka, malapetaka: janganlah kamu mencari ~ dan bahaya bagi dirimu sendiri; 2. bk kata makian, celaka, sial: ah, ~ betul mereka itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
dugaan Tuhansesuatu musibah, kesukaran dsb yg berlaku utk menguji keimanan atau kesabaran seseorang;Kamus Dewan Edisi Keempat
dugaan Allah (Tuhan)sesuatu musibah, kesukaran dsb yg berlaku utk menguji keimanan atau kesabaran seseorang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dugaan Allah= ~ Tuhan sesuatu musibah, kesukaran dsb yg berlaku utk menguji keimanan atau kesabaran seseorang;Kamus Dewan Edisi Keempat
kait-pautsang­kut-paut, hubungan atau kaitan: musibah atas diri seseorang tidak ada ~ dgn orang lain;Kamus Dewan Edisi Keempat
dugaan1. agakan, sangkaan, tekaan, ramalan, telahan: sekarang terbukti bahawa ~ mereka itu benar-benar berlaku; 2. cubaan, ujian: hanya beberapa orang sahaja yg lulus ~ kelayakan utk jawatan tersebut; 3. hasil drpd menduga; ~ Allah = ~ Tuhan sesuatu musibah, kesukaran dsb yg berlaku utk menguji keimanan atau kesabaran seseorang; ~ hidup ki kejadian yg sukar yg terpaksa dihadapi dgn tabah, cubaan (ujian, cabaran) hidup; ~ syaitan ujian yg berupa ajakan ke arah melakukan perbuatan yg tidak baik (spt melakukan rasuah, pecah amanah, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
kait I1. besi (bulu dll) yg bercangkuk hujungnya; jarum ~ jarum utk mengait; 2. ki sangkut-­paut, tipu muslihat, sesuatu yg terselindung: sebelum menandatangani sesuatu, periksa dahulu kalau-kalau ada ~nya; ~-paut sang­kut-paut, hubungan atau kaitan: musibah atas diri seseorang tidak ada ~ dgn orang lain; berkait 1. mempunyai kait, bercangkuk hujungnya: memetik buah rambutan dilakukan dgn galah yg ~; 2. tersangkut (pd): duri ~ pd bajunya; 3. = berkaitan; berkaitan, berkait-kaitan bersangkutan, berhubungan, berkenaan: hal-hal yg ~ dgn kewangan; perkara-perkara yg ~ dgn pelajaran; keberkaitan keadaan (hal) berkait: terdapat ~ sistem-sistem ilmu pengetahuan tersebut; mengait 1. memetik (menarik dll) sesuatu dgn kait, mencangkuk, menggancu: ~ buah rambutan; maka datang hulubalang Pahang ~ jong itu; 2. merajut dgn jarum kait: ia terpaksa menyulam dan ~ renda utk nafkah hidupnya; 3. melukai dgn sesuatu yg berkait: duri itu ~ kakinya; 4. ki mengambil keuntungan dll dgn cara tidak halal; mengaitkan 1. menjadikan berkait (bercangkuk, bersangkut), mencangkukkan, menghubung­kan: baginda ~ kelingking anakanda kedua-dua laki isteri; 2. = memperkaitkan men­jadikan bersangkutan (berhubungan, ber­talian), memperhubungkan: perkara itu lebih menyayat hati apabila diperkaitkan dgn rencana penulis tersebut; kita selalunya memperkaitkannya dgn kebolehan utk mendapatkan ilmu pengetahuan; terkait terlibat; kaitan 1. kait (benda yg hujungnya berkait); 2. hasil mengait (merajut): alat ini digunakan utk membaiki ~ tangan atau mesin; 3. yg diikat (dirajut): barang ~; gelung ~; 4. hu­bungan, pertalian: perkara itu mempunyai ~ yg rapat dgn rundingan damai; tali jangan putus, ~ jangan serkah prb menyelesaikan sesuatu perkara biarlah seadil-adilnya supaya dapat diterima kedua-dua pihak; keterkaitan keadaan terkait: aspek kemasyarakatannya diteliti dlm ~nya dgn unsur struktur karya sastera; perkaitan perihal berkait(an), perhubungan: soal-soal yg dibincangkan mempunyai ~ langsung dgn masalah perkauman; yg menarik hati saya ialah ~ makna perkataan hias dgn gaya; pengaitan perihal mengaitkan sesuatu, pelibatan: prinsip pembahagian kerja dan ~ tanggungjawab dan kekuasaan; pengait 1. kait (benda yg hujungnya berkait); 2. orang yg mengait: ~ kelapa.Kamus Dewan Edisi Keempat
duga= batu ~ batu atau timah yg bertali utk mengukur dalamnya laut (sungai dll): tali ~ tali pengukur dalamnya laut (sungai dll). menduga 1 mengukur dalamnya laut (sungai dll): Laut yg dalam pun dpt diduga. 2 meneka; mengagak; meramalkan: Dia sudah ~ bahawa suaminya akan marah jika ia memotong rambutnya. 3 mencuba (utk mengetahui); menguji: Peperiksaan itu cuma hendak ~ pengetahuan murid-murid. terduga 1 dpt diduga: Keputusan peperiksaan itu tidak ~ olehnya. 2 tersangka; terjangka: Lantikannya sbg Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas itu memang tidak ~ sama sekali. dugaan 1 sesuatu yg telah diduga; tekaan: Perkara itu berlaku luar ~ saya. 2 cubaan; ujian: Semasa di Majapahit, Hang Tuah telah mengatasi berbagai-bagai ~. ~ Allah (Tuhan) sesuatu musibah, kesukaran dsb yg berlaku utk menguji keimanan atau kesabaran seseorang. ~ hidup cubaan atau ujian hidup. penduga alat atau perkakas utk menduga; penguji.Kamus Pelajar Edisi Kedua
duga I1. = batu ~ pengukur dalamnya laut (sungai dll) drpd batu atau timah yg bertali; tali ~ tali pengukur dalamnya sungai (laut dll); 2. agak, sangka, teka: bayaran yg saya terima itu lebih besar jumlahnya drpd yg saya ~; menduga 1. mengukur dalamnya laut (sungai dll), mengajuk: laut yg dalam boleh diduga; 2. mengagak, meneka, meramalkan, me­nyangka: dr tadi dia ~ yg perkara itu akan berlaku; 3. menguji, mencuba, mengukur, hendak mengetahui: kami akan menghadapi peperiksaan penggal dua yg diadakan utk ~ kedudukan pelajaran kami; terduga 1. telah diduga, boleh (dapat) diduga; 2. tersangka, terhitung, terjangka: lantikan Encik Ahmad sbg Yang Dipertua persatuan itu memang tidak ~ sama sekali; dugaan 1. agakan, sangkaan, tekaan, ramalan, telahan: sekarang terbukti bahawa ~ mereka itu benar-benar berlaku; 2. cubaan, ujian: hanya beberapa orang sahaja yg lulus ~ kelayakan utk jawatan tersebut; 3. hasil drpd menduga; ~ Allah = ~ Tuhan sesuatu musibah, kesukaran dsb yg berlaku utk menguji keimanan atau kesabaran seseorang; ~ hidup ki kejadian yg sukar yg terpaksa dihadapi dgn tabah, cubaan (ujian, cabaran) hidup; ~ syaitan ujian yg berupa ajakan ke arah melakukan perbuatan yg tidak baik (spt melakukan rasuah, pecah amanah, dll); pendugaan perihal atau perbuatan menduga (mengajuk), pengajukan; penduga alat (perkakas) utk menduga (me­ng­ajuk); batu ~ batu duga.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas