Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata namaku

Puisi
 

Beribu biji nangkaku,
     Cincin permata jatuh ke ruang;
Kalau rindu sebut namaku,
     Air mata jangan dibuang.


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ingat1. masih ada dlm fikiran, tidak lupa: ia masih ~ lagi namaku; ~-ingat lupa antara ingat dgn tidak ingat (tidak berapa ingat); memberi ~ memberitahu (supaya ingat); 2. timbul lagi dlm fikiran, tahu, sedar: sesampai di pejabat baru saya ~ bahawa saya belum makan pagi; 3. (dlm keadaan) sedar, siuman: setelah beberapa lama pengsan maka ~lah ia akan dirinya; ~ akan keadaan diri sedar akan hal diri; tidak ~ a) terlupa; b) tidak sedarkan diri, pengsan; 4. = ingat-ingat hati­-hati, berjaga-jaga, bersedia-sedia: kata orang tua-tua, ~ sebelum kena; 5. bp bercadang, berhajat, berniat: dia ~ nak bertolak semalam tetapi tak sempat; 6. bp fikir, rasa: saya ~ perkara ini mesti diselesaikan dgn segera; ~ ranting yg akan melenting, dahan yg akan mencucuk, duri yg akan mengait prb ketika membuat sesuatu pekerjaan hendaklah sentiasa berhati-hati terhadap segala bahaya dan rintangan; ~ sebelum kena, jimat sebelum habis prb hendaklah sentiasa berhati-hati supaya jangan terpedaya dan habis harta; ~ yg di atas, yg di bawah akan menimpa prb, Mn orang yg berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajibannya (jangan sampai orang yg di bawahnya disusahkan atau menentangnya); seingat, seingat-ingat sepanjang ingatan (seseorang): selama bekerja dgn Datuk dan berpuankan Datin, ~ saya, dia tidak pernah membantah; berseingat ark berhati-hati; ~ diri berhati-hati supaya diri selamat; beringat, beringat-ingat berjaga-jaga, berhati-hati, cermat: dia sangat ~ pd masa berucap itu agar jangan tersinggung sesiapa; mengingat 1. ingat (akan): dia cuba ~ kembali perkara-perkara yg telah dipercakapkan; 2. peduli (akan), mengenang: beliau meminta supaya tiap-tiap anggota polis itu sentiasa ~ tugas mereka; mengingati mengingat akan: dia sentiasa ~ pesan ibunya; kata-kata cikgu tadi diingatinya kembali; mengingatkan 1. mengingat akan: keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang ~ sesuatu; 2. memberi ingat, memberi nasihat, dll supaya sedar akan tanggungjawab (kewajiban, tugas, dll): ibunya pernah ~ bahawa tidak ada sebaik-baik tempat utk mengadu selain drpd Tuhan; 3. menimbulkan ingatan (menyebabkan terkenang): sepasang kasut hitam yg telah tembus tapaknya ~ dia kpd pak ciknya di kampung; memperingati 1. mengenangkan sesuatu peristiwa dsb dgn perayaan (kenduri dll): perayaan itu diadakan kerana ~ hari tertubuhnya Malaysia; 2. mencatat, membuat peringatan (dlm buku dll); memperingatkan memberi ingat, memberi nasihat dll supaya sedar akan tanggungjawab dll: saya telah banyak kali ~ mereka tentang bahaya bermain bunga api dekat rumah; teringat ingat dgn tiba-tiba, terkenang, timbul dlm fikiran: dia ~ satu kisah yg hampir-hampir sama dgn pengalamannya sekarang; teringat-ingat terkenang-kenang, sentiasa ingat, tergambar dlm ingatan: walaupun telah lama berpisah tetapi saya masih ~ mukanya yg sentiasa tersenyum itu; teringatkan teringat akan; ingatan 1. sesuatu yg diingat, sesuatu yg timbul dlm fikiran: kalau tak salah ~ saya orang itu pernah datang meminta kerja di pejabat ini; 2. kuasa utk mengingat sesuatu (yg didengar, dipelajari, dibaca, dilihat, dll): walaupun umurnya telah lanjut ~nya masih kuat lagi; (menjawab) dgn ~ (menjawab soalan) dgn apa yg ada dlm ingatan (dgn tidak melihat buku catatan); 3. fikiran, kesedaran, sesuatu yg terbit dlm fikiran: tiba-tiba ~nya melayang kpd isteri dan anak-anaknya yg berada di kampung; pd masa itu ~ku hanya satu iaitu hendak menjadi seorang pelukis yg terkemuka; hilang ~ pengsan, tidak sedarkan diri; ~nya kurang baik fikirannya kurang sempurna (hampir-hampir nak gila); sakit ~ sakit otak (gila); 4. perhatian: sila ambil ~ bahawa kerja ini mesti disiapkan dlm tempoh seminggu lagi; 5. (Komp) bahagian di dlm komputer yg menyimpan maklumat; ingat-ingatan 1. kenang-kenangan: pd masa hidup kita hendaklah membuat jasa utk menjadi ~ dan sebut-sebutan orang di belakang hari; 2. tidak berapa ingat, ingat lupa; peringatan 1. nasihat (teguran dll) utk diingati: saya telah beberapa kali mengingatkan dia tentang kecuaiannya itu tetapi ~ saya tidak dipedulikannya; 2. catatan, keterangan: semua perkara besar yg berlaku tiap-tiap hari dicatatnya dlm sebuah buku ~; 3. sesuatu yg digunakan utk memperingati atau mengenang sesuatu, kenang-kenangan: ia membeli sebuah lencana kecil tanda ~ menyambut kemerdekaan; tugu ~; 4. ingatan: ~ manusia hanya singkat sahaja; pengingatan perihal mengingati (mengingatkan); pengingat orang yg tidak mudah lupa sesuatu(yg didengar, dipelajari, dibaca, dilihat, dll): dia itu ~ benar orangnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyanjung-nyanjungmemuji dgn ber­lebih-lebihan, menghormati sangat-sangat, mengangkat-angkat: hairan benar, mengapa pula majalah itu ~ namaku begitu sekali?Kamus Dewan Edisi Keempat
megah1. kelihatan gagah (hebat dll), masy­hur, mulia: namanya tidak se~ dahulu lagi; 2. bangga: aku turut mendengar dan berasa ~ namaku disebut berulang kali; bermegah, bermegah-megah berasa megah, membanggakan diri, membesar-besarkan diri: orang kaya itu ~ dgn kekayaannya; memegahkan mendatangkan (menimbul­kan) rasa megah, membanggakan: di hadapan mereka itu berjejal motokar yg serba ~; memegah-megahkan membangga-bangga­kan: maka tidak perlulah dimegah-megah-kan jika apa yg diperolehnya merupakan pemberian orang sahaja; kemegahan 1. sesuatu yg dimegahkan, ke­masyhuran, kemuliaan, kebanggaan; 2. pe­rasaan megah: ~nya sbg pemilik peti tele-visyen yg tunggal di kampung kami sudah tersinggung.Kamus Dewan Edisi Keempat
memupuskanmembinasakan, memunahkan, menghapuskan, menghilangkan sama sekali: adakah kasih sayang kita yg lama bercambah itu akan kita pupuskan?; apakah ertinya hidup ini bagiku kalau engkau pun telah ~ namaku dr hatimu?; ~ malu menghilangkan malu;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyebut1. menggelar (sesuatu), memberi nama (panggilan yg tertentu): adapun Tun Fatimah disebut orang Raja Perempuan Besar; 2. memanggil, menyeru (nama dll): aku hanya turut mendengar dan berasa megah namaku disebut berulang-ulang; 3. melafazkan, mengucapkan (sesuatu perkata-an, kalimah, dll): guru hendaklah ~ sesuatu perkataan itu dgn terang; 4. memperkatakan (menceritakan, mengatakan) sesuatu: kenyataan kerajaan itu tidak ~ sebarang kemalangan jiwa spt yg telah disebut tadi;Kamus Dewan Edisi Keempat
sebutbp = menyebut; menyebut 1. menggelar (sesuatu), memberi nama (panggilan yg tertentu): adapun Tun Fatimah disebut orang Raja Perempuan Besar; 2. memanggil, menyeru (nama dll): aku hanya turut mendengar dan berasa megah namaku disebut berulang-ulang; 3. melafazkan, mengucapkan (sesuatu perkata-an, kalimah, dll): guru hendaklah ~ sesuatu perkataan itu dgn terang; 4. memperkatakan (menceritakan, mengatakan) sesuatu: kenyataan kerajaan itu tidak ~ sebarang kemalangan jiwa spt yg telah disebut tadi; menyebut-nyebut selalu benar menyebut: mulutnya ~ ibunya; tersebut 1. telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut: maka saya pun terimalah rial yg ~ itu dgn beribu-ribu terima kasih; 2. terkatakan, terperikan: maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi; 3. = kesebutan ark terkenal atau termasyhur (bkn orang dll); ~lah perkataan sl akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya; sebutan 1. apa yg disebut, (sesuatu) yg disebut: ada yg perempuan spt yg telah lalu ~nya pd bab yg pertama; 2. cara melafazkan atau menyebut (perkataan dll), ucapan, lafaz: pendengaran bergantung pd bunyi ~ huruf saksi; ~ baku sebutan (huruf atau perkataan) yg telah ditentukan atau diterima sbg yg betul atau yg sewajarnya, sebutan standard; 3. = sebut-sebutan yg selalu dipercakapkan (dibualkan dll), buah mulut: telah jadi sebut-sebutan, anak komandan polisi yg baik dan rendah hati; baginya, Tuhan hanya menjadi ~ tetapi tidak disembah; 4. panggilan (gelaran, jolokan, ejekan, dsb): Tunku Abdul Rahman mendapat ~ Bapa Malaysia; 5. (Mat) simbol atau rangkaian simbol yg mempunyai nilai-nilai tertentu (spt 3xy2); 6. Id cerita (dlm sesuatu ayat), hal, perkara; penyebutan 1. perihal menyebut: ia ber-kehendakkan ~ dan penggunaan perkataan dgn betul; 2. panggilan, gelaran, sebutan: segala orang dalam, memanggilnya Dato’ Tun, sementara ~ segala anak cucunya Dato’ Putih; penyebut 1. (orang) yg menyebut; 2. Id penyambut dlm angka pecahan (angka 3 dlm angka pecahan ).Kamus Dewan Edisi Keempat
membawa1 memegang sesuatu sambil berjalan; memegang sesuatu dr suatu tempat ke suatu tempat yg lain: Tiap-tiap hari, saya ~ bekal ke sekolah. 2 mengajak pergi bersama; memimpin atau mengiring utk menunjukkan jalan: Pd hari Ahad yg lalu, saya ~ adik saya bersiar-siar di Taman Tasik Perdana. 3 menyebabkan berlakunya sesuatu; mengakibatkan; mendatangkan: Usaha ini akan ~ kesenangan kpd kita. 4 menarik atau melibatkan (dlm sesuatu perkara, urusan dsb): Kamu jangan ~ namaku dlm urusan ini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bawa; membawa 1 memegang sesuatu sambil berjalan; memegang sesuatu dr suatu tempat ke suatu tempat yg lain: Tiap-tiap hari, saya ~ bekal ke sekolah. 2 mengajak pergi bersama; memimpin atau mengiring utk menunjukkan jalan: Pd hari Ahad yg lalu, saya ~ adik saya bersiar-siar di Taman Tasik Perdana. 3 menyebabkan berlakunya sesuatu; mengakibatkan; mendatangkan: Usaha ini akan ~ kesenangan kpd kita. 4 menarik atau melibatkan (dlm sesuatu perkara, urusan dsb): Kamu jangan ~ namaku dlm urusan ini. ~ diri a. pergi melarikan diri. b. menjaga serta menyesuaikan diri dgn keadaan. ~ hati a. mencurahkan isi hati (kpd). b. merajuk dan pergi ke tempat lain (kerana kecil hati, kecewa dsb). ~ jalan menunjukkan jalan; memulakan sesuatu pekerjaan. ~ makna (maksud) mempunyai sesuatu maksud. ~ mati (maut) menyebabkan mati. ~ mulut bercakap-cakap ttg hal orang. ~ untung a. menyebabkan mendapat untung. b. pergi mencari penghidupan di tempat lain. membawakan 1 membawa sesuatu yg akan diberikan kpd orang lain; membawa sesuatu utk: Ahmad ~ adiknya buah limau dan buah anggur. 2 membaca (sajak dsb) atau menyampaikan lagu dll: Dlm jamuan itu, Ahmad telah ~ lagu Bunga Tanjung. terbawa 1 dibawa dgn tidak sengaja: Mula-mula saya hanya bermain-main dgn tongkat datuk, tetapi kemudian tongkat itu ~ pulang. 2 dpt dibawa; sanggup dibawa; terdaya: Barang sebanyak itu tidak ~ olehnya. bawaan 1 apa-apa yg dibawa: ~ yg melebihi 40 kilogram beratnya akan dikenakan bayaran tambahan. 2 harta benda yg dibawa ketika berkahwin: Apabila berlaku perceraian, ~ isteri pulang kpd isteri. 3 benda yg dibawa sbg hadiah; buah tangan: Setiap kali dia datang, ada-ada saja ~nya. 4 berkaitan dgn sesuatu yg dibawa oleh: penyakit ~ air penyakit yg tersebar melalui air yg tercemar. pembawaan 1 perbuatan (hal, cara dsb) membawa atau membawakan. 2 sifat (tabiat dsb) seseorang sejak lahir. pembawa 1 orang yg membawa sesuatu: ~ berita. 2 benda yg membawa sesuatu: kuman ~ penyakit. 3 orang yg mengemudikan kenderaan; pemandu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pupus Ihabis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya, punah: bekerja di arkib dan mengutip bahan-bahan yg kian ~; sbg seorang yg berjiwa seni tidaklah ~ atau mati seninya dgn kerana hidupnya yg sengsara itu; ia sudah ~ ia tidak mempunyai kaum keluarga lagi; harta bendanya telah ~ harta bendanya habis semuanya; memupuskan membinasakan, memunah­kan, menghapuskan, menghilangkan sama sekali: adakah kasih sayang kita yg lama bercambah itu akan kita pupuskan?; apakah ertinya hidup ini bagiku kalau engkau pun telah ~ namaku dr hatimu?; ~ malu menghilangkan malu; terpupus sudah terhapus (hilang, lenyap, dll): perbuatanmu yg derhaka itu merupakan suatu aib yg tidak akan ~ lagi; kepupusan hilang lenyapnya, hapusnya sama sekali: kajian mengenai masalah ~ penyu akan dijalankan oleh kerajaan negeri; memelihara warisan budaya drpd ~; pemupusan perihal (perbuatan dsb) memu­puskan, pemusnahan, penghapusan: kadar pemulihan hutan yg tidak seimbang dgn kadar ~; pemupus orang yg memupuskan; ~ orang orang yg menolong menghilangkan malu (orang lain), penyelamat.Kamus Dewan Edisi Keempat
sanjung; menyanjung 1. sangat menghargai (sesuatu yg dianggap baik, berani, dll), meletak-kan pd tempat (kedudukan) yg mulia, memuji: mereka ~ tinggi kepala negara mereka; 2. = ~ hati mengambil hati, memujuk: pandai benar engkau ~ hati orang; penghulu disan-jung dgn adatnya, orang alim disanjung dgn kajinya, orang muda disanjung dgn mudanya prb a) kalau memuji orang hendak-lah dgn pujian yg kena pd tempatnya; b) mengambil hati orang hendaklah dgn perkara yg digemarinya; menyanjung-nyanjung memuji dgn ber­lebih-lebihan, menghormati sangat-sangat, mengangkat-angkat: hairan benar, mengapa pula majalah itu ~ namaku begitu sekali? sanjungan 1. penghormatan, pujian: dgn kemenangan itu agama Islam telah tersebar dgn pesatnya dan mendapat ~ yg tinggi; 2. suka dipuji-puji.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas