tandatangan | nama atau tanda (tulisan) yg menunjukkan nama seseorang yg ditulis oleh orang itu sendiri: Dia menurunkan ~nya ke dlm buku pelawat. bertandatangan sudah diberi tandatangan; ada tandatangannya. menandatangani menurunkan atau membubuh tandatangan pd sesuatu: Dia telah ~ surat perjanjian itu. penandatanganan perbuatan atau perihal menandatangani (perjanjian dsb): Majlis ~ akan diadakan pd pukul 9.00 pagi esok. penandatangan orang yg menandatangani. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |