Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok) yg buahnya berulas-ulas dan boleh dimakan, a) Artocarpus heterophyllus; b) Artocarpus integer; orang makan ~, awak kena getah prb orang lain yg berbuat salah, kita yg mendapat kesu­sahan (menanggung akibatnya); siapa makan ~ maka kena getahnya prb siapa yg berbuat salah dialah yg menanggung hukuman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nangka I

Puisi
 

Dari cempedak baiklah nangka,
     Nangka juga panjang tangkainya;
Dari budak baiklah janda,
     Janda juga banyak akalnya.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Seorang makan cempedak (= nangka),
     semua kena getahnya.

Bermaksud :

Seorang berbuat salah, semuanya dianggap bersalah juga; seorang mendapat kesenangan, orang lain mendapat kesusahannya. (Bandingkan dengan: Lain orang yang makan nangka, lain orang kena getah).

 

Lihat selanjutnya...(13)

Lihat selanjutnya...(1)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
butir nangkaa) sj ikan laut, biji nangka, Lutianus nematophorus, Parupereus luteus, Pseudopeneus luteus, Upeneus spp.; b) Kl sj kuih berkuah (dibuat drpd beras pulut).Kamus Dewan Edisi Keempat
butir II; ~ nangka a) sj ikan laut, biji nangka, Lutianus nematophorus, Parupereus luteus, Pseudopeneus luteus, Upeneus spp.; b) Kl sj kuih berkuah (dibuat drpd beras pulut).Kamus Dewan Edisi Keempat
menyisakanmenjadikan bersisa, membiar­kan berlebih sedikit, meninggalkan sedikit: isteri hulubalang yg mengidam nangka itu telah ~ nangka baginda;Kamus Dewan Edisi Keempat
cempedaksj tumbuhan (pokok yg buahnya spt nangka), Artocarpus champeden; ~ air sj tumbuhan (pokok), Artocarpus kemando; bagai bunyi ~ jatuh prb kuat bunyinya (biasanya dikiaskan pd orang yg gemuk jatuh); drpd ~ baiklah nangka prb a) drpd tidak ada langsung, sedikit pun cukuplah; b) kalau tidak ada yg baik, yg kurang baik pun berguna juga; seorang makan ~, semua kena getahnya prb seseorang berbuat salah, semuanya dikatakan berbuat salah juga; tanam ~ tumbuh nangka prb apa yg diperoleh lebih drpd apa yg diharapkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
ulas II1 isi buah yg berbiji, atau bergugus dan boleh dipisah-pisahkan (mis isi durian, nangka, limau): Dia makan beberapa ~ durian. 2 penjodoh bilangan utk isi buah atau bahagian buah yg berbiji-biji: se~ nangka; se~ limau. berulas ada ulasnya; dlm bentuk ulas: Isi buah itu ~-ulas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ulas II1. isi buah, biasanya berbiji, yg bergugus-gugus dan boleh dipisah-pisahkan, mis buah durian, nangka, manggis, limau dan langsat: setiap pangsa durian itu biasanya mengandungi dua atau tiga ~ sahaja isinya; 2. penjodoh bilangan utk bahagian buah yg berbiji dll: lalu dipinta se~ nangka pd penghulu istana itu; beberapa ~ bawang; limau masak se~ prb kepandaian yg melebihi kepandaian saudara-saudaranya yg lain; berulas berbentuk atau menyerupai ulas: isi buahnya putih, ~, lembut dan manis; berulas-ulas timbul ketul-ketul yg menyerupai ulas (bkn otot badan dsb): daging pd bahagian lengannya kelihatan ~; badannya ~ kerana mengamalkan sukan angkat berat.Kamus Dewan Edisi Keempat
nangkanama sj pokok atau buahnya (buahnya berulas-ulas dan boleh di­ma­kan), Artocarpus heterophyllus (integer). ~ belanda buah nonaKamus Pelajar Edisi Kedua
nangka II; burung ~ sj burung, burung kepu­dang, Oriolus maculatus.Kamus Dewan Edisi Keempat
nangka pipitsj tumbuhan (pokok), Artocarpus scortechinii;Kamus Dewan Edisi Keempat
nangka belandabuah nona;Kamus Dewan Edisi Keempat
1234567

Kembali ke atas