Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
nasib
Rujuk :takdir

Peribahasa

Mujur tiada berbunyi,
     malang tiada berbau.

Bermaksud :

Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih).

 

Lihat selanjutnya...(2)

Lihat selanjutnya...(1)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jemur1. perihal mengeringkan (di panas matahari); dihukum ~ dihukum dgn di­letakkan di panas matahari; 2. Id mandi (memanaskan badan) dgn panas matahari; 3. Mn padi yg dijemur; membangkit ~ mengangkat padi yg sudah dijemur; ~ terkekar, ayam tiba prb baru sahaja dikeluarkan barang dagangan, sudah banyak orang datang membeli; berjemur mengeringkan (memanaskan) ba­dan di panas matahari: dia ~ di atas pasir; menjemur mengeringkan sesuatu di panas matahari: petani itu ~ padinya di tepi ben­dangnya; ~ dada ki berjalan mem­busungkan dada (sombong); ~ sementara hari panas prb kesempatan yg baik itu janganlah dilepaskan; meski ke langit akan ~, kalau hari tak panas tak juga kering prb kalau nasib tak baik bagaimanapun usaha tidak akan beruntung juga; terjemur dijemur, kena jemur; jemuran 1. barang yg dijemur; 2. Kl serambi rumah; penjemuran tempat (alat dll) utk menjemur.Kamus Dewan Edisi Keempat
untung1. apa yg telah ditentukan (oleh Yang Maha Kuasa) akan berlaku ke atas seseorang, nasib: bukan sebab keberanian dan ke-gagahanku maka aku beroleh hadiah dan pangkat itu, hanya semata-mata kerana ~; 2. tidak sial (celaka), bernasib baik, mujur: ~ jugalah ada abang bawa kad pengenalan, kalau tidak tentu kena tahan oleh polis; 3. = keuntungan hasil pendapatan atau perolehan drpd sesuatu kegiatan (spt perusahaan, per-niagaan, dll) yg melebihi modal dan segala perbelanjaan yg berkaitan, laba: berdagang dgn tidak mendapat ~; 4. faedah, guna, manfaat: cuba kaufikir, apa ~nya mengasihi orang yg tidak mengasihi kita; ~ atas kertas (Eko) untung yg belum nyata yg diperoleh pelabur disebabkan kenaikan har­ga asal saham yg dimilikinya, dan ke­­un­tung­an sebenar akan hanya diperoleh apabila saham tersebut dijual; ~ baik (buruk) nasib baik (buruk); ~ batu ki nasib yg buruk (sial); ~ bersih laba yg diperoleh setelah ditolak segala bayaran (perbelanjaan, cukai, dll); ~ besar laba yg banyak; ~ kasar laba sebelum ditolak segala perbelanjaan (cukai dll); ~ malang a) nasib yg buruk (sial, celaka); b) nasib; ~ modal (Eko) laba modal; ~ nasib nasib badan; ~ rugi a) laba atau rugi; b) manfaat atau mudarat; ~ sabut ki nasib yg selalunya baik (mujur); ~ sebelum cukai (Eko) keuntungan yg diper-oleh oleh syarikat sebelum ditolak cukai yg berkaitan; ~ ada, tuah tidak prb a) pulang pokok sahaja; b) seseorang yg mendapat sesuatu perolehan atau kelabaan tetapi dgn segera juga balik men-jadi rugi dan hilang pendapatannya; ~ melam-bung, malang menimpa prb seseorang yg mengalami kemalangan dan hilang peng-harapan serta beroleh kesusahan pula; ~ sabut timbul, ~ batu tenggelam prb jika bernasib baik, selamat, jika bernasib malang, binasalah; ~ sepanjang jalan, malang sekejap mata prb kemalangan itu datangnya dgn tiba-tiba sahaja (sebab itu orang harus selalu berhati-hati); ~ tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak prb nasib seseorang itu tidak dapat diubah; harapan si ~ menggamit, kain di badan didedahkan prb kerana mengharap-kan laba yg besar tetapi belum tentu dapat, lalu laba yg kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan; untung-untung 1. barangkali (akan), kalau mujur, kalau-kalau: cubalah kakak ceritakan, ~ adik kakak yg buruk ini dapat melegakan fikiran kakak; 2. ada juga baiknya (barang-kali) kerana, nasib baik barangkali kerana, mudah-mudahan: biarlah dia menipu aku, ~ terbuka mataku; untung-untungan jika untung baik dan jika nasib malang binasa, jika untung baik dan jika tidak untung apa boleh buat, terserah (berserah) kpd nasib, nasib-nasiban: ~ mengerjakan pekerjaan yg besar bahayanya; “Kasihanilah kami, bawalah kami ke kampung abang,” Kamal bersuara ~; beruntung 1. memperoleh untung, mendapat laba: bukan dia sahaja yg ~ begitu, banyak lagi orang kita yg lain-lain; 2. bernasib baik, bahagia, mujur: siapa ~, dialah menang; 3. berjaya, berhasil; menguntungkan 1. mendatangkan untung (laba), memberi untung (kpd): perniagaan secara bersendirian ialah perniagaan yg paling ~ atau merugikan; 2. menyebabkan beruntung (berbahagia, mujur), mendatangkan bahagia, memanfaatkan: kalau orang itu pandai serta rajin, dia akan ~ masyarakat; 3. memberi faedah, berguna, bermanfaat: keadaan dalam negeri telah memberikan kemungkinan yg lebih ~ utk mengadakan revolusi; keuntungan 1. = keberuntungan perihal beruntung (nasib baik), kebahagiaan, kemujur-an: tidak ada apa-apa lagi yg menggores hati mereka, inilah satu ~ bagi mereka dua suami isteri; 2. laba, untung: takkan mungkin orang berniaga mahu mengelakkan ~; 3. (sesuatu) yg mendatangkan untung, manfaat: dgn itu, berakhirlah istiadat yg telah menjadi tradisi masyarakat Melayu, adat yg tidak memberi apa-apa ~; peruntungan untung nasib (diri seseorang), nasib, untung malang: menitik air matanya mengenang-ngenang ~ saudaranya; seperuntungan sama peruntungan, senasib: Cik Yon yg telah dipandangnya sbg belahan dirinya, yg dianggapnya sbg kongsi ~, akan bercerai daripadanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
malang1. letaknya melintang (mengalang): pd tiap-tiap sawah terlihatlah beberapa tali ~ melintang; 2. nasib yg tidak baik (tidak beruntung), celaka, sial: tolonglah hamba yg ~ ini; 3. = malangnya dikesalkan sedikit, dukacita: ~nya kebanyakan orang yg terkena penyakit itu tidak mahu berjumpa doktor; ~ celaka Raja Genggang tuak terbeli tunjang hilang prb hal orang yg malang sewaktu sampai maksud yg kedua yg sudah di tangan hilang pula; ~ tak berbau prb kecelakaan yg tidak dapat diketahui sebelumnya; ~ tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih prb nasib buruk tidak dapat dielakkan begitu juga nasib baik tidak boleh dicari-cari; memalangi ark menghormati, menyegani: di kalangan penduduk kampung itu, dia sangat dimalangi; kemalangan 1. kecelakaan, kesialan, kerugi­an, kesusahan: abang engkau telah terlibat dlm satu ~ kereta di utara Semenanjung; 2. ter­timpa malang (celaka), mendapat kecelakaan: kalau-kalau ada antara kawan-kawan yg ~ dlm masa ribut besar semalam itu; mendapat ~ mendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dr pohon, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
menghibakan1. menimbulkan rasa belas kasihan, menyayukan (menyedihkan, meng­haru­kan) hati: suaranya tenang seolah-olah sudah dapat dilupakannya soal yg ~ hatinya; 2. berasa hiba (terhadap sesuatu): tak perlu dihibakan lagi nasib budak itu, ia telah pun mendapat tempat yg baik;Kamus Dewan Edisi Keempat
beras1. padi yg sudah dikupas kulitnya dan sedia utk dimasak: diambilnya ~ dan ditanaknya nasi; 2. buah yg berbutir-butir (gandum, jagung, kopi, dll), biji-bijian; ~ basah = ~ kumbah = ~ lembap ki sesuatu yg tidak berguna; ~ basmati sj beras panjang yg ditanam di India dan Pakistan dan digunakan utk memasak nasi beriani, nasi minyak, dsb; ~ belanda sj padi-padian, barli; ~ bertih padi yg digoreng (dgn tidak memakai minyak); ~ ceruh = ~ sosoh beras yg telah dibersihkan dgn selaputnya sekali; ~ giling beras yg dikupas dgn penggilingan; ~ goreng a) beras yg digoreng; b) sj ukiran pd bakul; ~ hancur = ~ patah beras yg hancur; ~ kepala beras yg terbaik; ~ ketan Id = ~ pulut beras yg melekat kalau ditanak; ~ kertas = ~ ketas = ~ petas berbagai-bagai jenis beras; ~ kunyit beras yg dikuningkan dgn kunyit; ~ meja beras yg putih (baik); ~ merah = ~ perang beras yg berselaput merah atau keperangan (tidak diputihkan); ~ pecah kulit beras yg masih berselaput; ~ rebus beras yg setengah dimasak; ~ sosoh beras yg diputihkan dgn cara menyosoh; ~ terdorong ke Tiku prb a) perihal barang yg mesti dijual biarpun berapa harganya kerana belanja mengangkutnya kembali besar; b) gadis yg tidak dapat memilih jodohnya kerana umurnya sudah lanjut; kalau tiada ~, kerja tiada deras prb jika tidak ada daya, terimalah nasib; spt ~ lembap, dijual tak laku, ditanak tak mual prb sesuatu yg tidak berharga (kurang baik): tak ~, antah dikisik prb utk mencapai maksud dilakukan segala-gala daya upaya; taruh ~ dlm padi prb nasihat menyuruh simpan rahsia baik-baik;berberas mempunyai beras; tak ~ akan ditanak prb tidak ada kepandaian utk dipertunjukkan (dlm keramaian dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
malu I1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; pang-lima tak bermalu, melerek-lerek macam kam-bing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya; 3. menaruh hormat akan, be­rasa segan (agak takut): ia sendiri masih begitu ~ hendak mengemukakan pertanyaan ini; ~ besar malu yg amat sangat; ~ mata segan, hormat; ~ bertanya, sesat jalan = ~ berdayung, perahu hanyut = ~ makan, perut lapar prb kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mendapat kejayaan; ~ kalau anak harimau menjadi anak kucing (kambing) prb tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai menjadi jahat atau bodoh; semalu; sehina ~ mempunyai nasib yg sama, seia, sekata; malu-malu nampaknya sangat malu: ma-suklah, jangan ~; dgn sikap yg ~, dinya-takannya maksudnya dlm bahasa yg lembut; ~ bahasa berasa segan-segan (sewaktu ber­hadapan dgn orang yg dihormati dll); ~ kucing berpura-pura malu; memalui ark 1. menaruh malu pd: dialah yg harus kaumalui; 2. menghormati, mena­kuti, menyegani: pd ketika itu segala anak raja-raja Inderagiri tiada dimalui oleh segala anak tuan-tuan Melaka; memalukan 1. memberi malu, menyebab­kan malu: akibatnya nanti bukan hanya ~ tetapi juga merugikan; 2. malu kerana sesuatu (pakaian dll): tak usah dimalukan rumah buruk; termalu-malu berasa agak malu: selama besar ini dia ~ memanggil abang kpd Ramlan; kemaluan 1. perihal malu, sesuatu yg men­datangkan malu, rasa malu: jikalau si Tuah ada, dapatlah ia menghapuskan ~ku; 3.mendapat (berasa) malu: hendaklah tuan berikan kehendaknya supaya kita tidak ~; 4.bh alat kelamin (laki-laki atau perempuan); kemalu-maluan berasa sangat malu, ter­sipu-sipu: dia tunduk ~;pemalu (orang yg) mudah berasa malu.bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; pang-lima tak bermalu, melerek-lerek macam kam-bing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
apung1. terkatung, tidak tenggelam di air; batu ~ batu yg tidak tenggelam (sangat ringan); 2. = apung-apung segala yg ter­katung-katung di air (mis kayu, pelampung, dll); ~ buih timbul tenggelam; laksana ~ dipermainkan ombak prb peri kesusahan anak dagang yg miskin di rantau orang; berapung, berapung-apung 1. bermain-main di atas air (dgn perahu dll); 2. = ter­apung-apung; berapungan terkatung-katung dgn banyak, berserak di atas permukaan air: nampak banyak kayu ~; mengapung 1. timbul ke permukaan air, ter­katung-katung di air (tidak tenggelam): sesudah beberapa hari hilang, mayat orang yg tenggelam itu ~ pula; 2. melayang ke atas, terbang ke udara: ketika dilepaskan, belon-belon itu ~ ke udara; mengapungkan membuat supaya meng­­apung di permukaan air atau udara: anak itu ~ mainannya di atas air; terapung tidak tenggelam; terapung-apung terkatung-katung: darah yg ~ di atas air; ~ sama hanyut, terendam sama basah prb kesenangan atau kesusahan ber­sama-sama ditanggung; ~ tak hanyut, terendam tak basah prb tidak ada keputusannya (mengenai sesuatu perkara); asal (untung) sabut ~, asal (untung) batu tenggelam prb kalau nasib baik selamat, kalau nasib malang celaka; apungan 1. sesuatu yg berapung atau ter­apung-apung: yg ada hanya ~ ais yg sentiasa bergerak mengikut tiupan angin, arus dan pasang surut lautan; 2. (Eko) situasi yg membolehkan penyelarasan mata wang berlaku secara bebas mengikut kadar pertu­kar­an wang tanpa campur tangan drpd kera­jaan: kecairan syarikat akan meningkatkan kemampuan utk ~ lebih bebas; keapungan keadaan tidak tenggelam di air, atau keadaan terkatung-katung; pengapungan proses (perbuatan, usaha dsb) mengapung atau mengapungkan: ~ bangkai kapal yg tenggelam itu tentunya memerlukan perbelanjaan yg besar.Kamus Dewan Edisi Keempat
hina1. rendah tarafnya (kedudukan, pangkat, dll): mereka memandang kami sangat ~, macam anjing layaknya; 2. keji (perbuatan, kelakuan, dll), kurang sopan: perbuatan itu sangat ~ dan keji; ketahuan ~ mulianya mengetahui kedudukan yg sebenarnya; ~ budi kelakuan yg kurang baik; ~-dina = ~-lata = ~-leta = ~-papa (orang yg) paling rendah martabat lagi miskin; se~ semalu nasib yg sama, seia sekata; berhina; ~ diri merendahkan diri; menghina, menghinakan 1. memperlaku­kan spt orang yg hina, rendah (kedudukan dll): biarlah saya menghina diri saya sendiri sebelum orang lain ~ saya; 2. menyinggung perasaan orang (memaki dll), memburukkan nama orang, mengejikan: dia sudah tentu tak suka menghina orang dan tak suka pula dihinakan oleh orang; terhina dipandang (dianggap) hina, telah dihinakan: dia berasa ~ dikata-kata begitu; hinaan sesuatu yg menghina: kata-katanya mengandungi ~; kehinaan perihal hina (keji, buruk, dll), kerendahan (martabat dll), kekejian: ia telah jatuh ke dlm lembah ~; penghinaan perihal menghina(kan): per­buat­an itu dianggapnya sebagai satu ~; ~ mahkamah (Udg) a) perbuatan mengingkari keputusan atau proses mahkamah; b) per­lakuan biadab terhadap mahkamah.Kamus Dewan Edisi Keempat
hibabelas kasihan, terharu, sedih, pilu, sayu: semua orang ~ melihat budak-budak itu menangis memanggil ibunya; berhiba = ~ hati dirundung perasaan hiba: sudah berminggu-minggu dia ~ hati; berhiba-hiba menimbulkan rasa belas kasih­an, merawankan hati: ia menjawab dgn suara ~; menghibai menaruh belas kasihan terhadap, mengasihani; menghibakan 1. menimbulkan rasa belas kasihan, menyayukan (menyedihkan, meng­haru­kan) hati: suaranya tenang seolah-olah sudah dapat dilupakannya soal yg ~ hatinya; 2. berasa hiba (terhadap sesuatu): tak perlu dihibakan lagi nasib budak itu, ia telah pun mendapat tempat yg baik; kehibaan; ~ hati perihal hiba, perasaan pilu (terharu): dia tidak dapat menghilangkan ~ hati apabila mengenangkan peristiwa keba­karan rumahnya; penghiba orang yg (mudah) selalu berhiba hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
kayu I1. = pohon ~ = pokok ~ pohon yg hidup atau tumbuh (digunakan juga) utk menyatakan nama atau jenis pohon spt ~ ara, ~ kembang, dll; batang ~ batang pohon; dahan ~ dahan pohon; daun ~ daun pohon; 2. bahagian batang (dahan dsb) yg keras yg banyak gunanya (boleh dijadikan tiang, alat perkakas, dll): bahan api ialah benda-benda yg dibakar utk mendatangkan panas spt ~, arang batu, minyak tanah, dll; perabot yg dibuat drpd ~ jati; 3. yg dibuat drpd kayu (batang atau dahan pokok): kerusi ~; rumah ~; ~ akhir (Bio) bahagian kayu dlm gelang pertumbuhan (pd spesies pokok yg tumbuh di kawasan yg mengalami perubahan musim) yg mempunyai sel yg lebih kecil, lebih tum­pat, lebih kuat, dan terbentuk terkemudian drpd bahagian kayu awal; ~ antara (Bio) lapisan pd sebelah dlm gubal kayu yg mem­punyai ciri peralihan antara ciri gubal kayu dan ciri teras kayu (dr segi warna dan sifat umum); ~ api = ~ bakar kayu yg digunakan sbg bahan api; ~ arang sj kayu yg keras dan hitam warnanya; ~ awal (Bio) bahagian kayu dlm gelang pertumbuhan (pd spesies pokok yg tumbuh di kawasan yg mengalami peruba­han musim) yg mempunyai sel yg lebih besar, kurang tumpat dan terbentuk pd awal musim pertumbuhan; ~ balak a) batang kayu yg telah dipotong; b) Id batang kayu yg telah ditarah; ~ bangunan kayu yg baik utk dibuat rumah dsb; ~ belantan sj gada (pemukul) drpd kayu; ~ besi sj kayu yg keras dan berat (berwarna hitam); ~ bongkok ki orang yg hina lagi mis­kin (selalu dipandang rendah); ~ cagak kaki penyangga (meriam dll) drpd kayu; ~ gabus kayu yg lembut dan ringan; ~ gergaji (Hut) kayu yg dihasilkan drpd pembelahan dan pemprosesan kayu balak, dan mempunyai beberapa ukuran dan bentuk tertentu, mis papan dan beroti; ~ hutan kayu drpd pokok­pokok di hutan; ~ jaras kayu balak yg bergaris pusat kecil (kurang drpd 150 mm) dan boleh digunakan sebagai tiang rumah, tiang elektrik, atau jambatan; ~ keras (Hut) tumbuhan Angiospermae kumpulan dikotiledon (mis cengal, jelutung, dll); ~ kumai (Hut) kayu panjang yg dipotong dengan menggunakan mesin kumai, dan permukaannya dibentuk menjadi pelbagai rupa bentuk utk tujuan hiasan; ~ lapis kayu keping yg nipis dan berlapis-lapis (digunakan oleh tukang kayu); ~ lembut (Hut) tumbuhan Gymnospermae yg menghasilkan kayu (mis pain, damar minyak, sempilor, podo, dll); ~ lempung a) kayu yg ringan; b) Kl orang yg berbadan besar tetapi tidak kuat; ~ malam sj tumbuhan (pokok) dlm famili Ebenaceae, buey, kayu arang, kumoi, meribut kumoi bukit, Diospyros spp.; ~ manis kulit drpd sj pokok yg manis­manis pedas rasanya (digunakan dlm ma­sakan); ~ masam sj tumbuhan (pokok) dlm famili Euphorbiaceae, bagil, galang-galang penatan (Sabah), Aporusa spp.; ~ muda (Bio) bahagian kayu yg cepat tumbuh yg terbentuk di keliling empulur pokok; ~ palang a) pe­ngancing pintu drpd kayu; b) salib; ~ pembaris (rul, skil) kayu dll yg bersenggat dgn ukuran (digunakan utk membuat garis lurus); ~ putih tumbuhan yg menghasilkan sj minyak utk dibuat ubat, Meloleuca leucadendron; ~ satar Id kayu pembaris; ~ ukur a) kayu utk meng­ukur panjang dll sesuatu; b) ki ukuran atau standard yg digunakan utk membuat perban­dingan atau penilaian: ~ ukur utk mengetahui yg mana baik dan yg mana tidak baik; ~ besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan prb pemimpin yg menjadi tempat rakyat mengadu nasibnya; ~ bongkok kura-kura pun boleh memanjat prb kalau orang itu sudah bersalah ada sahaja yg menambah-nambah kesalahannya; ~ dikatakan batu, langit hendak dicapai dgn tangan prb orang yg tidak sempurna akal fikirannya; ~ yg banyak akarnya tak takutkan ribut = ~ yg berakar tunjang tak endahkan ribut = jikalau sepohon ~ banyak akarnya lagi teguh, apa-kah ditakutkan ribut prb orang yg banyak kawan tidak takut akan susah; bagai ~ lempung ditebuk kumbang tembus-menembus prb orang yg lemah mudah dianiayai oleh orang yg berkuasa; besar ~ besar dahannya = gedang ~ gedang dahannya prb apabila banyak penghasilan, besar pula perbelan­jaannya; di mana ~ bengkok, di sanalah musang meniti prb tempat yg tidak dijaga baik-baik itulah yg dimasuki pencuri; kalau sama tinggi ~ di rimba, di mana angin akan lalu prb kalau sekalian manusia sama pangkat dan darjatnya nescaya tidak ada pekerjaan yg akan menjadi; laksana pohon ~ tidak berbuah prb ilmu yg tidak diamalkan tidak berguna; seberat-berat ~ terapung juga dlm air prb fikiran seseorang itu biar bagaimana teguhnya dapat juga dihasut; tak ~ jenjang dikeping prb dlm keadaan yg serba sukar, segala apa pun dibuat utk mencapai maksud; umpama ~ buruk, buruk dek panas, reput dek hujan prb nasib malang yg tidak dapat dielakkan lagi; umpama ~ lempung, belum ditolak condong sendiri prb orang yg bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain; kayu-kayuan, kayu-kayan serba jenis kayu, bermacam-macam jenis kayu; berkayu 1. ada kayunya, berteras; 2. mencari kayu (di hutan): pergi ~ pergi mencari kayu; perkayuan 1. (segala jenis pekerjaan) yg bersangkutan dgn kayu (spt menebang, mem­buat kerusi drpd kayu); 2. alat-alat rumah drpd kayu: ke kampung telah dikirim surat menyuruh membeli ~ buat rumah anak; 3. rangka rumah.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas