Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nyatakan

Puisi
 

Kalau tuan pergi ke paya,
     Ikan haruan mudik hulu;
Kalau tuan hendakkan saya,
     Cuba nyatakan terlebih dahulu.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menandakan1 me­nyatakan atau me­­nunjukkan sesuatu; menjelaskan: Muka­nya masam ~ bahawa dia tidak ber­setuju dgn pendapat kami. 2 menjadi alamat atau tanda bahawa: Lima minit kemudian, kapal terbang itu pergi dan semboyan udara berbunyi lagi utk ~ bahawa keadaan sudah selamat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tunjuk perasaanperbuatan me-nyatakan bantahan beramai-ramai, demonstrasi;Kamus Dewan Edisi Keempat
tersesuai(telah) disesuaikan, menjadi sesuai: nyatakan dua cara bagaimana katak itu ~utk hidup di dlm air;Kamus Dewan Edisi Keempat
sedikit banyaksedikit atau banyak (utk me­nyatakan jumlah yg tidak tentu ba­nyaknya); lebih kurang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
istilahAr perkataan atau rangkai kata yg me­nyatakan sesuatu dgn betul, tepat dan sesuai dlm sesuatu bidang ilmu pengetahuan (pekerjaan atau kesenian): ~ ilmu bahasa; ~ sains; beristilah mempunyai (menggunakan) istilah: perkataan-perkataan Inggeris yg tidak ~ dlm bahasa Malaysia; mengistilahkan memberi istilah (nama) kpd konsep dll yg tertentu, menamakan dgn istilah atau kata yg tertentu: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg lain, yg sekarang diistilahkan sbg cerita pelipur lara; peristilahan yg berkaitan dgn istilah (pembentukan istilah dsb): berita ~; pengistilahan hal mengistilahkan, pembentukan istilah: sains fizik dan matematik mempunyai satu klasifikasi yg tersusun, ~ yg seragam.Kamus Dewan Edisi Keempat
heh(héh) sr kata utk menyergah atau me­nyatakan kehairanan (terkejut dsb), eh: ~, kenapa ditulis ni?Kamus Dewan Edisi Keempat
dari1. sendi kata yg menerangkan atau me­nyatakan tempat mula bergerak (bertolak, muncul, jatuh, dll): saya berlepas ~ Ipoh pagi tadi; ~ mana hendak ke mana?; dia terjun ~ tingkat lima bangunan itu; berbilang ~ esa; 2. sendi kata yg menerangkan atau menya­takan permulaan sesuatu jangka waktu: ~ sekarang kita tidak boleh main-main lagi; ~ kecil lagi; ~ sehari ke sehari; ~ dahulu hingga sekarang; 3. sendi kata yg menya­takan (menunjukkan) titik permulaan sesuatu jarak yg diukur: kampung itu terletak kira-kira dua puluh kilometer ~ bandar; 4. sendi kata yg menerangkan (menyatakan) titik atau pusat tumpuan permulaan sesuatu kegiatan (pergerakan dll): pasukan itu melancarkan serangan ~ kawasan pergunungan; usaha membina pengetahuan tentang bahasa perlu dimulakan ~ peringkat sekolah rendah lagi; 5. sendi nama yg menyatakan (menunjukkan) tempat asal seseorang (sesuatu barang dll): dia berasal ~ Medan; surat ~ London; dia mengangkat air ~ perigi ke dapur; sedari sejak dari, bermula dari: hidupnya miskin dan melarat ~ kecil lagi.Kamus Dewan Edisi Keempat
hujungansesuatu (tulisan dll) yg di hujung (buku): dlm ~ di akhir buku ini ada di­nyatakan keterangan bkn vitamin A;Kamus Dewan Edisi Keempat
beza/béza/ 1 sifat atau keadaan yg menjadikan sesuatu benda lain drpd yg lain: Cuba kamu nyatakan apa ~nya antara dua orang pemimpin itu. 2 ukuran atau kadar yg menjadikan beberapa benda tidak sama; selisih pd ukuran dsb: Berapa ~nya antara satu ela dgn satu meter? berbeza 1 tidak sama antara satu dgn yg lain; berlain: Segala perbuatannya ~ drpd yg dikatakannya. 2 tidak sama ukurannya; berselisih sukatannya: Waktu ketibaan mereka ~ lebih kurang dua puluh minit. berbeza-beza tidak serupa sama sekali; berlainan: Pendapat manusia memanglah ~. membezakan 1 menyatakan ada bezanya; menunjukkan bezanya: Dia sudah dpt ~ yg baik drpd yg buruk. 2 memberikan layanan yg tidak sama: Kita seharusnya dpt ~ tugas rasmi drpd tugas peribadi. membeza-bezakan menganggap tidak sama; melebihkan yg satu drpd yg lain (dlm memberikan layanan): Kita janganlah ~ teman kita, sama ada mereka itu miskin ataupun kaya. perbezaan keadaan atau sifat berbeza: Kekecohan itu timbul drpd ~ pendapat. pembezaan 1 perbuatan atau hal membezakan: ~ rakyat berdasarkan warna kulit tidak seharusnya berlaku dlm zaman moden ini. 2 ist (fasa) perkembangan sel bukan khusus menjadi sel khusus utk menjalankan fungsi tertentu. pembeza 1 orang yg membezakan. 2 alat yg digunakan utk membezakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
beza/béza/ 1. sifat atau keadaan yg menjadikan sesuatu benda lain drpd yg lain: Cuba kamu nyatakan apa ~nya antara dua orang pemimpin itu. 2. ukuran atau kadar yg menjadikan beberapa benda tidak sama; selisih pd ukuran dsb:Berapa ~nya antara satu ela dgn satu meter? berbeza 1. tidak sama antara satu dgn yg lain; berlain: Segala perbuatannya ~ drpd yg dikatakannya. 2. tidak sama ukurannya; berselisih sukatannya: Waktu ketibaan mereka ~ lebih kurang dua puluh minit. berbeza-beza tidak serupa sama sekali; berlainan: Pendapat manusia memanglah ~. membezakan 1. menyatakan ada bezanya; menunjukkan bezanya: Dia sudah dpt ~ yg baik drpd yg buruk. 2. memberikan layanan yg tidak sama: Kita seharusnya dpt ~ tugas rasmi drpd tugas peribadi. membeza-bezakan menganggap tidak sama; melebihkan yg satu drpd yg lain (dlm memberikan layanan): Kita janganlah ~ teman kita, sama ada mereka itu miskin ataupun kaya. perbezaan keadaan atau sifat berbeza: Kekecohan itu timbul drpd ~ pendapat. pembezaan perbuatan atau hal membezakan: ~ rakyat berdasarkan warna kulit tidak seharusnya berlaku dlm zaman moden ini. pembeza 1. orang yg membezakan. 2. alat yg digunakan utk membezakan.Kamus Pelajar
123

Kembali ke atas