individu | orang perseorangan; orang seorang diri: Setiap ~ berhak menyuarakan pendapatnya selagi tidak menyinggung peribadi orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
individu | orang perseorangan; orang seorang diri: Setiap ~ berhak menyuarakan pendapatnya selagi tidak menyinggung peribadi orang lain. | Kamus Pelajar |
individu | orang perseorangan, manusia seorang diri, terutamanya apabila dianggap sbg berbeza drpd yg lain: tidak dapat kita nafikan betapa besar pengaruh buku ke atas seseorang ~; keindividuan sifat yg membezakan seseorang drpd yg lain: ia tidak membenarkan anggota-anggota masyarakat menonjolkan ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orang perseorangan | orang bersendiri, individu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kumpulan pengguna(user group) | Kumpulan orang perseorangan atau pertubuhan yang menggunakan sistem tertentu. | Kamus Komputer |
pusaka rendah | pusaka yg diperoleh drpd orang perseorangan (barang-barang pemberian dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendapat peribadi | pendapat sendiri seseorang (sbg orang perseorangan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keindividualan | sifat (keperibadian dsb) individu atau orang perseorangan, yg berkaitan dgn individu: unsur ~ telah juga mengambil alih wibawa keluarga; mahu tidak mahu kaunselor di sekolah-sekolah harus juga membantu murid-murid membentuk sifat ~ masing-masing sebagaimana yg mereka kehendaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sindiket /sindikét/ | 1 kumpulan orang perseorangan atau pertubuhan yg bergabung utk menjalankan sesuatu tugas atau tujuan. | Kamus Pelajar |
cukai | bayaran yg dikenakan oleh kerajaan kpd orang perseorangan, perbadanan dsb mengikut pendapatan (kadar pembelian, nilai tanah dll) utk perbelanjaan negara. ~ eksport cukai yg dikenakan terhadap barang yg dieksport. ~ kastam cukai yg dipungut oleh kerajaan atas barang-barang yg diimport atau dieksport. ~ pendapatan cukai yg dikenakan atas pendapatan seseorang. ~ pintu cukai yg dikenakan kpd pemilik rumah (di bandar). bercukai dikenakan cukai: barang ~. mencukai mengenakan cukai atas; memungut cukai drpd: Kerajaan sepatutnya ~ minuman keras, rokok dsb dgn lebih tinggi lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |