cacamarba | mengandungi pelbagai unsur, bercampur aduk, (ber)pelbagaian: akibat kegelabahan kita, berterusanlah kebudayaan ~ yg meremehkan peranan kebudayaan Melayu yg sepatutnya menjadi tonggak kebudayaan nasional. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerencaman | perihal rencam (terdiri drpd pelbagai macam), kepelbagaian: ~ dan kepelbagaian corak bahan cerita rakyat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
variasi | 1. penyimpangan atau sesuatu yg menyimpang drpd keadaan (sifat, ciri-ciri, dsb) yg lazim atau standard, kelainan: ~ bahasa; 2. bentuk dll yg tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian (dlm bentuk, reka cipta, dll): ~ reka bentuk kraftangan tempatan terhad dan tidak banyak berubah; 3. penyimpangan pd ciri-ciri organisma drpd yg biasa bagi kumpulannya; bervariasi berlainan atau berbeza-beza keadaaan (bentuk, ciri atau sifatnya dsb): kehidupan kesusasteraan mulai beragam dan ~; latihan selalunya dijalankan dlm bentuk permainan kecil yg ~ supaya pemain tidak merasa bosan semasa menjalani latihan; memvariasikan menjadikan bervariasi: ~ teknik pengajaran dan pemelajaran dapat mengelakkan perasaan jemu dan meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rencam II | 1. = rencaman campuran drpd pelbagai macam; 2. (terdiri) drpd pelbagai macam; kecekapan Pak Mustafa ~ juga; makanan yg ~ makanan yg terdiri drpd pelbagai macam bahan; kerencaman perihal rencam (terdiri drpd pelbagai macam), kepelbagaian: ~ dan kepelbagaian corak bahan cerita rakyat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendewasaan | 1. perihal atau proses mendewasakan (membesarkan dsb), pembesaran: proses ~ ovari itu terkawal (benda hidup) oleh hormon-hormon yg dikeluarkan oleh ovari dan kelenjar lain; 2. perihal atau proses mendewasakan (pemikiran, pengalaman, dsb), pematangan: ~ sastera bererti kepelbagaian tema yg diterokai dan kepelbagaian aliran teknik dlm penulisannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dewasa | (déwasa) 1. sudah baligh, sudah berumur 21 tahun ke atas, sudah cukup besar: orang ~ dikenakan bayaran masuk yg lebih tinggi drpd kanak-kanak; 2. sudah cukup besar (bkn binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb): lipas yg sudah ~ berwarna perang kehitam-hitaman; 3. pd masa, pd ketika, pd waktu: adat spt itu tidak sesuai lagi dgn keadaan ~ ini; 4. ki sudah banyak pengalaman dan pengetahuannya, matang: kini Malaysia telah mula ~ dan telah pun melalui berbagai-bagai pengalaman dan peristiwa selama dua puluh tahun ia tegak sbg sebuah negara merdeka; mendewasa menjadi dewasa: ia dilahirkan dan ~ pd zaman perang; mendewasakan 1. menjadikan dewasa (manusia, binatang, dsb), membesarkan; 2. menjadikan dewasa atau matang (pemikiran, pengalaman, dsb): Razman lebih suka hidup di laut, meluaskan pengalaman dan pandangannya sambil ~ fikirannya; kedewasaan perihal (keadaan yg) dewasa (matang), kematangan: dia belum lagi mencapai ~nya; ~nya ternyata pd fikiran-fikiran bernas yg dikemukakannya; pendewasaan 1. perihal atau proses mendewasakan (membesarkan dsb), pembesaran: proses ~ ovari itu terkawal (benda hidup) oleh hormon-hormon yg dikeluarkan oleh ovari dan kelenjar lain; 2. perihal atau proses mendewasakan (pemikiran, pengalaman, dsb), pematangan: ~ sastera bererti kepelbagaian tema yg diterokai dan kepelbagaian aliran teknik dlm penulisannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |