prestasi | /préstasi/ hasil dan mutu yg diperoleh (dicapai) dlm menjalankan sesuatu tugas; pencapaian: ~nya semakin merosot. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
prestasi /préstasi/ | hasil dan mutu yg diperoleh (dicapai) dlm menjalankan sesuatu tugas; pencapaian: ~nya semakin merosot. | Kamus Pelajar |
pecah rekod | perihal mengatasi pencapaian yg pernah dicapai sebelumnya dlm sesuatu (peristiwa, sukan, kegiatan dsb); memecah rekod mengatasi pencapaian yg pernah dicapai sebelumnya dlm sesuatu (peristiwa, sukan, kegiatan dsb): rekod dagangan hari Selasa pula ~ dgn nilai dagangan yg berjumlah RM1 014.50 bilion; pemecah rekod orang atau sesuatu yg mengatasi pencapaian yg pernah dicapai sebelumnya dlm sesuatu (peristiwa, sukan, kegiatan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemecah rekod | orang atau sesuatu yg mengatasi pencapaian yg pernah dicapai sebelumnya dlm sesuatu (peristiwa, sukan, kegiatan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keberkesanan | perihal berkesan, berkesannya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb): ~ sesuatu tindakan itu dapat dilihat drpd hasil yg diperoleh sesudahnya; Ujian Pencapaian Sekolah amatlah penting dr segi menilai ~ pengajaran dan pembelajaran KBSR; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anteseden | (antéséden) 1. sesuatu (peristiwa, keadaan dsb) yg berlaku atau wujud sebelum sesuatu (peristiwa, keadaan dsb) yg lain, yg masing-masing berkaitan antara satu sama lain: satu lagi ~ harga diri ialah pencapaian akademik; 2. (Lin) kata, frasa, atau klausa yg dirujuk oleh kata ganti nama yg mengikutinya, mis Shuhada ialah anteseden bagi dia dlm ayat meskipun Shuhada lulus peperiksaan itu, dia gagal mendapat tempat di universiti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lemah I | 1. tidak bertenaga (berkuasa, kuat), lesu: dgn gerak yg ~ spt orang kehabisan tenaga, ia berjalan perlahan-lahan menuju jendela; 2. rendah (dr segi pencapaian): prestasi kerjanya ~; 3. tidak diyakini sbg benar atau logik: hadis yg ~; 4. tidak tegas: dia ~ dlm membuat keputusan; ~ gemalai = ~ gemulai gerak berliuk-liuk yg elok (tubuh badan); ~ hati mudah dipengaruhi orang, tidak tegas, tidak teguh hati; ~-laun lemah dan perlahan (gerak-geri dll); ~ lentur tidak mudah patah (tetapi boleh dilenturlentur), liat; ~ longlai a) = ~ gemalai; b) tidak bermaya, lemah; ~ lumpuh lemah sekali; ~ persendian tidak bertenaga; ~ semangat mudah terperanjat (mudah kena sakit dll); ~ syahwat (zakar) lemah tenaga batin, zakar tidak bertenaga; ~ diraih, pantai dititi prb sikap yg bijaksana dlm mengeluarkan sesuatu perintah; ~ liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat prb pd lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan; berlemah berbuat lemah, bersikap lemah, lwn berkeras; melemah menjadi lemah (bertambah lemah): suara itu kemudiannya memanjang dan berlanjut-lanjut dan makin ~ pula; melemahkan menjadikan lemah, menyebabkan menjadi lemah: penyakit selesema itu boleh ~ tenaga seseorang; nasib dua watak yg penting ini kurang memuaskan dan merupakan faktor besar yg ~ novel ini; memperlemah menjadikan lebih lemah; kelemahan perihal lemah: ia manusia biasa dan mempunyai berbagai-bagai ~ dan kekurangan; pelemahan perihal menjadi atau menjadikan lemah; pelemah sesuatu yg (dapat) melemahkan (semangat dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ranggi I | 1. elok, gagah, tampan (sikap dll): pemuda itu ~ dan lawa; tahun 1985, muda-mudi lebih senang dgn gaya ~; pakaian yg santun dan ~ ini biasanya dipakai ke majlis-majlis rasmi; 2. bp angkuh, lagak, sombong: anak kurang ajar, nak tunjuk ~; sengaja ia hendak tunjukkan ~nya saja, boleh meminang anak orang dgn ringgitnya; meranggikan menunjukkan angkuh (sombong, lagak, dll) dgn, melagakkan, menyombongkan: ia hendak ~ wang ringgit orang tuanya; keranggian sikap angkuh (sombong, bermegah), kesombongan, kemegahan: berpindah drpd ~ dan rasa tinggi diri para akademik kpd sesuatu pengiktirafan berbagai-bagai jenis pencapaian cemerlang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
capai | ; mencapai 1 (hendak) memegang atau mengambil sesuatu dgn menghulurkan tangan: Ali mencuba ~ buah yg di hujung dahan itu. 2 sampai (ke): Umurnya sudah hampir ~ 100 tahun. 3 mendapat (sesuatu maksud dll); menyampaikan atau menjayakan (maksud dll): Dia bekerja sungguh-sungguh utk ~ cita-citanya. 4 mendapat sesuatu dgn usaha: Utk ~ tujuan itu, kita mesti bekerja dgn lebih tekun lagi. tercapai 1 dpt dicapai: Tidak ~ olehnya buah di hujung dahan itu. 2 sudah sampai atau berjaya mendapat (sesuatu maksud dll). capaian ist proses memasuki ruang simpanan utk menyimpan atau memperoleh kembali data dlm komputer. ~ jauh ist teknik capaian ke sistem komputer dr peranti yg jauh drnya. ~ terus ist kaedah yg membolehkan sesuatu data diperoleh terus dr storan, atau utk memasukkan data terus ke storan. pencapaian 1 sesuatu yg dicapai; sesuatu yg telah berjaya dilaksanakan dgn usaha dan ketekunan: ~ murid-murid meningkat pd tahun ini. 2 perbuatan (hal, usaha dsb) mencapai sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dalil | 1. keterangan (yg menjadi bukti sesuatu kebenaran, terutama yg berdasarkan ayat-ayat Quran), bukti, alasan (bagi sesuatu kebenaran): kami tidak mempunyai ~ utk menunjukkan kebenaran kenyataan yg kedua itu; 2. tanda, alamat; ~ al-hayat tanda hidup (surat dll); berdalil mempunyai dalil, beralasan, mentafsirkan (Quran); berdalilkan berdasarkan atau menggunakan sesuatu sbg dalil: beliau memberikan pendapat yg ~ hadis; mendalilkan menerangkan (mempertahankan pendapat) dgn dalil: dia ~ setiap hujahnya; pendalilan perihal mendalilkan: ~ yg sopan dan pencapaian yg intelektual akan menghala ke satu perjalanan yg cerah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |