penyerapan | 1. proses (perbuatan dsb) menyerap, penghisapan melalui liang-liang kecil; 2. pengambilan dan pemasukan ke dlm (sesuatu sistem, fikiran, dll), penerimaan (dan penyebatian): ~ budaya yg begitu cepat di kalangan orang Jepun adalah disebabkan faktor motivasi; ini adalah satu strategi bahasa Melayu sendiri dlm ~ bunyi-bunyi ini; ~ ilmu pengetahuan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
personifikasi | 1. pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kpd benda tak bernyawa atau sesuatu yg abstrak dll utk mendapatkan kesan sastera atau seni, 2. pelambangan atau pengemukaan benda tidak bernyawa atau sesuatu yg abstrak sbg mempunyai sifat-sifat manusia; mempersonifikasikan melambangkan atau mengumpamakan sesuatu benda yg tidak bernyawa (atau abstrak) sbg manusia atau mempunyai sifat-sifat manusia: dia ~ Kuala Lumpur dgn kata-kata yg terpilih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serap | masuk melalui liang-liang kecil; ~ mesra mesra atau mendalam benar (perasaan); makan ~ menumpang hidup (makan) pd orang lain; menyerap 1. masuk ke dlm melalui liang-liang kecil (benda-benda cair spt air dll), meresap: makanan yg telah hadam itu bersebati dgn air dan ~ masuk ke dlm saluran darah; 2. ki meresap benar (ke dlm badan, hati, dll), menjadi mesra sekali (perasaan): kemesraan itu sudah ~ pd kedua-dua orang itu; 3. ki merasuk (orang halus, hantu, dll), masuk mengganggu (roh yg jahat); 4. menghisap benda-benda cair (kain, kertas, dll): batu kapur dan kapur sangat kuat ~ air; 5. mengambil dan memasukkan ke dlm sesuatu, menerima (sehingga menjadi sebaha-gian drpd sesuatu): kata-kata yg sudah diserap ke dlm sistem fonologi dan morfologi Melayu; menyerapi meresapi: sistem pendidikan Islam jalan terakhir ~ kehidupan dan pemikiran-nya; menyerapkan menyebabkan atau menjadikan terserap: anggota persatuan telah diserapkan ke dlm badan sukarela itu; kebanyakannya mengambil kesempatan ber-kahwin dan ~ diri sbg anggota masyarakat pribumi itu; terserap 1. telah (boleh, dapat) menyerap atau diserapkan: pembukaan kawasan yg pesat menyebabkan jumlah air yg ~ ke bumi berkurang; 2. diterima sbg sebahagian drpd sesuatu, sebati: fungsi negeri bertambah luas dan menjadi ~ dlm kehidupan rakyat; serapan 1. hasil menyerap, (sesuatu) yg diserap; 2. lubang (yg biasanya ditutup dgn ijuk dll) tempat air yg kotor; 3. alat utk menyerap, alat penyerap (sesuatu); keterserapan keadaan atau sifat boleh di-serapkan: penggolongan kata pinjaman dapat dilakukan berdasarkan darjah ~ kata tersebut dlm bahasa Melayu; penyerapan 1. proses (perbuatan dsb) menyerap, penghisapan melalui liang-liang kecil; 2. pengambilan dan pemasukan ke dlm (sesuatu sistem, fikiran, dll), penerimaan (dan penyebatian): ~ budaya yg begitu cepat di kalangan orang Jepun adalah disebabkan faktor motivasi; ini adalah satu strategi bahasa Melayu sendiri dlm ~ bunyi-bunyi ini; ~ ilmu pengetahuan; penyerap sesuatu yg menyerap (menghisap dll) benda yg lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencernaan | 1 proses mencernakan (makanan dlm perut); penghadaman. 2 ki penyerapan ke dlm ingatan (hati dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pencernaan | 1. proses mencernakan (makanan dlm perut); penghadaman. 2. ki penyerapan ke dlm ingatan (hati dsb). | Kamus Pelajar |
cerna | 1 hancur menjadi cair (ttg makanan dlm perut); hadam. 2 ki hancur atau luluh dan menjadi sebati. mencerna menjadi hancur: Hati ~ dihimpit rindu. mencernakan 1 menghancurkan makanan dlm perut sehingga menjadi cair dan dpt diserap ke dlm darah; menghadamkan. 2 menjadikan hancur luluh dan bersebati. 3 ki menyerapkan ke dlm ingatan (hati dsb). tercerna sudah dicernakan (diserapkan, dihadamkan). ketercernaan keadaan tercerna. pencernaan 1 proses mencernakan (makanan dlm perut); penghadaman. 2 ki penyerapan ke dlm ingatan (hati dsb). pencerna sesuatu yg mencernakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
spektrum | (spéktrum) 1. paparan cahaya yg berwarna-warni (spt warna pelangi) yg terjadi apabila sinar cahaya diuraikan menerusi kaca prisma; 2. julat atau lingkungan sesuatu perkara tertentu: proses pendidikan hendaklah berakarkan ilmu pengetahuan dan teknologi dlm apa juga ~; perkembangan bahasa kanak-kanak berbeza-beza dlm satu ~ yg luas; ~ garis spektrum pemancaran atau penyerapan yg terdiri drpd garis-garis (setiap garis terbit akibat perbezaan aras tenaga elektron); ~ jalur spektrum yg terdiri drpd satu siri jalur sinaran yg dipancarkan atau diserap; ~ jisim spektrum yg terhasil drpd spektrometer atau spektrograf; ~ pemancaran spektrum yg terhasil akibat pemancaran sinaran elektromagnet drpd sesuatu jisim; ~ penyerapan spektrum yg terhasil drpd penyerapan sinaran elektromagnet oleh sesuatu jirim. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerna | 1. hancur menjadi cair (ttg makanan dlm perut); hadam. 2. ki hancur atau luluh dan menjadi sebati. mencerna menjadi hancur:Hati ~ dihimpit rindu. mencernakan 1. menghancurkan makanan dlm perut sehingga menjadi cair dan dpt diserap ke dlm darah; menghadamkan. 2. menjadikan hancur luluh dan bersebati. 3. ki menyerapkan ke dlm ingatan (hati dsb). tercerna sudah dicernakan (diserapkan, dihadamkan). pencernaan 1. proses mencernakan (makanan dlm perut); penghadaman. 2. ki penyerapan ke dlm ingatan (hati dsb). | Kamus Pelajar |
serap | ; menyerap 1 masuk ke dlm melalui liang-liang kecil (bkn benda-benda cair); meresap: Air lekas ~ ke dlm tanah yg berpasir. 2 dpt menghisap benda-benda cair: Jika tidak ada kertas sap, kapur pun dpt digunakan utk ~ dakwat. 3 ki masuk benar-benar ke dlm badan (hati dll); mesra sekali (bkn persahabatan): Sejuknya ~ ke tulang. 4 menerima dan menahan semuanya sekali drpd memantul atau berbalik semula (bkn haba, cahaya dsb). menyerapi 1 menyerap ke dlm (sesuatu): Air ~ tanah. 2 masuk ke dlm sesuatu (bkn fahaman dsb): Pertubuhan itu diserapi fahaman komunisme. menyerapkan 1 memasukkan sesuatu benar-benar ke dlm hati (badan dsb). 2 memasukkan ke dlm sesuatu; menggabungkan dgn yg lain: Semua pekerja sementara akan diserapkan ke jawatan tetap. terserap telah, dpt diserap atau diserapkan. keterserapan keadaan atau sifat boleh diserapkan. penyerapan perbuatan (hal dsb) menyerap atau menyerapkan. penyerap sesuatu yg menyerap benda lain: ~ cahaya; ~ haba. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
salur | , = saluran 1 sesuatu (spt paip) yg digunakan utk mengalirkan benda-benda cair; pembuluh. 2 jalan atau cara melakukan sesuatu yg betul atau mengikut peraturan: Sebarang aduan hendaklah disampaikan menerusi ~-~ tertentu. ~ angin salur tempat angin (udara) lalu ke paru-paru. ~ darah pembuluh yg mengalirkan darah di dlm badan. ~ limfa ist salur (spt salur darah) berdinding nipis dan mempunyai banyak injap, yg berfungsi membawa limfa ke dlm sistem peredaran darah tubuh badan. ~ makanan pembuluh (dr pangkal halkum hingga ke perut) yg menjadi laluan makanan ke perut dan juga menjadi tempat penyerapan sebahagian drpd makanan itu. ~ nadi pembuluh yg mengalirkan darah dr jantung ke bahagian lain dlm badan. menyalurkan 1 mengalirkan benda-benda cair melalui alat-alat tertentu: Mereka ~ minyak tanah itu ke pelabuhan dgn paip. 2 membawa atau menyampaikan sesuatu mengikut cara yg betul: Kita hendaklah ~ sebarang tuntutan melalui Kesatuan Sekerja. saluran 1 salur. 2 jalur frekuensi media elektronik (radio, televisyen dsb) yg berfungsi utk menyiarkan sesuatu rancangan. penyaluran perbuatan atau hal menyalurkan: ~ maklumat. sesalur sesuatu yg menyerupai salur atau yg berfungsi sbg salur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |