timbang rasa | perasaan kasih (belas kasihan, setuju, berkenan, dll), simpati: bantuan yg menandakan ~ terhadap orang-orang yg menderita; bertimbang rasa menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dll), bersimpati, berlaku adil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suka | 4 menaruh perasaan kasih atau sayang: Tidak ada ibu yg tidak ~ akan anak-anaknya. | Kamus Pelajar |
sayang I | 2 perasaan kasih atau cinta: Dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati. | Kamus Pelajar |
membelai | 1. mengusap-usap (dgn kata-kata pujukan atau perasaan kasih sayang): ia turut menangis sambil ~-belai rambut Sarinah yg lepas terurai; 2. ki membuat berasa seronok dan tenteram: muzik yg ~ jiwanya; 3. meniup dgn perlahan-lahan sehingga bergoyang-goyang sedikit: daun-daun bergoyang-goyang dibelai angin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membelai-belai | 1. mengusap-usap (dgn kata-kata pujukan atau perasaan kasih sayang): ia turut menangis sambil ~-belai rambut Sarinah yg lepas terurai; 2. ki membuat berasa seronok dan tenteram: muzik yg ~ jiwanya; 3. meniup dgn perlahan-lahan sehingga bergoyang-goyang sedikit: daun-daun bergoyang-goyang dibelai angin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercium-ciuman | saling menyedut dgn hidung atau saling mengucup (utk melahirkan perasaan kasih, berahi, rindu, dsb): cinta bebas bukanlah bererti bebas berpeluk-pelukan dan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesayangan | 1. perasaan kasih sayang (cinta dll), cinta kasih: ~ Mak Wati kpd anaknya bertambah dalam; 2. yg disukai, kesukaan: itu memang sudah ~ mereka berbuat begitu; 3. yg disayangi (dicintai, dikasihi), kekasih: baginda terpaksa membelakangi isteri ~nya kerana semata-mata hendak menjaga hati ayah bondanya; 4. perasaan kesal (rugi dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belai I | hasil perbuatan membelai: ia terkenang akan pujuk cumbu, pangku dan ~ manja isterinya;membelai, membelai-belai 1. mengusap-usap (dgn kata-kata pujukan atau perasaan kasih sayang): ia turut menangis sambil ~-belai rambut Sarinah yg lepas terurai; 2. ki membuat berasa seronok dan tenteram: muzik yg ~ jiwanya; 3. meniup dgn perlahan-lahan sehingga bergoyang-goyang sedikit: daun-daun bergoyang-goyang dibelai angin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memekar | 1. mulai berkembang (bunga dll), mengurai (mayang dll): bunga yg sedang ~; 2. berkembang dan menjadi banyak (adunan dll), naik, kekar; 3. ki terbit atau timbul dan berkembang (perasaan kasih sayang dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mekar | = memekar 1. mulai berkembang (bunga dll), mengurai (mayang dll): bunga yg sedang ~; 2. berkembang dan menjadi banyak (adunan dll), naik, kekar; 3. ki terbit atau timbul dan berkembang (perasaan kasih sayang dsb); bermekaran ki berkembangan: setangkai cinta masih ~ dititis embun keyakinan; memekarkan menjadikan mekar, mengembangkan; kemekaran perihal atau keadaan mekar: kami kagum melihat ~ bunga-bunga di pekarang-an rumahnya itu; pemekaran proses memekarkan sesuatu, pengembangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |