Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.ba.ha.sa] | ڤريبهاس

Definisi : ayat atau kelompok kata yg mem­punyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian yg tertentu, bidal, pepatah: pegangan mereka yg teguh kpd ~ “biar mati anak jangan mati adat”, sudah cukup menerangkan kebudayaan mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.ba.ha.sa] | ڤريبهاس

Definisi : bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yg tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Bagai jelongak kerbau rampung.

Bermaksud :

Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hidung sudah rampung diatur orang). jelongak = selalu menengadah; rampung = rosak cuping hidungnya.

 

Lihat selanjutnya...(1000)

613

One good turn deserves another

Bantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita).

Syariat palu memalu, hakikat balas membalas.

''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me.

''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Syariat palu memalu, hakikat balas membalas,'' kata Salina kepada saya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(647)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pepatahsj peribahasa yg mengandungi nasihat, ajaran (perkataan) orang tua-tua dll, bidal; ~ adat perkataan (peribahasa) mengenai adat, kata adat; ~ dan petitih berbagai peribahasa; berpepatah menyebut (memakai) pepatah: pandai benar kanda ~; pematah.Kamus Dewan Edisi Keempat
peribahasabidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yg tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
peribahasaayat atau kelompok kata yg mem­punyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian yg tertentu, bidal, pepatah: pegangan mereka yg teguh kpd ~ “biar mati anak jangan mati adat”, sudah cukup menerangkan kebudayaan mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat
peribahasabidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yg tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu.Kamus Pelajar
pepatahperibahasa yg berisi nasihat dll; kata-kata orang tua-tua yg terdapat ajaran di dlmnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pematahperibahasa; ®pepatah.Kamus Dewan Edisi Keempat
perbilanganperibahasa yg melahirkan kata-kata yg sudah menjadi spt peraturan atau undang-undang atau nasihat yg dapat dijadikan pegangan.Kamus Dewan Edisi Keempat
perbahasaanperibahasa;Kamus Dewan Edisi Keempat
pepatahperibahasa yg berisi nasihat dll; kata-kata orang tua-tua yg terdapat ajaran di dlmnya.Kamus Pelajar
kata adatperibahasa yg berkaitan dgn adat;Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas