fatalisme | kepercayaan bahawa perjalanan hidup manusia itu ditentukan oleh nasib dan di luar kawalan manusia: kejujuran Moleire terhadap pembetulan masyarakat Perancis ialah dgn membetulkan ~ dan anarkisme yg terdapat dlm masyarakat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sirah II | Ar kisah, riwayat atau perjalanan hidup seseorang nabi atau rasul; ~ Nabi kisah atau riwayat hidup Nabi Muhammad SAW sejak kecil hinggalah baginda wafat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arus | 1. gerakan air atau udara: ~ deras air sungai; 2. = ~ elektrik gerakan atau aliran tenaga elektrik melalui sesuatu pengalir; ~ terus = ~ searah Id aliran elektrik yg tetap haluan dan kuasanya; ~ ulang-alik = ~ bolak-balik Id aliran elektrik yg haluan dan had kuasanya bertukar-tukar; 3. pergerakan kenderaan (manusia dll) yg tidak putus-putus: menantikan redanya ~ lalu lintas di jalan; hilang dlm ~ orang banyak yg meninggalkan stadium; 4. ki aliran, perkembangan: sesuatu perlakuan tidak boleh didefinisikan secara berasingan drpd kedudukannya dlm ~ penceritaan; ~ sejarah; ~ zaman; ~ perubahan fesyen; ~ pembangunan; 5. = ~ hidup (penghidupan) perjalanan hidup, kehidupan: dia tidak lagi menghanyutkan diri ke dlm ~ kota; ~ air mata air mata yg mengalir dgn tidak putus-putus; ~ dingin = ~ sejuk arus yg membawa udara yg dingin (sejuk); ~ lautan arus yg bergerak di kawasan lautan; ~ panas arus yg membawa udara yg panas; ~ pasang surut arus yg disebabkan oleh gerakan pasang surut; ~ perdana perkembangan semasa yg sedang giat berlaku dr segi pembangunan (fizikal, mental, kebudayaan, kehidupan dsb): tiada kawasan di negeri yg disisihkan drpd ~ perdana pembangunan; berarus ada arusnya: air yg melaut itu rupanya tenang tetapi pd setengah-setengah tempat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyesatkan | 1. menyebabkan jadi sesat (perjalanan), membawa ke jalan yg salah: permatang yg panjang ini tidak akan ~ perjalanan kita; 2. ki menjadikan keliru atau tersalah: hidup tanpa penjelasan dan tanpa mengetahui selok-belok agama yg benarbenar akan ~ semata-mata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bekal | 1 apa-apa yg disediakan spt makanan dsb yg dibawa dlm perjalanan: Dibawanya nasi, air dan telur rebus utk ~ dlm perjalanan. 2 sesuatu yg dpt digunakan kemudian hari: Pelajarilah berbagai-bagai ilmu utk ~ hidup. berbekal mempunyai bekal; membawa bekal. berbekalkan mempunyai sesuatu sbg bekal: Dia merantau ~ ilmu di dada. membekali memberikan bekal kpd: Ayah ~ saya wang sepuluh ringgit. membekalkan menyediakan atau memberikan sesuatu utk bekal: Hang Mahmud telah ~ beberapa gantang beras serta sebilah keris dan sebilah kapak kpd anaknya. bekalan sesuatu yg dibekalkan: Kapal terbang Tentera Udara Diraja telah menggugurkan ~ makanan kpd tentera yg sedang bertugas di sempadan. perbekalan berbagai-bagai bekal. pembekalan perihal menyediakan atau memberikan bekal. pembekal orang dll yg membekalkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
musafir | Ar orang yg masih dlm perjalanan, orang yg berpergian, pengembara: jangan ada orang ~ yg tidur di bawah atap rumah eng-kau dlm keadaan lapar; bermusafir melakukan perjalanan atau pengembaraan: orang yg sedang ~; kemusafiran perihal (keadaan) hidup sbg musafir: sia-sia hidupmu, sia-sia ~mu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bekal | 1. apa-apa yg disediakan spt makanan dsb yg dibawa dlm perjalanan: Dibawanya nasi, air dan telur rebus utk ~ dlm perjalanan. 2. sesuatu yg dpt digunakan kemudian hari: Pelajarilah berbagai-bagai ilmu utk ~ hidup. membekali memberikan bekal kpd: Ayah ~ saya wang sepuluh ringgit. membekalkan menyediakan atau memberikan sesuatu utk bekal: Hang Mahmud telah ~ beberapa gantang beras serta sebilah keris dan sebilah kapak kpd anaknya. bekalan sesuatu yg dibekalkan: Kapal terbang Tentera Udara Diraja telah menggugurkan ~ makanan kpd tentera yg sedang bertugas di sempadan. perbekalan berbagai-bagai bekal. pembekalan perihal menyediakan atau memberikan bekal. pembekal orang dll yg membekalkan sesuatu. | Kamus Pelajar |
papan kekunci hidup(live keyboard) | Papan kekunci komputer yang membenarkan pengguna menaip data dan bersaling tindak dengan sistem semasa perjalanan sesuatu atur cara. | Kamus Komputer |
bekal | 1. persediaan yg dibawa dlm perjalanan (spt makanan, wang, dll): menyediakan ~ utk musim sejuk; 2. segala yg mungkin berguna pd masa depan: ilmu dicari utk ~ hidup;bekal-bekalan bermacam-macam bekal; berbekal mempunyai bekal, membawa bekal: ia datang ke mari ~ pakaian di badan; berbekalkan mempunyai sesuatu sbg bekal: ~ ilmu di dada; membekali memberi bekal kpd: anak itu dihanyutkan di dlm sebuah perahu, dibekali dgn sepucuk surat dan loket tergantung di lehernya;membekalkan memberikan bekal, menyediakan sesuatu sbg bekal: sebelum berangkat, air tambahan mesti dibekalkan; bekalan benda-benda yg dipakai (disediakan) sbg bekal, (benda-benda) persediaan: ~ makanan hanya sebanyak yg terlarat dibawa; perbekalan bekalan; pembekalan perihal (perbuatan, usaha, dsb) membekalkan: ia menghentikan ~ makanan utk masyarakat kota;pembekal orang yg memberi (menyediakan) bekal: pasukan ~; ~ modal orang yg memberi modal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peredaran | 1. perihal beredar, gerakan yg berkeliling: ~ matahari; 2. perjalanan dr satu tempat ke tempat lain; 3. perpindahan (wang) dr tangan ke tangan (dlm masyarakat); 4. perkembangan drpd suatu keadaan kpd yg lain: ~ hidup; ~ dunia = ~ zaman perkembangan atau p | Kamus Dewan Edisi Keempat |