hasil | 1. segala sesuatu yg didapati atau diperoleh (drpd tanah, usaha dan kegiatan, dll), pendapatan, perolehan: kemajuan yg kita dapat sekarang ini adalah ~ drpd usaha kita yg bersungguh-sungguh; ~ padi kita kini sudah mencukupi; semua ~ jualan tiket akan didermakan kpd tabung bencana banjir; 2. akibat, kesudahan (drpd perlawanan, peperiksaan, dll): penyakit yg dihidapinya ~ perbuatannya sendiri; ujian Sijil Rendah Pelajaran tahun ini sangat baik ~nya; 3. perolehan atau pendapatan (yg terdiri drpd cukai, pajak, sewa tanah, dll): ~ negeri dipungut dgn berbagai-bagai cara; ~ bahagi (Mat) hasil atau dapatan yg diperoleh drpd membahagi-bahagikan satu angka dgn angka yg lain; ~ buangan (Kim) bahan yg terhasil dlm proses kimia tetapi tidak mempunyai kegunaan industri; ~ bumi a) Id hasil drpd pertanian; b) hasil yg didapati drpd dlm tanah (berupa galian) dan drpd tumbuh-tumbuhan; ~ cukai pendapatan drpd cukai; ~ darab (Mat) jawaban atau dapatan drpd mendarab; ~ hutan barang yg didapati drpd tumbuhan dlm hutan (spt damar, kayu-kayan, rotan, dll); ~ ikutan (turut) Id hasil sampingan; ~ kali Id hasil darab; ~ kepala Kl cukai yg dikenakan ke atas seseorang; ~ mahsul berbagai-bagai hasil sesuatu negeri; ~ negeri a) hasil sesuatu negeri; b) pendapatan kerajaan (cukai dll); ~ purata (Mat) angka tengah yg sama jauhnya drpd angka yg pertama dan yg akhir (spt lima ialah suatu kuantiti antara dua dan lapan); ~ pertanian barang-barang keluaran pertanian; ~ pintu cukai yg dikenakan atas rumah dlm kawasan majlis bandaran; ~ pokok ark cukai mengikut bilangan pokok pd sebidang tanah; ~ sampingan hasil yg bukan hasil utama (mis sabut dlm perusahaan kelapa); ~ semula jadi hasil yg bukan buatan manusia; ~ sut (Eko) hasil yg diperoleh drpd jualan (keluaran) tambahan; ~ tanah a) cukai tanah; b) hasil bumi; ~ tapak ark cukai tanah bersama cukai yg belum dibayar; ~ tenusu hasil drpd binatang ternakan (spt susu dll); ~ terakru (Eko) hasil yg diperoleh dlm tempoh perakaunan tetapi belum direkodkan, atau bayarannya belum diterima sebelum tarikh tutup tempoh perakaunan itu; ~ utama Id hasil yg pokok (yg terutama); berhasil 1. ada hasilnya, memberi hasil: kebunnya sudah ~; 2. tercapai (cita-citanya, maksudnya), berjaya: segala usaha dan ikhtiarnya tidak juga ~;menghasilkan 1. mendatangkan (mengeluarkan, memberikan) hasil: Asia Tenggara ~ bijih timah yg banyak sekali di dunia; 2. mencipta (sesuatu): bagi ~ bunyi sesuatu jirim itu mestilah bergetar; ia seorang pengarang yg ~ lebih drpd 20 buah cerita pendek; 3. mengakibatkan; 4. menyebabkan (berhasil), membuahkan: pertemuan mereka yg pertama itu telah ~ rasa cinta di dalam sanubari masing-masing; ketekunanlah yg telah ~ usahanya; hasilan hasil ciptaan atau dapatan kerana menghasilkan sesuatu: TV3 telah mengadakan slot cerekarama yg menayangkan drama-drama ~ pengusaha tempatan; kehasilan benda yg dihasilkan: upah sawah itu kadang-kadang sama dgn ~ yg diperdapat;keberhasilan perihal berhasil atau tercapai (sesuatu matlamat, rancangan, tujuan, usaha dll): suatu keistimewaan lain ialah ~ pengarang menggunakan monolog; ~ penggunaan istilah banyak bergantung pd masyarakat penggunanya; ~ sesebuah novel; ~ sesuatu prosedur; penghasilan 1. perihal (usaha dsb) menghasilkan (mengeluarkan), pengeluaran: Malaysia sangat terkemuka dlm ~ timah; ~ getah dan minyak kelapa sawit; benda-benda biasanya melalui beberapa tingkatan dlm ~ dan pemakaiannya; 2. pendapatan, perolehan (wang dll): meskipun ~nya tidak seberapa tetapi dapatlah juga ia membantu kami; ~ getahnya jatuh menjadi nombor dua terpenting; pajak ~ Id pajak pendapatan; penghasil orang atau alat yg menghasilkan (membuat, mencipta, dll) sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penghasilan | 1. perihal (usaha dsb) menghasilkan (mengeluarkan), pengeluaran: Malaysia sangat terkemuka dlm ~ timah; ~ getah dan minyak kelapa sawit; benda-benda biasanya melalui beberapa tingkatan dlm ~ dan pemakaiannya; 2. pendapatan, perolehan (wang dll): meskipun ~nya tidak seberapa tetapi dapatlah juga ia membantu kami; ~ getahnya jatuh menjadi nombor dua terpenting; pajak ~ Id pajak pendapatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ukuran | 1. alat yg digunakan utk mengukur (spt kayu skala, pita, dll); 2. satuan atau unit kiraan utk mengukur (menyukat), sukatan: berapa panjang jalan itu dlm ~ kilometer? 3. hasil drpd mengukur, perolehan drpd mengukur; 4. besarnya (panjangnya, lebar-nya, dll), saiz: kasut ~ besar; 5. ki sesuatu yg digunakan sbg bandingan (pegangan, nilaian, dll): sastera lama tidak boleh dan tidak dapat dinilai dgn ~-~ moden; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerugian | 1. mengalami (menanggung, menderita) rugi: dlm masa enam bulan sahaja perniagaannya ~ sejumlah RM100 000; apa pun dasar yg dijalankan, kitalah juga yg ~ besar; 2. banyaknya atau jumlah perolehan yg kurang apabila dibandingkan dgn modal yg telah dibelanjakan, lwn keuntungan, rugi: berapa besar ~nya? 3. sesuatu yg merugikan (spt kerosakan dll): besarlah ~ yg akan menimpa mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengajian | 1. usaha atau kegiatan belajar membaca Quran, pembacaan Quran: menjemput Pak Lebai kerana hendak diadakan kenduri berkhatam ~; 2. penyelidikan (yg mendalam atau terperinci), pelajaran atau perolehan pelajaran (yg mendalam atau di peringkat tinggi), kajian: pegawai-pegawai dihantar utk membuat ~ lanjutan utk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kepakaran dlm bidang bahasa dan sastera; tamat ~nya di Universiti Malaya; Jabatan P~ Melayu di Universiti Malaya; pusat ~ tinggi universiti atau institusi pengajian yg setaraf dgn universiti; P~ Jarak Jauh sistem pembelajaran secara sambilan yg ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yg menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pembelajaran spt pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gendala | halangan, rintangan, aral: sudah kami tating-tating dan sudah kami kaji buruk-baiknya, tidak ada apa-apa ~nya anakanda diperumahkan; menggendalakan menyebabkan ada gendala (halangan, rintangan, aral), menghalanghalangi, merintangi: kesukaran memperoleh bahan-bahan mungkin akan ~ pekerjaan; tergendala terhalang, tertahan (pekerjaan, perjalanan, dll): kalau anaknya yg kecil itu bangun kerjanya akan ~; kegendalaan 1. sesuatu yg menggendalakan (melambatkan atau menghalang kemajuan, perjalanan, dsb), halangan: mungkin ada sesuatu ~ di jalan; 2. keadaan tergendala (terhalang kemajuan dll): projek yg dirancang di Jalan Damansara sedang menghadapi ~ yg lama, terutamanya dr segi perolehan ta-pak bangunan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaji I | 1. pelajaran (agama dll); ~nya masih rendah bacaan Qurannya masih sedikit; 2. cabang ilmu pengetahuan, pengetahuan atau penyelidikan (mengenai sesuatu); pendek ~ pendek kata, pendeknya; putus ~ sudah mengambil keputusan tetap (tidak boleh berubah lagi); ~ selidik kegiatan atau usaha mengkaji dan menyelidik utk mengetahui kedudukan dsb sesuatu dgn nyata; lancar ~ kerana diulang, pasar jalan kerana diturut prb kepandaian (kemahiran) diperoleh kerana dibiasakan mengerjakannya; sukar ~ pd orang alim, sukar wang pd orang kaya prb Mn orang berilmu tidak mudah atau cepat memutuskan sesuatu masalah atau membuat sesuatu keputusan dan orang kaya pula tidak mudah mengeluarkan wang kalau tidak mendatangkan keuntungan; mengaji 1. = ~ Quran (belajar) membaca Quran; (sudah) khatam ~ sudah selesai belajar membaca Quran (sudah boleh membaca Quran seluruhnya); ~ batang belajar membaca dgn tidak mengeja satu per satu perkataannya; 2. belajar, menuntut: ~ di sekolah kampung; akan ~ suratlah hilang, akan bertanya gurulah mati prb keadaan sulit yg tiada dapat diselesaikan lagi kerana punca utk menyelesaikannya tidak ada lagi; mengajikan membaca Quran utk (orang yg telah mati); mengkaji menyelidik dan meneliti dgn mendalam atau terperinci (supaya benar-benar mengetahui sesuatu, supaya dapat membuat keputusan dll): sebuah jawatankuasa khas telah dibentuk utk ~ rang undang-undang tersebut; ia berfikir dalam-dalam sewaktu ~ buruk dan baiknya hal itu; terkaji dapat diselidiki (diperiksa, diduga); tidak ~ tidak dapat diselidiki, tidak terduga; kajian 1. kegiatan (usaha, proses) mengkaji; ~ kes kajian tentang sesuatu isu (institusi, orang dsb) berdasarkan data, maklumat dsb terperinci yg dikumpulkan dlm jangka masa tertentu; 2. = pengajian; pengajian 1. usaha atau kegiatan belajar membaca Quran, pembacaan Quran: menjem-put Pak Lebai kerana hendak diadakan kenduri berkhatam ~; 2. penyelidikan (yg mendalam atau terperinci), pelajaran atau perolehan pelajaran (yg mendalam atau di peringkat tinggi), kajian: pegawai-pegawai dihantar utk membuat ~ lanjutan utk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kepakaran dlm bidang bahasa dan sastera; tamat ~nya di Universiti Malaya; Jabatan P~ Melayu di Universiti Malaya; pusat ~ tinggi universiti atau institusi pengajian yg setaraf dgn universiti; P~ Jarak Jauh sistem pembelajaran secara sambilan yg ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yg menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pembelajaran spt pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video; pengkajian perihal mengkaji, penelitian, penyelidikan: ~ dan penilaian karya-karya sastera; ~ utk mencari kegunaan baru getah masih dijalankan; pengkaji (orang) yg mengkaji: ~ sastera Melayu moden; ~ cuaca. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
oleh I | /oléh/ 1 kata sendi nama utk menunjukkan pelaku dlm ayat pasif: Daerah itu telah ditawan ~ musuh. 2 sebab; akibat: Orang itu mati ~ penyakit kepialu. 3 kepada; bagi: Tampak ~nya seorang tua berjalan-jalan. 4 dengan: Bakul itu sarat ~ buah-buahan. beroleh mendapat atau menerima sesuatu: Beliau telah ~ anak lelaki. memperoleh mendapat atau mencapai sesuatu dgn usaha: Kita telah ~ kemerdekaan tanpa menumpahkan darah setitik pun. perolehan 1 sesuatu yg diperoleh; hasil; pendapatan. 2 hal beroleh. pemerolehan hal atau cara memperoleh. pemeroleh pihak, orang dsb yg memperoleh sesuatu: Peraturan itu membolehkan pihak tsb memindahkan hak milik tanah kpd mana-mana ~ menerusi perakuan pemberian hak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rugi | 1. (dijual dll) lebih rendah drpd harga pokok, tidak mendapat keuntungan: jika suatu perniagaan itu ~, akan tibalah masanya modal utk menjalankan perniagaan itu habis; jatuh (menanggung, menderita) ~ tidak beroleh keuntungan; ~-~ untung walaupun rugi ada baiknya juga; 2. kesusutan modal (kerana menjual lebih rendah drpd harga pokok): berjual beli getah pd masa ini akan mendatangkan ~; dia tidak sanggup lagi menanggung ~; ganti ~ = silih ~ wang dll sbg pengganti sesuatu yg rosak (hilang dll), pampasan; kira-kira untung ~ kira-kira yg menunjukkan untung dan rugi sesuatu perniagaan; 3. tidak mendapat faedah (manfaat), tidak ada gunanya, sia-sia sahaja: ia berasa ~ datang menonton pertunjukan itu kerana apa yg disaksikannya adalah hasil seni yg amat murah; 4. sesuatu yg kurang baik (tidak berfaedah), mudarat: tidak ada ~nya kalau awak masuk belajar lagi di sekolah malam; 5. hilang, habis (wang dll): ia ~ kira-kira RM300 kerana menolong kawannya berkahwin; ~ barang (tempoh, tenaga, wang) habis barang (tempoh, tenaga, wang); ~ atas kertas kerugian akibat penurunan harga sesuatu sekuriti atau aset yg belum nyata kerana tidak dijual; ~ modal kerugian yg ditanggung drpd penjualan sesuatu sekuriti atau aset akibat drpd penurunan harga; ~ menen-tang laba, jerih menentang boleh prb harus bersusah payah (merugi dll) dahulu utk men-dapat sesuatu yg dikehendaki; berugi, merugi menanggung rugi: siapa pula lagi yg akan ingat kepadaku, akan suka berugi-rugi sebanyak ini; siapa yg mahu ~?; tak mahu ~ (merugi) tidak mahu mengeluarkan wang (tenaga dll) dgn cuma-cuma; apa guna ~ apa guna bersusah payah (mengeluarkan belanja dll); merugikan 1. menjadikan rugi, mendatangkan rugi (kpd): pemogokan kereta api yg berjalan selama tiga bulan telah ~ perusahaan itu berpuluh-puluh juta ringgit; berjuta-juta ringgit hasil petani telah dirugikan oleh sistem padi kunca; 2. sengaja menjual lebih rendah drpd harga pokok, sengaja merugi: kerana menerima cengkeram, petani-petani kita ~ hasil pertanian mereka; 3. membawa akibat dll yg kurang baik (kpd): dirasainya tidaklah ~ kiranya ia terus belajar di sekolah malam; aku tidak sekali-kali berniat hendak ~ hidupmu; kerugian 1. mengalami (menanggung, menderita) rugi: dlm masa enam bulan sahaja perniagaannya ~ sejumlah RM100 000; apa pun dasar yg dijalankan, kitalah juga yg ~ besar; 2. banyaknya atau jumlah perolehan yg kurang apabila dibandingkan dgn modal yg telah dibelanjakan, lwn keuntungan, rugi: berapa besar ~nya? 3. sesuatu yg merugikan (spt kerosakan dll): besarlah ~ yg akan menimpa mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
oleh /oléh/ I | 1 kata sendi utk menunjukkan pelaku dlm ayat pasif: Daerah itu telah ditawan ~ musuh. 2 sebab; akibat: Orang itu mati ~ penyakit kepialu. 3 kepada; bagi: Tampak ~nya seorang tua berjalan-jalan. 4 dengan: Bakul itu sarat ~ buah-buahan. beroleh mendapat atau menerima sesuatu: Beliau telah ~ anak lelaki. memperoleh mendapat atau mencapai sesuatu dgn usaha: Kita telah ~ kemerdekaan tanpa menumpahkan darah setitik pun. perolehan 1 sesuatu yg diperoleh; hasil; pendapatan. 2hal beroleh. pemerolehan hal atau cara memperoleh. | Kamus Pelajar |