prisma | ist 1 benda padu yg kedua-dua hujungnya mempunyai banyak segi yg serupa dan tepi yg selari. 2 bahan drpd kaca yg biasanya lut sinar, berbentuk tiga segi dan digunakan utk menyerakkan warna putih menjadi spektrum dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
prisma | 1. hablur yg mempunyai tiga atau lebih permukaan yg selari dgn paksi hablur dan digunakan dlm peralatan optik spt teropong dan periskop; 2. (Mat) polihedron atau blok geometri yg dibatasi oleh sekurang-kurangnya dua permukaan bersegi atau poligon yg selari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
prisma ist | 1 benda padu yg kedua-dua hujungnya mempunyai beberapa banyak segi yg serupa dan tepi yg selari. 2 bahan drpd kaca yg biasanya lutsinar, berbentuk segi tiga dan digunakan utk menyerakkan warna putih menjadi spektrum dsb. | Kamus Pelajar |
menjarak | bergerak (jauh) drpd yg satu lagi, menjauh, terpisah: kalau prisma diisi dgn dua sulfida maka perasingan cahaya-cahaya berwarna akan lebih ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
periskop | (périskop) alat optik berbentuk tiub yg mengandungi kanta, cermin, atau prisma utk melihat objek yg tidak selari dgn garis pelihatan, mis dlm kapal selam, utk melihat objek di permukaan air. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melalukan | 1. membiarkan lalu (lantas, masuk, dll), memasukkan, meluluskan: dilalukannya cahaya hijau itu menembusi prisma; 2. menjalankan (cita-cita, apa yg hendak dibuat, dll), mengerjakan: ia selalu hendak ~ kehendaknya; 3. membawa atau membuat terus, meneruskan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
spektrum /spéktrum/ | cahaya berwarna-warni spt warna pelangi yg terjadi apabila sesuatu sinar diuraikan oleh kaca prisma dll. | Kamus Pelajar |
spektrum | /spéktrum/ 1 cahaya berwarna-warni spt warna pelangi yg terjadi apabila sesuatu sinar diuraikan oleh kaca prisma dll. 2 julat atau lingkungan ttg sesuatu perkara: Perkembangan bahasa kanak-kanak berbeza-beza dlm satu ~ yg luas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
spektrum | (spéktrum) 1. paparan cahaya yg berwarna-warni (spt warna pelangi) yg terjadi apabila sinar cahaya diuraikan menerusi kaca prisma; 2. julat atau lingkungan sesuatu perkara tertentu: proses pendidikan hendaklah berakarkan ilmu pengetahuan dan teknologi dlm apa juga ~; perkembangan bahasa kanak-kanak berbeza-beza dlm satu ~ yg luas; ~ garis spektrum pemancaran atau penyerapan yg terdiri drpd garis-garis (setiap garis terbit akibat perbezaan aras tenaga elektron); ~ jalur spektrum yg terdiri drpd satu siri jalur sinaran yg dipancarkan atau diserap; ~ jisim spektrum yg terhasil drpd spektrometer atau spektrograf; ~ pemancaran spektrum yg terhasil akibat pemancaran sinaran elektromagnet drpd sesuatu jisim; ~ penyerapan spektrum yg terhasil drpd penyerapan sinaran elektromagnet oleh sesuatu jirim. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencerakinkan | 1. menyelidik atau menyiasat sesuatu keadaan (perbuatan, gejala, ciptaan, dll) utk mengetahui sebab-sebab (kedudukannya dll): ia diakui sbg tokoh yg pertama ~ dasar-dasar ini; 2. menghuraikan sesuatu bahan kpd bahagian-bahagiannya (spt unsur dll); 3. menghuraikan (memisahkan, menceraikan, dll) sesuatu kpd bahagian-bahagiannya: prisma yg pertama ~ cahaya putih dan prisma yg kedua menghasilkannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |