Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.mai] | راماي

Definisi : 1. riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ~, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ~; 3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira: Encik Ramli pun hanya ~ dlm hati sendiri; 4. aktif, giat, sibuk: sesudah meleset beberapa lama, pasar­an getah ~ kembali; Singapura ialah bandar per­niagaan yg ~; 5. banyak penghuninya (pen­duduknya): pd zaman itu negeri Siak ~; 6. banyak (orang), orang banyak, umum: ~ orang berkumpul; perkara Dang Kenanga jangan­­lah dijadikan soal ~; di muka ~ di depan orang banyak (umum); kemahuan ~ kemahuan umum; khalayak ~ orang banyak, umum; ke­gemaran ~ kesukaan umum; orang ~ a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); suara (pendapat) ~ suara atau pendapat umum; ~ beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama; seramai 1. sama banyak (dgn); 2. sebanyak, sejumlah: penduduk-penduduk yg ~ sejuta orang itu; beramai-ramai 1. berbuat sesuatu dgn riuh-rendah (hiruk-pikuk): mereka ketawa ~; undang-undang tidak dapat digubal dgn ber­tengkar ~; 2. bersama-sama (banyak orang), banyak-banyak (tidak berseorang): se­lepas tembakan itu kami keluar ~ melihat api; mari kita kerjakan ~; meramai-ramai ark beramai-ramai: anak buah Bendahara pun pergilah mengambil peti itu, diramai-ramai­nya dibawanya ke hadapan Benda­hara; beramai-ramaian sl 1. dgn ramainya, dgn banyaknya: sekali persetua ayah hamba raja Tanjung Pura pergi ~ ke pulau; 2. dgn riuh-rendahnya (hiruk-pikuknya): terlalulah suka pula aku melihatkan orang menyabung ~ itu; meramaikan 1. menjadikan ramai, menye­bab­­kan ramai (riuh-rendah, hiruk-pikuk): kereta ini diramaikan dgn bual penumpang-penumpangnya; 2. menjadikan banyak, mem­­­banyakkan: ~ kaum keluarga; 3. men­jadikan gembira, memeriahkan: ia meng­ucapkan terima kasih kpd kawan-kawannya yg datang ~ majlis hari jadinya; memperamai, memperamaikan menye­rang beramai-ramai, membanyaki: malang­nya tok guru diperamaikan dan mati di­tikam; ia menetak dan menikam Peringgi tetapi apakan daya ia diperamai oleh Peringgi; keramaian 1. perihal ramai (riuh-rendah dll): melalui jendela aku lihat ~ lalu lintas; ia suka berkunjung ke negara-negara asing, melihat ~ kota dan pemandangan di per­desaan; 2. perayaan, pesta: ~ menyambut hari perkahwinannya ialah suatu peristiwa besar; satu ~ telah diadakan bagi menyam­but hari kemerdekaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.mai] | راماي

Definisi : 1 terdiri drpd jumlah yg banyak (bkn orang): Pengunjung sangat ~ di pesta itu. ~ muai sangat ramai; terlalu ramai. 2 banyak penduduknya: Pd zaman itu, pelabuhan Melaka sangat ~. 3 tidak sunyi; sibuk; giat (bkn perdagangan): Pasaran saham sekarang tidak begitu ~ spt beberapa bulan dahulu. 4 orang banyak; umum: kegemaran ~ kegemaran orang banyak; khalayak ~ orang banyak; orang ~ orang kebanyakan; suara ~ suara orang banyak. 5 riuh-rendah (bunyinya); bising: Suara para penonton terlalu ~ sehingga orang bercakap di sebelah pun tidak kedengaran. 6 hebat atau dahsyat (bkn peperangan, perkelahian dll). 7 riang gembira; sangat meriah: Pesta itu sangat ~ kerana banyak orang yg mengunjunginya. beramai-ramai bersama-sama dgn orang lain yg ramai: Kami keluar ~ berarak berkeliling bandar. meramaikan 1 membuat supaya ramai; menjadikan banyak jumlah orang (penduduk, penghuni dsb): Kedatangan orang-orang baru telah ~ kampung kami. 2 menyebabkan bising (riuh-rendah); meriuhkan: ~ suasana. keramaian majlis utk merayakan sesuatu; pesta: Satu ~ telah diadakan di Taman Tasik utk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan. seramai sebanyak; sejumlah: Penduduk bandar itu ~ sejuta orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ramai (adjektif)
1. Bersinonim dengan bising: riuh, hiruk, hingar, riuh-rendah, hiruk-pikuk, gegak-gempita, hingar-bingar, laguh-lagah, becang-becok,
Berantonim dengan sunyi

2. Bersinonim dengan meriah: ceria, gembira, riang gembira,
Berantonim dengan sugul

3. Bersinonim dengan giat: aktif, cergas, sibuk, racau,
Berantonim dengan lembap

4. Bersinonim dengan hebat: dahsyat, luar biasa,

5. Bersinonim dengan banyak: sejumlah besar, berbondong-bondong, berpusu-pusu, bersesak-sesak, berduyun-duyun, berasak-asak, berhimpit-himpit,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : seramai, beramai-ramai, meramaikan, keramaian,

Puisi
 

Anak lutung di pokok jelutung,
     Anak mawas di pokok ara;
Ramai-ramai kita berpantun,
     Kerana memuja teruna dan dara.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Bunyi Cina karam.

Bermaksud :

Ramai (= riuh) sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bunyi perempuan di air).

 

Lihat selanjutnya...(20)

237

Old habits die hard

Tabit atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan sukar diubah.

Hendak meluruskan anjing

People would still prefer to queue up to buy their tickets at the counters. When asked why they were reluctant to use the ticket-vending machines, their response was "troublesome". It is true : old habits die hard.

Orang ramai masih suka beratur untuk membeli tiket di kaunter. Apabila ditanya mengapa mereka keberatan hendak menggunakan mesin tiket, jawapan mereka, ''menyusahkan''. Benarlah : hendak meluruskan anjing.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(40)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berterjunanterjun ramai-ramai; ramai yg terjun: Mereka ~ ke dlm sungai utk mengelak drpd digigit tebuan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terjunmelompat dr tempat yg tinggi ke tempat yg rendah atau dr atas ke bawah: Kakinya patah ketika ~ dr kereta api yg sedang bergerak. air ~ air yg mengalir turun dr tempat yg tinggi. berterjunan terjun ramai-ramai; ramai yg terjun: Mereka ~ ke dlm sungai utk mengelak drpd digigit tebuan. menerjuni 1 terjun di; terjun ke: Tanpa berlengah-lengah, dia terus ~ air tasik yg jernih itu. 2 menyelidiki (mendalami, menyelami dll) sesuatu bidang, ilmu dsb: Beliau ~ bidang aeroangkasa kerana amat meminatinya. menerjunkan 1 membiarkan terjun; menyuruh terjun: Dia ~ anjingnya ke dlm sungai. 2 menggugurkan sesuatu dr kapal terbang dsb: Kapal terbang tsb ~ beberapa biji bom di tempat itu. ~ diri memasuki atau menyertai sesuatu perkara atau kegiatan; menceburkan diri. terjunan lompatan terjun: Pere­nang negara mempamerkan ~ yg baik dlm acara itu. penerjunan perbuatan (hal dsb) terjun, menerjuni atau menerjunkan. penerjun orang yg terjun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kolektif(koléktif) bersama-sama atau be­ramai-ramai sbg suatu kumpulan (dlm melaku­kan sesuatu): sekalian rakyat mempunyai tanggungjawab yg sama, baik secara bersendirian ataupun secara ~; pertanian ~ pertanian yg diusahakan beramai-ramai dgn bekerjasama utk faedah bersama; mengkolektifkan menjadikan faktor pengeluaran (spt tanah, kilang, dll) milik ber­sama rakyat atau milik negara, menubuhkan sistem pengusahaan (pengeluaran) secara beramai-ramai (bersama-sama); pengkolektifan perihal atau perbuatan meng­kolektifkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pada IIIsama-sama, ramai-ramai (melakukan sesuatu): ibu-ibu itu ~ duduk mengobrol; mereka ~ berebut minta makanan; burung-burung sudah ~ resah menunggu.Kamus Dewan Edisi Keempat
berhurungberkerumun, ber­kum­pul ramai-ramai atau banyak-banyak;Kamus Dewan Edisi Keempat
hurung II; berhurung berkerumun, ber­kum­pul ramai-ramai atau banyak-banyak; menghurung mengerubungi, mengerumuni: semut ~ manisan.Kamus Dewan Edisi Keempat
berenamberjumlah enam (orang dll), enam (orang dll) jumlahnya: jangan pergi ramai-ramai, ~ pun cukuplah;Kamus Dewan Edisi Keempat
berenamberjumlah enam (orang dll), enam (orang dll) jumlahnya: jangan pergi ramai-ramai, ~ pun cukuplah;Kamus Dewan Edisi Keempat
ramai muaisangat ramai; terlalu ramai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
medan ramaiorang ramai, khalayak ramai;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas