arak II | ; berarak, berarak-arakan 1. berjalan beramai-ramai dan beriring-iring: setelah itu ~lah mereka berkeliling negeri; 2. bergerak beriring-iring: awan sudah mulai ~ ke Timur; 3. datang (timbul) satu demi satu silih berganti (bkn pelbagai kenangan dsb): bermacam-macam kenangan yg ~ dlm ingatannya; ~ tidak berlari prb perbuatan bersama-sama yg menggirangkan hati tidak perlu diburu-burukan; elok arak di hari panas prb orang yg sukacita kalau beruntung, sebab maksud tercapai; mengarak 1. mengiringi seseorang atau sesuatu beramai-ramai, menghantar (mengusung) beramai-ramai: esoknya disediakan perarakan utk ~ jenazah Raden Menteri ke istana; ~ pengantin; 2. sl bergerak terdahulu (dlm iringan), mendahului: bintang Timur ~ siang; arakan, arak-arakan pawai;perarakan 1. iring-iringan yg mengarak sesuatu, pawai: ~ tidak dapat dibawa kerana hujan; 2. usungan (kereta dll) utk mengarak: Raden Inu pun menyambut isterinya naik ke atas ~; 3. kumpulan orang yg berarak: ~ itu diketuai oleh Yang Dipertua Negeri Melaka;~ haram perarakan yg diadakan tanpa kebenaran pihak yg berkuasa (spt polis dsb); ~ raksasa perarakan yg diadakan secara besar-besaran; pengarak 1. orang dll yg mengarak; 2. orang atau sesuatu yg mendahului seseorang atau sesuatu, pembuka jalan; angin ~ hujan angin yg mendahului hujan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berarak-arakan | 1. berjalan beramai-ramai dan beriring-iring: setelah itu ~lah mereka berkeliling negeri; 2. bergerak beriring-iring: awan sudah mulai ~ ke Timur; 3. datang (timbul) satu demi satu silih berganti (bkn pelbagai kenangan dsb): bermacam-macam kenangan yg ~ dlm ingatannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berarak | , berarak-arakan 1. berjalan beramai-ramai dan beriring-iring: setelah itu ~lah mereka berkeliling negeri; 2. bergerak beriring-iring: awan sudah mulai ~ ke Timur; 3. datang (timbul) satu demi satu silih berganti (bkn pelbagai kenangan dsb): bermacam-macam kenangan yg ~ dlm ingatannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpawai | berarak (beramai-ramai): maka ~lah gadis-gadis itu di hadapanku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
termasyhur | tersiar ke mana-mana (bkn sesuatu khabar, kejadian dll); diketahui orang ramai; terkenal; ternama: ~lah keindahan tempat itu ke seluruh negara. Hang Tuah ialah pahlawan Melayu yg ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
masyhur | = termasyhur tersiar ke mana-mana (bkn sesuatu khabar, kejadian dll); diketahui orang ramai; terkenal; ternama: ~lah keindahan tempat itu ke seluruh negara. Hang Tuah ialah pahlawan Melayu yg ~. memasyhurkan menyebarkan (menyiarkan) ke merata-rata tempat utk diketahui umum; membuat supaya masyhur; menjadikan masyhur: Kemenangan itu telah ~ nama negara kita. kemasyhuran perihal (keadaan) masyhur: ~ Kuala Lumpur tersebar luas. pemasyhuran perbuatan atau hal memasyhurkan; perihal menyebarkan atau menyiarkan berita dsb: ~ kemerdekaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ramai | 1. riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ~, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ~; 3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira: Encik Ramli pun hanya ~ dlm hati sendiri; 4. aktif, giat, sibuk: sesudah meleset beberapa lama, pasaran getah ~ kembali; Singapura ialah bandar perniagaan yg ~; 5. banyak penghuninya (penduduknya): pd zaman itu negeri Siak ~; 6. banyak (orang), orang banyak, umum: ~ orang berkumpul; perkara Dang Kenanga janganlah dijadikan soal ~; di muka ~ di depan orang banyak (umum); kemahuan ~ kemahuan umum; khalayak ~ orang banyak, umum; kegemaran ~ kesukaan umum; orang ~ a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); suara (pendapat) ~ suara atau pendapat umum; ~ beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama; seramai 1. sama banyak (dgn); 2. sebanyak, sejumlah: penduduk-penduduk yg ~ sejuta orang itu; beramai-ramai 1. berbuat sesuatu dgn riuh-rendah (hiruk-pikuk): mereka ketawa ~; undang-undang tidak dapat digubal dgn bertengkar ~; 2. bersama-sama (banyak orang), banyak-banyak (tidak berseorang): selepas tembakan itu kami keluar ~ melihat api; mari kita kerjakan ~; meramai-ramai ark beramai-ramai: anak buah Bendahara pun pergilah mengambil peti itu, diramai-ramainya dibawanya ke hadapan Bendahara; beramai-ramaian sl 1. dgn ramainya, dgn banyaknya: sekali persetua ayah hamba raja Tanjung Pura pergi ~ ke pulau; 2. dgn riuh-rendahnya (hiruk-pikuknya): terlalulah suka pula aku melihatkan orang menyabung ~ itu; meramaikan 1. menjadikan ramai, menyebabkan ramai (riuh-rendah, hiruk-pikuk): kereta ini diramaikan dgn bual penumpang-penumpangnya; 2. menjadikan banyak, membanyakkan: ~ kaum keluarga; 3. menjadikan gembira, memeriahkan: ia mengucapkan terima kasih kpd kawan-kawannya yg datang ~ majlis hari jadinya; memperamai, memperamaikan menyerang beramai-ramai, membanyaki: malangnya tok guru diperamaikan dan mati ditikam; ia menetak dan menikam Peringgi tetapi apakan daya ia diperamai oleh Peringgi; keramaian 1. perihal ramai (riuh-rendah dll): melalui jendela aku lihat ~ lalu lintas; ia suka berkunjung ke negara-negara asing, melihat ~ kota dan pemandangan di perdesaan; 2. perayaan, pesta: ~ menyambut hari perkahwinannya ialah suatu peristiwa besar; satu ~ telah diadakan bagi menyambut hari kemerdekaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berterjunan | bersama-sama (beramai-ramai) terjun, banyak yg terjun: setelah ia mengamuk itu ~lah orang dr balairung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemaslahatan | kegunaan, faedah: hal yg sa-lah dan bertentangan dgn ~ orang ramai; demi ~ dan kepentingan manusia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selit-menyelit | mencelah-celah (di antara orang banyak dll), mencelah berliku-liku: ia menuju ke tempat orang ramai itu ~ masuk mencari tempat; maka alahlah Raja Kecil itu, lari dr Lingga selit-menyelit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |