Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rasa-rasa

Puisi
 

Baju dipakai baju yang mana,
     Ingin serai rimbun ke daun;
Tinggal sekejap sebulan rasa,
     Rasa berkecai beribu tahun.


Lihat selanjutnya...(164)
Peribahasa

Rasa tak mengapa hidung dikeluani.

Bermaksud :

Orang yang membiarkan dirinya diperbodohi orang.

 

Lihat selanjutnya...(19)

215

When all fruit fails, welcome haws

Apabila sesuatu yang kita inginkan tiada atau tidak diperoleh maka kita hruslah menerima apa sahaja yang ada dengan rasa syukur meskipun ia tidak seperti yang dikehendaki.

Umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham

During the war, we survived on cassavas or sweet potatoes since our rice fields were bombed by Japanese - when all fruit fails, welcome haws.

Semasa perang, kami makan ubi kayu atau keledek kerana sawah kami dibom oleh Jepun - umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cita I1 perasaan hati; rasa: ~ rasa rasa spt sedap, lazat dsb. 2 angan-angan; sesuatu yg difikirkan. cita-cita 1 keinginan yg selalu ada dlm fikiran: ~nya menjadi doktor. 2 tujuan yg hendak dicapai atau yg hendak dilakukan; maksud: Tanpa kerjasama drpd seluruh rakyat, ~ kerajaan hendak mendirikan suatu masyarakat adil tidak akan berjaya. bercita-cita 1 berharap; berniat: Dia ~ hendak melanjutkan pelajarannya. 2 mempunyai cita-cita atau tujuan yg sempurna: Ahmad ialah anak yg ~ tinggi. mencita-citakan 1 mengingini; mengharapkan: Akhirnya tercapai juga apa-apa yg dicita-citakannya itu. 2 membayangkan dlm fikiran: Mereka selalu ~ dunia baru yg serba mewah dan aman.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menekakseakan-akan melekat pd tekak (bkn rasa): Rasa pahit ubat itu masih ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sahihpasti, benar, sah, dapat diakui (diterima): rasa-rasa tu kenal juga, tapi tak ~; diterima sbg bukti yg ~; mensahihkan mengakui sahih, menjadikan sahih, memastikan; kesahihan perihal sahih (benar, pasti, sah): mereka harus bersedia menguji ~ semua rumusan dan pendapat mereka; ketidaksahihan perihal atau keadaan tidak sahih; pensahihan perihal mensahihkan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
rasa1. perihal sesuatu yg dikecap oleh lidah, keadaan yg dialami oleh bahagian tubuh (kulit dll apabila kena sesuatu): ~ manis (tawar, masam, masin, dll); ~ pedih (sakit, ngilu, dll); ~ badanku spt dibakar dgn api; 2. tabiat sesuatu benda yg menimbulkan rasa: gula manis ~nya; 3. = ~ hati keadaan hati terhadap sesuatu: ~ sedih (kecewa, pilu, senang, dll); ~ hormat (cinta, sayang, takut, dll); mengikut ~, binasa; 4. anggapan tentang baik buruk (salah benar dll), pendapat, fikiran: ~ adil dan saksama; pd ~ saya pd pendapat saya; 5. = rasa-rasa, rasanya, rasa-rasanya agaknya, barangkali, gerangan, kalau-kalau, kira-kira, rupa-rupanya: rasanya sedikit benar orang yg mengetahuinya; 6. = rasanya, serasa, rasa-rasa, serasa-rasa, rasakan sama rasanya dgn, seakan-akan, seolah-olah, selaku: dia sendiri serasa mengalami semula pengalaman Hilmy di sekolahnya; biadab di hadapan Bendahara itu rasa-rasa di hadapan kita; Amran rasa-rasa mendidih darahnya mendengar ucapan itu; rasakan lebih enak drpd rokok kita pasak kampung; serasa bayang hilang semangat; 7. = rasa-rasa ada ingatan, ada terlintas di hati (bagi menyatakan bimbang, ragu-ragu): ~ hendak dipukulnya pencuri itu habis-habisan; 8. memikir, mengagak, menganggap: saya ~ dia belum pulang lagi; dia ~ tidak ada gunanya mengamuk; ~ akan rasakan, bagaikan, seolah-olah oleh; turutkan ~ binasa, turutkan hati mati prb perihal orang yg menurutkan kemahuan hawa nafsunya, akhirnya binasa juga; yg dimakan ~, yg dilihat rupa, yg didengar bunyi prb melihat sesuatu menurut keadaannya yg terbukti dan sudah dipersaksikan; berasa 1. mendapat rasa (yg dialami oleh bahagian-bahagian badan): kakinya ~ sengal; seluruh badannya ~ sakit; 2. mempunyai rasa (manis, masam, pahit, dll): kerana banyak sangat garam, masakan itu ~ sangat masin; air ialah suatu cecair yg tidak berwarna, ~, atau berbau; 3. mengalami rasa di dlm hati (batin): orang Melayu lekas ~ tersinggung; ~ suka; ~ takut; 4. = dirasa, dirasai, terasa: rumahku ini tiada ~ rumahku lagi; maka ~ kpd dadanya spt kena panah; ~ berat berasa tidak sanggup, berasa di luar kekuasaan (kesanggupan); ~ hati a) ingin akan sesuatu, tertarik kpd; b) berasa kecewa, tidak senang hati, agak marah; c) tersinggung; merasa 1. mengalami rasa dgn lidah: air itu dirasanya masin; 2. mengalami rasa (sakit dll) pd tubuh: setelah Raja Zainal ~ luka, maka baginda pun meraba keris; nanti setelah lepas Pulau Penuba, sebelah petang, kita akan ~ angin Laut China; 3. = merasa-rasa mencuba dgn lidah utk mengetahui manis masam (pahit tidaknya dll): ia ~ gula itu; dua tiga orang sudah pun sampai dan ~ air kopi itu; 4. = merasa-rasa meraba-raba (menjamah dll) utk mengetahui kasar halus­nya (berat tidaknya dll): licin tidaknya dapat dirasa sendiri dgn tangan; merasai 1. mengecap (makanan, minuman, dll), mencicip: alangkah puas hatinya ~ makanan masakan ibunya; rasai dulu kopi itu sebelum dihidangkan; 2. menikmati (kesenangan, kemewahan, kebahagiaan, dll): kesenangan dan kemewahan hidup yg di­rasainya itu ialah drpd harta isterinya; belum pernah ia ~ hidup senang spt orang-orang lain; 3. menderita (kesusahan, seng­sara, dll): barulah hamba ~ sengsara hidup di dlm penjara; mereka akan ~ duka nestapa yg tidak terkira-kira lagi; rasai olehmu balas­an kekasaran tingkahmu; 4. = merasa-rasai meraba-rabai (menjamah-jamah) hendak me­ngetahui dgn tangan dll: rasa-rasai dahulu dgn kakimu sama ada dalam atau tidak sungai itu; 5. ki menduga (mengajuk, meng­kaji, meninjau, dll) hati orang dll: drpd air mukanya, kita dapat ~ apa yg ter­kandung dlm hati perutnya; syor-syornya itu harus dirasa-rasai dulu sebelum dibuat keputusan; 6. mengalami rasa dlm hati (batin): dirasai­nya cintanya pd wanita itu kian lumpuh; 7. sl menyedari, menginsafi: duduk di Mesir kira-kira tiga bulan lamanya itu pun tiada dirasai oleh Laksamana; merasakan 1. = memperasakan mem­biarkan (menjadikan, menyuruh) berasa atau merasai: ia mencuba sungguh-sungguh utk ~ fahamnya kpd seluruh pendengarnya; 2. merasai, menginsafi, memikirkan, meng­endahkan: beliau masih dirasakan penting utk memimpin Jabatan itu; utk memberikan nilai kpd sesuatu keindahan, seseorang mestilah faham dan dapat ~ keindahan itu; dan dirasakannya sekali bahawa tugasnya utk menjaga dirinya sudah semakin ber­tambah; 3. merasai, menderita: saya rasakan benar-benar kemesraan perhubungan kami; air matanya berderai menahan pedih yg dirasakannya; terasa dapat dirasa(i), sudah dirasa(i), merasa (berasa) dgn tiba-tiba: penat membawa barang-barang itu semakin ~; ~ sekarang belanja kita berlebihan drpd biasa; akhirnya ~ senang juga hatinya; terasakan terasa akan: dia ~ sesuatu yg memilukan hatinya; kerasaan mendapat rasa, dapat dirasa; perasaan 1. perihal merasa(i) dgn badan atau kulit dll, hasil atau perbuatan merasa dgn badan atau kulit dll: makanan yg lama tinggal dlm perut boleh menyebabkan sakit dan lain-lain ~ yg tidak menyenangkan; 2. perihal merasa(i) dlm hati atau batin, hasil atau perbuatan merasa dlm hati atau batin, sentimen: seorang gadis yg sangat halus ~nya; ~ kurang senang; tunjuk ~ perbuatan me-nyatakan bantahan beramai-ramai, demons-trasi; 3. kemampuan (kecekapan, kekuatan) utk merasa(i): seekor tikus me­nangkap mang­­sa­­nya dgn ~; tajamkanlah ~, pelihatan, dan fikiran tatkala menghadapi musuh; 4. fikiran, pendapat, pertimbangan: bagaimana ~ tuan berkenaan dgn masalah ini?; ~ perkauman sentimen yg berdasarkan kaum; berperasaan 1. ada atau mempunyai pera­saan: orang yg tidak ~; mereka ~ mulia dan tinggi budi; 2. penuh dgn perasaan: pelukan­nya menjadi semakin kuat dan ~; perasa 1. = alat ~ alat atau bahagian badan utk merasa(i); organ ~ lidah dll; 2. mudah (berasa): ia seorang tua ~ yg sering menge­luarkan air mata apabila ber­hadapan dgn anak-anak yatim; ~ angin lekas tersinggung; 3. benda yg memberi rasa (pd masakan dll); serbuk ~ serbuk yg dipakai utk menyedapkan rasa masakan; berperasa mempunyai perasa (bkn makan­an): biskut krim ~ buah-buahan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tekak1 bahagian langit-langit yg lem­but di sebelah belakang mulut. 2 rongga kerongkongan. 3 ki rasa mulut; alat perasa dlm mulut: kering ~ dahaga; haus; payau ~ tidak berselera hendak makan. bertekak ki bertengkar; ber­­bantah. menekak seakan-akan melekat pd tekak (bkn rasa): Rasa pahit ubat itu masih ~. mempertekakkan men­jadikan sesuatu (perkara, hal dsb) sbg bahan bertekak: Apalah yg dipertekakkan ini?Kamus Pelajar Edisi Kedua
insaf1. rasa belas kasihan, rasa simpati, rasa keadilan: Tuhanlah juga akan membalas ~ kasihan tuanku itu; 2. = ~ akan dapat memahami sesuatu perkara sehingga menimbulkan kesedaran: dia telah ~ sekarang dan telah kembali ke jalan yg benar; menginsafi mengerti betul (akan) dan menyedari keadaan yg sebenarnya: ia berjalan balik ke biliknya ~ kelemahannya sendiri; menginsafkan menasihati (mengajar dll) supaya insaf: moga-moga tulisan ini ~ sesetengah golongan utk menghormati lagu Negaraku; keinsafan rasa insaf, kesedaran: peristiwa itu telah menimbulkan ~ di dlm jiwanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
manis1 (be)rasa spt rasa gula atau rasa madu: ~ kuih ini. 2 sedap dipandang; cantik; elok: Anaknya ~-~ belaka. 3 sangat menarik hati (ttg kelakuan, tutur kata dll); sangat peramah dan lemah lembut kelakuannya: Dia telah menyambut ketibaan kami dgn muka yg ~. ~(-~) buah tidak berapa manis (spt manis kuih, bubur). ~ budi bahasa bertingkah laku yg baik dan bersopan santun. bermanis bercakap atau bertutur dgn kata-kata yg manis. bermanis-manis melakukan sesuatu dgn manis; berkelakuan lemah lembut. memaniskan menjadikan manis: Ketika berbincang dgn kami, dia sentiasa ~ mukanya. manisan 1 benda cair yg manis rasanya yg terdapat pd bunga (sarang lebah dll); madu. 2 benda cair yg lekit serta manis rasanya yg dibuat drpd nira. 3 buah-buahan dll yg direndam dlm air gula; halwa. kemanisan keadaan atau sifat manis: ~ buah; ~ gadis itu menawan hati. pemanisan perbuatan atau hal memaniskan. pemanis apa-apa yg menyebabkan sesuatu menjadi manis atau kelihatan manis.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cita rasa1. rasa spt sedap (lazat dsb); 2. kegemaran dan pilihan, kegemaran dan kecenderungan: setiap penonton mempunyai keinginan, ~ atau pandangan yg tertentu, khusus utk sesebuah rancangan terbitan RTM; bercita rasa mempunyai cita rasa; bercitarasakan mempunyai atau berdasar­kan sesuatu sbg cita rasa: adalah bagus sekiranya perlumbaan ini ~ budaya Malaysia.Kamus Dewan Edisi Keempat
cita rasa1 rasa spt sedap, lazat dll. 2 kegemaran, pilihan atau kecenderung­an terhadap sesuatu atau seseorang: Para penonton mempunyai keinginan dan ~ tersendiri terhadap rancangan yg di­­ta­yangkan. bercita rasa mempunyai cita rasa: Beliau ~ tinggi. bercitarasakan mempunyai sesuatu sbg cita rasa: Pesta itu ~ budaya tempatan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pahit1 (be)rasa tidak sedap spt rasa hempedu atau rasa biji langsat: Ubat demam itu ~ sungguh rasanya. 2 ki tidak menyenangkan hati; menyusahkan hati; susah atau sulit: pengalaman yg ~. ~ getir (maung) kesusahan atau kesulitan yg berbagai-bagai. kepahitan 1 keadaan pahit; rasa pahit. 2 ki keadaan yg tidak menyenangkan; kesulitan; kesusahan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas