Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.wah] | راوه

Definisi : Mn sj kuali (belanga) besar: telinga ~ pekak, enggan menerima nasihat orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.wah] | راوه

Definisi : ark sj persekutuan dagang yg setengah ahlinya memberi modal dan yg lainnya memberi tenaga sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rawah


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rawah IIark sj persekutuan dagang yg setengah ahlinya memberi modal dan yg lainnya memberi tenaga sahaja.Kamus Dewan Edisi Keempat
rawah IMn sj kuali (belanga) besar: telinga ~ pekak, enggan menerima nasihat orang.Kamus Dewan Edisi Keempat
telinga rawahpekak, enggan menerima nasihat orang.Kamus Dewan Edisi Keempat
telinga I1. pancaindera utk mendengar (di kiri kanan kepala manusia atau binatang), kuping: aku membisikkan sesuatu ke ~ nya; 2. = daun ~ bahagian telinga sebelah luar utk menangkap suara, kuping: dipulasnya ~ budak yg degil itu; pangkal (pohon) ~ tempat daun telinga bercantum dgn kepala; 3. sesuatu yg menyerupai telinga (mis pemegang pd barang-barang yg tertentu dll); ~ beruk telinga yg rapat pd kepala; ~ biola alat utk menegangkan (mengendurkan) tali biola; ~ gajah (jabing, jobing) telinga yg lebar; ~ jebang telinga yg menganjur keluar; ~ kuali a) tangkai tempat mengangkat kuali; b) ki orang yg tahan hati walaupun dimarahi dan dikatai oleh orang lain; ~ kucing (kam­bing, rusa) telinga yg tirus ke atas; ~ nipis (tipis) orang yg lekas marah; ~ telepok layu telinga yg cantik bentuknya; ~ tempayan ki orang yg tidak mahu mendengar; ~ tikus telinga yg kecil dan tirus; ~ bagai ~ rawah prb Mn a) tidak meng­endahkan nasihat dan tunjuk ajar orang; b) tidak berasa malu mendengar perkataan yg tajam; ~ rabit, pasang subang di kaki = ~ rabit dipasang subang kaki, untut dipakai-kan gelang, jari kontong dimasukkan cincin prb membuat sesuatu yg tidak layak akhirnya menjadi keaiban; ~ yg lembut itu kerap dipulas, yg bodoh juga yg ditipu orang prb a) orang yg pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; b) orang yg penurut selalu diperkuda orang; masuk ke ~ kanan, keluar ke ~ kiri prb tidak dapat menerima pelajaran atau nasihat yg diberikan; pilin ~ saring-saring prb Mn hendaklah difikirkan habis-habis sebelum mengerjakan sesuatu; rasa pedih cuping ~ prb marah kerana mendengar sesuatu yg tidak patut; menelinga memasang telinga, mendengar dgn hati-hati (percakapan dll): aku ~ kalau-kalau bunyi itu datang ke bilikku.Kamus Dewan Edisi Keempat
hati I1. organ dlm badan yg berwarna perang kemerah-merahan terletak di dlm perut di bahagian sebelah kanan (tugasnya mengeluar­kan hempedu, mengawal kandungan gula dlm darah, menawarkan kesan keracunan nitrogen, menghasilkan urea, menyimpan gliko­gen): jantung, ~, limpa, dll mengandungi zat galian dan vitamin; ~ kambing; ~ lembu; 2. = jantung ~ jantung: tidak ada yg menarik perhatiannya selain drpd berita yg mende­barkan ~nya; 3. batin (tempat perasaan, pengertian, dll): rupanya sahaja cantik tetapi ~nya buruk; susah ~nya melihat tingkah laku anaknya; terbit dr ~ yg ikhlas; ~ muda rasa muda dlm hati; bercakap (membaca) dlm ~ bercakap (membaca) dgn tidak mengeluarkan suara (dlm batin sahaja); dlm ~ dlm batin, dlm jiwa; dr ~ ke ~ secara ikhlas (jujur); ikut(kan) ~ mati turut(kan) nafsu (perasaan) membawa kebinasaan; jatuh ~ jatuh cinta, berkenan; jauh ~ = kecil ~ = merajuk ~ merasa tersinggung; kata ~ kata yg terbit dlm batin; kecut ~ merasa takut (bimbang dll); lubuk ~ a) perasaan hati yg dalam, b) bawah sedar; makan ~ (berulam jantung) menderita ke­rana perbuatan orang lain yg menyakitkan hati; maksud ~ tujuan; melepaskan ~ menu­rutkan hawa nafsu; rasa ~ perasaan batin; terang ~ mudah mengerti; 4. bahagian tengah buah-buahan (pokok dll): ~ nanas; ~ kayu; ~ berdetus Mn menaruh syak curiga; ~ budi peribadi seseorang yg tergambar pd tingkah laku, pekerti atau pertuturannya dsb: mereka sudah dapat menyelami ~ budi masing-masing; ~ jantung a) jantung; b) kesayangan (kekasih); ~ kaudu hati yg jahat dan busuk dlm diri seseorang: tetapi, yg kujumpai hanya hati buta, ~ kaudu, hati iri, hati tamak, hati dengki, hati busuk dan hati sakit; ~ kecil perasaan dlm batin (maksud yg sebenarnya); ~ nurani a) hati yg telah mendapat petunjuk Tuhan; b) perasaan hati yg murni dan yg sehalus-halusnya (sedalam-dalamnya); ~ pekat keras hati, tetap hati (fikiran dll); ~ sanubari perasaan batin; ~ tangan lekuk pd telapak tangan; ~ tawajuh hati yg dihadapkan semata-mata kpd Tuhan; ~ bagai baling-baling prb fikiran atau pendirian yg tidak tetap; ~ bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang, telinga bagai telinga rawah prb orang yg kurang perasaan malunya; ~ gajah sama dilapah, ~ kuman (tungau) sama dicecah prb beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sedi­kit sama-sama mendapat sedikit; ~ gatal mata digaruk prb perihal orang yg tidak dapat (berkuasa) melakukan sesuatu pekerjaan yg ia sangat-sangat berhajat hendak mengerja­kannya; sehati seia sekata, sepakat: ia beroleh se­orang isteri yg ~ dgn dia; berhati 1. mempunyai hati: beliau ~ keras dan berpendirian tegas; 2. = ~ berjantung = ~ kemanusiaan = ~ perut berperasaan yg halus, menaruh belas kasihan; ~ batu a) bersifat degil, mempunyai keazaman (cita-cita) yg kuat; b) tidak berperikemanu­siaan; ~ berlian (emas) sangat baik hatinya; ~ bimbang berada dlm keadaan gelisah (resah dsb); ~ binatang bersifat bengis, tidak mempunyai pertimbangan, tidak berperike­manu­sia­an; ~ keras berpendirian teguh (mempunyai cita-cita yg kuat); ~ mutu putus asa (harap); ~ perut a) mempunyai perasaan (fikiran, kemahuan); b) bertimbang rasa; ~ pilu bersedih hati (hiba); ~ putih mempunyai niat yg tulus ikhlas (bersih dsb); ~ rendah mempunyai tabiat (budi pekerti) yg baik spt pemurah dll; ~ tungau penakut; ~ walang khuatir (walang hati); ~ waja keras hati.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas