writ pilihan raya | writ yg dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yg mengandungi arahan menghendaki pegawai pengurus sesuatu bahagian pilihan raya mengambil langkah bagi mengadakan suatu pilihan raya mengikut cara yg ditetapkan oleh undang-undang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hari penamaan | (calon) (Udg) hari yg ditetapkan utk menamakan calon pilihan raya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mempertalikan | 1. mengikatkan berbelit-belit: ia menyerah diri lalu dirantai dipertali-talikan; 2. mengait-ngaitkan dgn, melibat-libatkan dgn, memperhubung-hubungkan, memperkaitkan, menjalin-jalinkan: jangan dipertalikan hal ini dgn perkara tadi; 3. menghubungkan (dgn), menyambungkan (dgn): jalan raya ini ~ Kuala Lumpur dgn Seremban; 4. menjadikan bertali-tali, menyambung-nyambungkan, menghubungkan: bukankah yg ~ hati suami isteri itu kecintaan yg penuh diikat oleh kesetiaan? 5. menjodohkan dgn, mengahwinkan: Ramli tidak mahu dipertalikan dgn orang yg belum dilihatnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
troli | 1. = ~ bas sj kenderaan spt bas yg dijalankan dgn kuasa elektrik; 2. sj meja kecil beroda yg digunakan utk menyajikan makanan (minuman dsb); 3. sj kereta sorong yg digunakan utk memuatkan barang semasa membeli-belah di pasar raya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
elok | (élok) 1. cantik, menarik: rupanya sangat ~; tulisannya ~ dan kemas; 2. baik, bagus: cuaca sangat ~ hari ini; ikan banyak mengandungi protein, oleh itu ~lah dimakan selalu; ~ buruknya baik ataupun buruknya (sesuatu); ~ basa kan bakal hidup, ~ budi kan bakal mati prb kalau elok tegur sapa akan jadi kesayangan orang sewaktu hidup, kalau elok budi akan jadi kenang-kenangan sesudah mati; seelok sama elok dgn, sebaik; seelok-elok pd waktu, sebaik: ~ Timah ber-salin sahaja, ia pun diceraikan;seelok-eloknya yg paling eloknya, sebaik-baiknya: ~, wang yg lebih itu disimpan di bank; mengelokkan 1. menjadikan elok (cantik), mencantikkan: ~ rumahnya menjelang hari raya; 2. menjadikan elok (baik, bagus), membaguskan, membaikkan: ~ kelakuan orang; memperelok menjadikan lebih elok: ~ adat resam kita; keelokan 1. perihal elok (cantik), kecantikan: ia sekali-kali tidak terpengaruh oleh kecantikan atau ~ seorang perempuan; 2. perihal elok (baik, bagus), kebaikan, kebagusan: mustahak dijaga ~ perjalanan enjin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengeruhkan | menjadikan atau menyebabkan keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dll): gas karbon dioksida boleh ~ air kapur; pertelingkahan mengenai calon pilihan raya ini akan ~ suasana dlm parti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
writ | (Udg) perintah atau proses yg dikeluarkan oleh mahkamah atau pegawai kehakiman meminta mana-mana orang melakukan atau tidak melakukan sesuatu, dan yg mengandungi arahan tentang apa yg patut dibuat; ~ habeas corpus writ yg boleh membebaskan seseorang drpd tahanan yg tidak sah; ~ pilihan raya writ yg dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yg mengandungi arahan menghendaki pegawai pengurus sesuatu bahagian pilihan raya mengambil langkah bagi mengadakan suatu pilihan raya mengikut cara yg ditetapkan oleh undang-undang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
demokrasi | (démokrasi) 1. pemerintahan oleh rakyat atau wakil yg dipilih dlm pilihan raya; ~ berparlimen (perwakilan) pemerintahan demokrasi yg dijalankan secara perwakilan; 2. unit politik atau sosial yg pd dasarnya dikuasai oleh semua anggotanya; 3. keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas; berdemokrasi mengamalkan atau berasaskan prinsip-prinsip demokrasi; mendemokrasikan menjadikan berdemokrasi, menjadikan sesuatu berasaskan demokrasi; pendemokrasian perihal (tindakan, proses, dsb) mendemokrasikan: ~ pilihan raya; ~ pendidikan peluang mendapat pendidikan bermutu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merentas | 1. meretas, membuka, memutuskan: kena balung ayam kenantan habis direntas taji ayam orang sebelah; 2. melalui atau menempuh (sesuatu kawasan), memintas, melintasi, menjalani: jalan raya yg ~ negeri itu sangat banyak; kita ~ padang yg penuh dgn lalang; berlari ~ desa; 3. merintis; ~ jalan a) merintis (membuka) jalan; b) memintas jalan; 4. ki mencakup atau merangkumi: bahasa Melayu kini mampu ~ semua bidang ilmu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
minyak hitam | a) minyak yg agak pekat utk melicinkan perjalanan enjin; b) = ~ tar sj minyak yg diperoleh dlm arang batu dan digunakan utk membuat jalan raya (mengawet kayu dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |