Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sangga (kata nama)
Bersinonim dengan sagang, sandaran, penahan, ampu, topang, sokong, tunjang, galas, tumpil, galang, kekuda, kalang, landasan, cagak;,
Kata Terbitan : menyangga, penyangga,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sangga Ibenda yg digunakan utk menopang (menahan dll) dr bawah; ~ bunuh sl azimat atau tangkal (supaya tidak terbunuh dlm peperangan dll); ~ galah cagak tempat meletakkan galah (di perahu); ~ layar cagak tempat meletakkan layar (ketika berlabuh); ~ mara a) galah yg berkait utk menolak dan meraih perahu; b) ganja atau besi melintang pd pangkal mata tombak; ~ payung besi dll yg menahan payung supaya terbuka; ~ pedang besi palang di atas hulu pedang; ~ penetap perkakas yg digunakan utk menetapkan kedudukan benda kerja (ketika melarik dgn jentera); ~ tuas benda yg menyangga tuas jika menuil sesuatu dgn tuas; bersangga 1. ada sangganya, mempunyai atau memakai sangga, ditopang atau ditahan dgn sesuatu; 2. ki mempunyai sesuatu sbg sandaran, sokongan dsb, berpegang (pd): kita sepatutnya melipatgandakan usaha, bukan-nya setakat ~ pd cakap-cakap sahaja; menyangga menopang (menahan) dr bawah, menyokong: tiub teropong itu disangga oleh suatu kaki andas yg berat dan kejal; penyangga benda yg digunakan utk menyang-ga (menopang, dll): ~ senapang.Kamus Dewan Edisi Keempat
bersangga1. ada sangganya, mempunyai atau memakai sangga, ditopang atau ditahan dgn sesuatu; 2. ki mempunyai sesuatu sbg sandaran, sokongan dsb, berpegang (pd): kita sepatutnya melipatgandakan usaha, bukan-nya setakat ~ pd cakap-cakap sahaja;Kamus Dewan Edisi Keempat
gantungtidak mempunyai sangga atau sokong dr bawah; tidak berjejak pd bumi, lantai dsb: lampu ~; jambatan ~. hukum ~ (sampai mati) hukuman mati dgn menjerut leher orang yg dihukum dgn tali yg tersangkut pd tiang dll. bergantung 1 berpegang atau bersangkut pd sesuatu dgn tidak berjejak pd bumi, lantai dsb: Jangan ~ pd dahan yg rapuh itu. 2 berharap pd bantuan orang utk melakukan sesuatu; sentiasa dibantu dll oleh seseorang atau sesuatu; mesti berpandukan sesuatu yg lain: Walaupun sudah berkahwin, dia masih ~ pd orang tuanya. Kesuburan pokok-pokok itu ~ pd baja yg diberikan. menggantung 1 mencerut leher seseorang (sampai mati) dgn menggayutkannya pd tali yg tersangkut pd tiang dll: Pihak polis masih menyiasat siapa yg ~ gadis itu. 2 memasang (kelambu, tirai dll) dgn menyangkutkan tali dsb pd sesuatu: ~ kelambu; ~ langsir. 3 menahan atau menangguhkan sesuatu hingga ke suatu masa yg sesuai spt sehingga cukup keterangan atau bukti, keadaan tenang dsb: Perkara itu terpaksa digantung buat sementara kerana yg dituduh tidak dpt hadir. 4 menyekat seseorang drpd menjalankan tugasnya dll: Tuan Pengurus telah ~ tiga orang kakitangannya kerana didapati tidak menjalankan kerja mereka dgn memuaskan. menggantungkan 1 menyangkutkan sesuatu pd; menjadikan bergantung: Kerana aku terlalu suka main layang-layang, bapa telah ~ tali layang-layang itu pd leherku. 2 menyerahkan halnya kpd; mengharapkan sesuatu drpd: Mereka ~ harapan masa depan mereka pd kejayaan anak yg sedang belajar di universiti. tergantung 1 sudah digantung atau digantungkan; dlm keadaan bergantung: Beberapa buah lukisan yg indah ~ di dinding ruang tamu. 2 diserahkan seluruhnya; terserah: Perkara ini ~ pd kemahuanmu sendiri. pergantungan perihal bergantung atau mengharapkan pertolongan (bantuan) orang lain: Ibu bapanya satu-satunya tempat ~nya. penggantungan perbuatan menggantung atau menggantungkan: ~ hiasan-hiasan itu memakan masa yg agak lama. penggantung alat atau tempat utk menggantung atau menggantungkan sesuatu: ~ baju.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gantungtidak mempunyai sangga atau sokong dr bawah; tidak berjejak pd bumi, lantai dsb: lampu ~ ; jambatan ~. hukum ~ (sampai mati) hukuman mati dgn menjerut leher orang yg dihukum dgn tali yg tersangkut pd tiang dll. bergantung 1. berpegang atau bersangkut pd sesuatu dgn tidak berjejak pd bumi, lantai dsb: Jangan ~ pd dahan yg rapuh itu. 2. berharap pd bantuan orang utk melakukan sesuatu; sentiasa dibantu dll oleh seseorang atau sesuatu; mesti berpandukan sesuatu yg lain: Walaupun sudah berkahwin, dia masih ~ pd orang tuanya. Kesuburan pokok-pokok itu ~ pd baja yg diberikan. menggantung 1. mencerut leher seseorang (sampai mati) dgn menggayutkannya pd tali yg tersangkut pd tiang dll: Pihak polis masih menyiasat siapa yg ~ gadis itu. 2. memasang (kelambu, tirai dll) dgn menyangkutkan tali dsb pd sesuatu:~ kelambu; ~ langsir. 3. menahan atau menangguhkan sesuatu hingga ke suatu masa yg sesuai spt sehingga cukup keterangan atau bukti, keadaan tenang dsb: Perkara itu terpaksa digantung buat sementara kerana yg dituduh tidak dpt hadir. 4. menyekat seseorang drpd menjalankan tugasnya dll: Tuan Pengurus telah ~ tiga orang kakitangannya kerana didapati tidak menjalankan kerja mereka dgn memuaskan. menggantungkan 1. menyangkutkan sesuatu pd; menjadikan bergantung: Kerana aku terlalu suka main layang-layang, bapa telah ~ tali layang-layang itu pd leherku. 2. menyerahkan halnya kpd; mengharapkan sesuatu drpd: Mereka ~ harapan masa depan mereka pd kejayaan anak yg sedang belajar di universiti. tergantung 1. sudah digantung atau digantungkan; dlm keadaan bergantung: Beberapa buah lukisan yg indah ~ di dinding ruang tamu. 2. diserahkan seluruhnya; terserah: Perkara ini ~ pd kemahuanmu sendiri. pergantungan perihal bergantung atau mengharapkan pertolongan (bantuan) orang lain: Ibu bapanya adalah satu-satunya tempat ~nya. penggantungan perbuatan menggantung atau menggantungkan: ~ hiasan-hiasan itu memakan masa yg agak lama. penggantung alat atau tempat utk menggantung atau menggantungkan sesuatu: ~ baju.Kamus Pelajar

Kembali ke atas