Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebahagian besaran


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
industriperusahaan (biasanya secara besar-besaran) utk membuat, menghasilkan, mengeluarkan barangan: negara itu mempunyai ~ yg maju; ~ berat perusahaan yg mengeluarkan barangan atau bahan utk keperluan perusahaan lain; ~ kecil dan sederhana perusahaan yg pusing ganti jualan tahunannya tidak melebihi RM25 juta, dan jumlah pekerja tidak melebihi 150 orang; ~ ringan perusahaan yg memerlukan modal kecil utk mengeluarkan barangan pengguna; mengindustrikan menjadikan industri; perindustrian perihal industri, yg berkaitan dgn industri: negara ~ negara yg kehidupan sebahagian besar drpd penduduknya bergantung pd industri; pengindustrian usaha (kegiatan, proses) mendirikan dan memajukan perusahaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
labur II; melabur 1. membekalkan makanan (wang, modal, dll) kpd pekerja dll; 2. = meletakkan (memberikan, menyerahkan) sejumlah wang utk sesuatu usaha (spt pengeluaran barang, perniagaan, dsb) dgn tujuan utk memperoleh keuntungan, menanam modal: rakyat bumiputera diseru melabur dlm Amanah Saham Nasional; melaburkan meletakkan (wang) sbg modal (utk perniagaan dll): dia ~ sebahagian besar wangnya dlm syarikat itu; pelaburan 1. jumlah wang (modal dsb) yg dilaburkan dlm sesuatu usaha niaga dsb, penanaman modal; 2. sesuatu yg dibeli dsb dgn harapan akan mendapat keuntungan yg berlipat ganda, penanaman modal: pembelian tanah merupakan suatu bentuk ~ yg menguntungkan; pelabur 1. orang yg melabur (menanam modal); 2. bekalan makanan (wang dll); ~ asing individu atau syarikat dr luar negara yg melaburkan modalnya dlm sesuatu perniagaan dsb; ~ institusi (Eko) institusi atau organisasi yg mengumpul dan mengurus dana drpd orang ramai utk tujuan pelaburan secara besar-besaran dlm pasaran saham dsb; ~ runcit (Eko) pelabur individu yg jumlah pelaburannya sangat kecil (hanya beberapa lot saham dsb); ~ habis Palembang tak alah prb perbuatan yg sia-sia.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas