Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.be.lum] | سبلوم

Definisi : sewaktu belum, pd waktu belum: ~ mandi pagi, dia bersenam; kita seharusnya berusaha ~ terlambat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lum] | سبلوم

Definisi : ketika belum melakukan sesuatu; terdahulu drpd: ~ tidur, saya menggosok gigi dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebelum

Puisi
 

Sungai Bintangor airnya merah,
     Tempat budak bercuci kaki;
Sebelum bergurau saya berolah,
     Dari hidup sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Sebelum hujan petir berpalu,
     kilat bersabungan.

Bermaksud :

Menceritakan dengan angkuh tentang sesuatu pekerjaan yang belum dikerjakan.

 

Lihat selanjutnya...(48)

164

Thatch your roof before rainy weather

Buat persediaan sebelum terlambat

Sediakan payung sebelum hujan

"Why do you have to bring an umbrella?" asked Dewi. "Thatch your roof before rainy weather," I replied. " But it's not going to rain today, and it's not the rainy season," said Dewi. "But we can use it as a weapon for out protection from wild dogs and suspicious man!" I reminded her.

''Kenapa awak bawa payung?” tanya Dewi. “ Sediakan payung sebelum hujan,” jawabku. “Tetapi hari ini tidak hujan, dan sekarang ini bukan musim tengkujuh,” kata Dewi. “Tetapi payung ini boleh kita gunakan sebagai senjata untuk melindungi kita daripada anjung liar dan orang yang mencurigakan!” aku mengingatkannya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(35)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pramodensebelum moden, sebelum mencapai kemajuan zaman moden, primitif: zaman ~ Jepun.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelmarin1. sehari sebelum hari ini, semalam: hari ini hari Khamis, ~ hari Rabu; 2. dua hari sebelum hari ini, sehari sebelum semalam: hari ini hari Khamis, jadi ~ hari Selasa; 3. beberapa hari (minggu) yg lepas: dia sedang dirawat di rumah sakit kerana dilanggar kereta ~; ~ dulu Kd, Pn dua hari sebelum hari ini; ~ dulu balik sana Kd tiga hari sebelum hari ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
mati celikmati sebelum hajat atau sebelum cita-cita seseorang tercapai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jimatI 1. cermat (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu), hemat, tidak boros; ~ cermat = ingat ~ sangat cermat (dlm mem­belanjakan wang dll); 2. ingat-ingat (bkn pekerjaan dll), hati-hati; ingat sebelum kena, ~ sebelum habis prb harus beringat-ingat sebelum terlambat; berjimat, berjimat-jimat 1. berhemat atau berhati-hati (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu): kami terpaksa makan ~ kerana sedikit benar bekalan; 2. berhati-hati (pekerjaan dll); ~ cermat berhemat-hemat, berhati-hati (terutamanya dlm peng­gunaan wang dll); menjimatkan menghematkan, mengeluar­kan dll dgn cermat: pd musim kemarau kita harus ~ air; kejimatan sifat berjimat, sifat bercermat dlm penggunaan wang dll; penjimatan perihal (perbuatan dsb) berjimat atau menjimatkan penggunaan sesuatu: langkah-langkah ~ perbelanjaan kerajaan akan juga menyumbangkan pembaikan dlm imbangan pembayaran negara; penjimat orang yg jimat.Kamus Dewan Edisi Keempat
berhemat1 berdikit-dikit (mem­belanjakan wang); berjimat: Kalau tidak ~ membelanjakan wang, kita tidak akan dpt menyimpannya. 2 berhati-hati; berawas-awas; berjaga-jaga: Ingat sebelum kena, ~ sebelum habis.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berhemat1. berjimat, bercermat: sebab itu dia hendak ~ menyimpan wang; 2. berhati-hati, teliti: amatlah mustahaknya pengarang itu ~ kerana sekiranya perkataannya itu didapati palsu maka hukuman terhadapnya menjadi berat; ingat sebelum kena, ~ sebelum habis prb perlu berikhtiar dgn sungguh-sungguh supaya tidak menyesal di kemudian hari;Kamus Dewan Edisi Keempat
jahiliahAr gelaran kpd umat Arab (sebelum lahirnya Nabi Muhammad) yg tidak me­nerima kebenaran (ajaran para nabi dan rasul sebelum kedatangan Islam); zaman ~ zaman sebelum kedatangan Islam.Kamus Dewan Edisi Keempat
tebas IIJw; menebas memborong hasil tanaman (buah-buahan, padi, dll) sebelum dipetik atau dituai: dia ~ padinya; menebaskan memborongkan hasil tanaman sebelum dipetik: semua buah-buahan disusun-nya sudah ditebaskan kpd tauke itu; tebasan 1. perihal menebas, pembelian hasil tanaman (sebelum dipetik); 2. hasil drpd menebas.Kamus Dewan Edisi Keempat
sebelumketika belum melakukan sesuatu; terdahulu drpd: ~ tidur, saya menggosok gigi dahulu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sebelumsewaktu belum, pd waktu belum: ~ mandi pagi, dia bersenam; kita seharusnya berusaha ~ terlambat.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas