Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
seperti (kata tugas)
Bersinonim dengan laksana, ibarat, umpama, bak, bagaikan, macam, serupa.,

Peribahasa

Bermimpi mendapat emas,
     takkan membuat pura;
bermimpi mendapat padi,
     takkan membuat lumbung.

Bermaksud :

Menasihati supaya membuat perdamaian dalam sesuatu perselisihan, pandanglah perselisihan itu seperti mimpi yang tak dapat diterima sebagai suatu kenyataan.

 

Lihat selanjutnya...(9)

534

Slow but sure wins the race

Orang yang melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan tetapi berterusan akan berjaya mencapai maksudnya berbanding dengan orang yang bertindak tergesa-gesa.

Biar lambat laga, asal menang

In the pressing need to attain the result, we could not rush things. An investigation of this nature required meticulous work. Thus, we were well aware that slow but sure wins the race because it was too easy to overlook the vital clues.

Dalam keperluan mendesak untuk mendapatkan keputusan, kami tidak boleh bertindak tergopoh-gapah. Penyiasatan seperti itu perlu dilakukan dengan amat teliti. Oleh itu, kami sedar bahawa biar lambat laga, asal menang kerana terlalu mudah untuk kami terlepas pandang akan bukti penting yang ada.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(42)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
begitu1. bagai itu, macam itu, seperti itu: dahulu pun ~ juga; 2. amat sangat, terlalu: mereka hidup ~ mewah; ~ benar amat sangat, terlampau sangat: ~ benar lokek orang itu; ~ juga demikian juga: anak itu rajin, ~ juga adiknya; ~pun a) meskipun begitu; b) begitu juga; sebegitu 1. seperti itu, sebagai itu, begitu: sengaja atau tidak pameran dibuat ~, kita tidak dapat menafikan hakikat wujudnya perkara itu; 2. sangat, terlalu; ~ banyak sangat (terlalu) banyak;membegitukan membuat (memperlakukan) spt itu: saya tidak suka dibegitukan.Kamus Dewan Edisi Keempat
sebegitu1. seperti itu, sebagai itu, begitu: sengaja atau tidak pameran dibuat ~, kita tidak dapat menafikan hakikat wujudnya perkara itu; 2. sangat, terlalu; ~ banyak sangat (terlalu) banyak;Kamus Dewan Edisi Keempat
demikianbegitu, begini, seperti itu (ini); ~lah halnya begitulah halnya; oleh yg ~ oleh (hal) yg begitu; dlm ~ itu ketika itu; tak ~ mahal tidak begitu mahal; sedemikian seperti (sebagai) itu, sebegitu: Esah telah bertahun hidup ~; kalau ~ indah kalau sebegitu indah.Kamus Dewan Edisi Keempat
sebagaimanaseperti (yg dikehendaki dll), sama (halnya) dgn, seperti mana: sekolah itu dapat memberi pendidikan ~ yg dikehendaki;Kamus Dewan Edisi Keempat
sedemikianseperti (sebagai) itu, sebegitu: Esah telah bertahun hidup ~; kalau ~ indah kalau sebegitu indah.Kamus Dewan Edisi Keempat
selaku1. semacam, seperti: kain tersidai di sana sini ~ tidak ada ampaian khas; 2. (bertindak dll) seperti, dlm kedudukan, sebagai: ~ pemimpin persatuan itu beliau tentulah sedar akan tugasnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
segituseperti (sebanyak, sebesar) itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
laksanasebagai; seperti: Pasangan pengatin itu ~ cincin dgn permata.Kamus Pelajar
laksanasebagai; seperti: Pasangan pengatin itu ~ cincin dgn permata. melaksanakan 1. membandingkan dgn; mengumpamakan. 2. menjalankan (tugas, rancangan dll); melakukan:Beta percaya bahawa Laksamana dan Sang Setia dpt ~ pekerjaan ini. terlaksana dpt dilaksanakan (bkn tugas, hasrat dsb); tercapai: Semoga hasrat kerajaan utk menjadikan negara ini sbg negara yg termaju akan ~. pelaksanaan perbuatan atau hal melaksanakan (mengusahakan, menjalankan) sesuatu: Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar telah ditubuhkan utk memastikan bahawa ~ rancangan pembangunan luar bandar berjalan dgn jayanya. pelaksana orang, badan dsb yg melaksanakan sesuatu (tugas, rancangan dll).Kamus Pelajar
laku1 seperti; semacam: Rumah itu kelihatan terlalu sunyi ~ tidak berpenghuni.Kamus Pelajar
12345

Kembali ke atas