Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ruas] | سرواس

Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), dada kura, kahwa (kopi) hutan, lidah rusa, mempulih, riang-riang gelugur, rumpu-rumpu, seberutut, tembusu paya, Fagraea racemosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seruas

Peribahasa

Seruas tebu yang berulat,
     sebatangnya dibuang.

Bermaksud :

Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata, d. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit).

 

Lihat selanjutnya...(8)

Lihat selanjutnya...(1)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
seruas semalamsj tumbuhan (herba), johong, beralih, pancis-pancis, tebuk (tuba) seludang, Polygonum barbatum.Kamus Dewan Edisi Keempat
seruassj tumbuhan (pokok renek), dada kura, kahwa (kopi) hutan, lidah rusa, mempulih, riang-riang gelugur, rumpu-rumpu, seberutut, tembusu paya, Fagraea racemosa.Kamus Dewan Edisi Keempat
tabung seruaski tidak dapat menyimpan rahsia;Kamus Dewan Edisi Keempat
sbg betung seruasjujur benar, lurus hati;Kamus Dewan Edisi Keempat
kerbau buluh seruaskerbau yg kuku kakinya bercantum (tidak berbelah);Kamus Dewan Edisi Keempat
sekatam tebuseruas tebu;Kamus Dewan Edisi Keempat
katampotong, ruas; se~ tebu seruas tebu; mengatam memotong, mengerat: ~ dan menyiang daging; tulang kau akan dikatam-katam dan disedekahkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pancis-pancissj tumbuhan (herba), jobong beralih, seruas semalam, tebuk seludang, tuba seluang, Polygonum barbatum.Kamus Dewan Edisi Keempat
seorang1. satu orang; salah ~ mana-mana satu orang (drpd yg banyak); 2. sendiri; ~ diri sendiri sahaja; ~ budi-budian, ~ tabung seruas prb perihal dua orang yg berlainan tabiat­nya (iaitu seorang suka berahsia dan yg satu lagi lurus);Kamus Dewan Edisi Keempat
tebusj tumbuhan (rumput berbatang tinggi dan beruas-ruas) yg menghasilkan gula, Saccharum officinarum; jenis-jenisnya: ~ batang, ~ betung, ~ gading, ~ hitam, ~ kapur, ~ madu, ~ telur, dll; ~ gajah sj tumbuhan (pokok memanjat yg boleh dibuat ubat demam kepialu), akar (kulit) manis, Albizzia myriophylla; ~ kera sj tum­buhan (herba), pokok sampu landak, setawar hutan (jantan), Forrestia gracillis; ~ salah a) sj tumbuhan (rumput yg tingginya sampai 20 kaki atau 6.09 meter), buluh teberau, riung, Saccharum arundinaceum; b) sj tumbuhan (rumpai), rumput gedabung, Phragmites communis; akar ~ gajah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar cius (kayu manis, kepah), Acacia pennata; ~ masuk mulut gajah prb binasa sama sekali, tidak dapat ditolong lagi; ~ seruas berulat pula prb anak seorang tetapi penyakitan atau buruk pula perangainya; ~ setuntung masuk geraham gajah prb pemberian yg sedikit kpd orang yg kaya tentu tidak dihargainya; ber-tanam ~ di bibir = tanam ~ di bibir mulut prb mengeluarkan kata-kata yg manis utk me-mujuk (memuji dll); dapat ~ rebah prb mendapat keuntungan dgn tiada bersusah payah; diminta ~, diberi tembarau prb yg diminta dikabulkan tetapi kurang drpd yg diminta; jangan difikirkan kalau ~ itu bengkok, manisnya itu pun bengkok juga prb jangan disangka nasihat atau kata-kata orang yg jahat itu selamanya jahat; seliang bagai ~, serumpun bagai serai prb (orang yg) seia sekata; seruas ~ yg berulat (seba­tang­­nya dibuang) prb Mn oleh sebab seorang yg bersalah (dlm sesuatu kaum) seluruh kaumnya dihukum; spt ~, airnya dimakan, hampasnya dibuang prb tiap-tiap perkataan yg didengar dr mulut orang hendaklah dipilih yg baik drpd yg jahat; tebu-tebu 1. ruas-ruas (berbentuk spt ruas pd gelang dll); 2. gelang-gelang (pd batang tombak, hulu keris, dll);bertebu-tebu 1. beruas-ruas; 2. bergelang-gelang; bertebu-tebukan sl menggunakan sbg gelang-gelang (tebu-tebu): maka baginda pun meng-anugerahi akan Laksamana keris dr Bukit Seguntang itu, bersangkar emas, bertatah-kan ratna mutu manikam, ~ emas dipahat; menebu-nebu menjadikan (membuat) bertebu-tebu.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas