daerah | (daérah) 1. lingkungan sesuatu pemerintahan, wilayah (sesebuah negara): Sabah dan Sarawak termasuk dlm ~ Malaysia; 2. bahagian sesebuah negeri (sekeliling sesebuah bandar) yg mempunyai sempadannya utk kemudahan pentadbiran: negeri Melaka terbahagi kpd tiga buah ~, iaitu Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah; ~ Temerloh; pegawai ~ pegawai kanan kerajaan yg mengurus pentadbiran sesebuah daerah (dlm bidang-bidang tertentu); 3. kawasan yg mempunyai iklim (penduduk, hasil dll) yg sama: ~ hawa panas; ~ orang asli; 4. kawasan yg berada di bawah sesuatu pengaruh (kekuasaan, keadaan, dll): ~ darurat; ~ tentera; 5. ki skop, bidang: menyimpan rahsia termasuk dlm ~ amanah; ~ mata air daerah yg mendapat (bekalan) air dr mata air; ~ pedalaman daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu; ~ seberang laut(an) daerah jajahan; ~ sungai kawasan yg mendapat air dr sungai; ~ takluk tanah jajahan; ~ tidak bertuan daerah yg tidak dikuasai oleh mana-mana kerajaan (pemerintahan); sedaerah 1. berasal dr (berada atau terletak di) daerah yg sama; 2. mengenai satu daerah sahaja, setempat; kedaerahan yg tertumpu pd atau mengenai sesuatu daerah (tidak meluas atau menyeluruh): ia perlu menyingkirkan faham ~nya; pengajaran dlm ilmu kesihatan harus bersifat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perlembagaan | undang-undang dasar pemerintahan sesebuah negara (pentadbiran sesebuah badan dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tadbir | kerja-kerja mengurus dan mengawal perjalanan sesebuah syarikat (badan, negara dll): pegawai ~ pegawai yg mengurus perjalanan sesebuah syarikat atau pemerintahan negara. ~ urus cara atau sistem mentadbir, mengurus, mengawal selia dsb dasar, fungsi atau perjalanan sesebuah perbadanan, syarikat dsb. mentadbir membuat kerja-kerja mengurus dan mengawal perjalanan sesebuah syarikat (badan, negara dll): Beliau mendapat pujian kerana cekap ~. mentadbirkan menjalankan urusan perjalanan sesebuah syarikat (badan, negara dll); mengelolakan; mengurus: Beberapa orang pegawai terlatih telah dilantik utk ~ badan itu. pertadbiran hal-hal mengenai tadbir. pentadbiran perbuatan, hal dll mentadbir atau mentadbirkan; urusan mentadbir atau mentadbirkan: ~ negara Malaysia berjalan dgn lancar. pentadbir orang yg mentadbir atau mentadbirkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
asli | 1. bkn orang yg asal keturunannya, lahir, dan tinggal di sesebuah negeri; orang ~ penduduk asal sesebuah negeri (bukan orang asing atau orang mendatang); 2. bkn sesuatu yg berasal dr sesebuah negeri atau daerah itu sendiri (bukan ciptaan dsb asing): lagu ~; baju ~; 3. bkn bawaan sejak lahir: sifat-sifat ~; 4. tulen (bukan buatan terkemudian atau tiruan ataupun bercampur bahan lain): getah ~; gas ~; 5. bkn yg asal (bukan saduran atau terjemahan): karangan ~; naskhah yg ~; 6. Id bkn yg asal (bukan salinan): ijazah ~ ijazah asal (bukan salinan); 7. berasal, keturunan orang baik-baik; anak-anak ~ bukan sebarang orang; keaslian perihal (sifat dll) asli, ketulenan, kejatian: ~ naskhah ini tidak perlu disangsikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tauke | /tauké/ tuan punya sesebuah kedai atau tuan punya sesebuah badan perniagaan; saudagar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tauke /tauké/ | tuan punya sesebuah kedai atau tuan punya sesebuah badan perniagaan; saudagar. | Kamus Pelajar |
kolonialisme | dasar atau amalan oleh sesebuah negara meluaskan penguasaannya ke atas sesebuah negara lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
canselor | 1. ketua kehormat sesebuah universiti; naib ~ ketua eksekutif atau ketua pentadbir sesebuah universiti; 2. ketua kerajaan di beberapa buah negara Eropah (spt Jerman, Austria, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ekuiti | (ékuiti) pemilikan saham biasa (dlm sesebuah syarikat): dlm projek usaha sama, jika ~ sesebuah syarikat dapat dikuasai oleh pengusaha tempatan, ini tidak bermakna bahawa pengawalan teknologi yg diimport juga dapat dikuasai sepenuhnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
presiden | (présidén) 1. ketua negara sesebuah republik yg juga biasanya merupakan ketua kerajaannya; 2. ketua eksekutif sesebuah syarikat, bank, firma, dsb; 3. Id ketua (mahkamah, persatuan, rapat dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |