mendedahkan | 1. membuka (kain dsb); 2. menyebabkan atau membiarkan kelihatan (sesuatu yg seharusnya tertutup atau terselindung), membukakan (tidak bertutup), menampakkan (sesuatu yg seharusnya tidak kelihatan): penjual makanan janganlah hendaknya ~ makanan yg dijual mereka sehingga dihinggapi lalat; dia terpaksa ~ mukanya pd pelanggan-pelanggan di kedai itu utk mendapatkan sesuap pagi dan sesuap petang; 3. ki membawa kpd pengetahuan umum (biasanya sesuatu keburukan atau kecurangan), membentangkan atau memaparkan (sesuatu) kpd pengetahuan umum: menteri itu ~ beberapa hal yg selama ini tidak diketahui umum; indeks itu juga ~ beberapa kekurangan yg sebenar; 4. menyebabkan atau menjadikan (seseorang) mengetahui atau memahami sesuatu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memberikan | 1. menyerahkan sesuatu kpd: ada orang yg sudi ~ sesuap nasi kepadanya; 2. melakukan sesuatu utk (faedah) orang lain: ~ pelajaran; ~ pertolongan; ~ layanan yg istimewa; 3. menyatakan sesuatu kpd orang lain spt yg diperlukan atau dikehendaki: ~ taklimat fatwa; 4. mendatangkan, menghasilkan: makanan yg ~ tenaga; ~ kesan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhempas -pulas | bekerja keras (mati-matian), membanting tulang: mereka ~-pulas mencari sesuap nasi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhempas | ; ~-pulas bekerja keras (mati-matian), membanting tulang: mereka ~-pulas mencari sesuap nasi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seteguk | sebanyak yg ditelan sekali (air): minta air barang ~ dan nasi barang sesuap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teguk | seteguk sebanyak yg ditelan sekali (air): minta air barang ~ dan nasi barang sesuap; meneguk minum (air, ubat, dll), menelan (air): mereka ~ kopi masing-masing; tegukan sesuatu yg diteguk; ketegukan ark tersedak, kesedakan; deguk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pada II | 1. tidak kurang dan tidak lebih, cukup: kaum kita hidup ~ dgn sesuap nasi; 2. berasa puas (senang), berasa cukup: hatinya belum ~; asal ada kecil pun ~ prb asalkan ada, tidak banyak, sedikit pun cukuplah; berpada mencukupi: dlm keadaan serba sederhana dan ~; berpada-pada 1. elok-elok cukup, tidak berlebih-lebihan: amatlah sukar hendak menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu ~ atau melebihi batasan-batasan yg dihadkan; 2. agak cukup (walaupun tidak banyak), lumayan, sedang; memadai mencukupi, dapat mengisi atau memenuhi (kehendak, peraturan, dll): rang undang-undang ini ~lah diluluskan oleh Dewan Rakyat; makanan semata-mata tidak ~; memada-memadai membuat seelok-elok cukup sahaja; memadakan 1. menjadikan pada, menganggap pada: apabila malam, dipadakanlah tidur bertikar; 2. membiarkan, mendiamkan: orang tua mahulah sabar dan ~ kelakuan orang muda; 3. menjadikan puas, memuaskan: ~ hati; terpada; tak ~ tidak boleh ditandingi, terlalu sangat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telanjuran | sl kebetulan, senyampang: ~ tuan datang ke rumah ini, hendaklah anakanda makan nasi sesuap dgn sepertinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghajati | 1 mempunyai hajat utk mendapatkan (memiliki) sesuatu; mengingini sesuatu; berhajat akan: Pengemis itu ~ sesuap nasi dan seteguk air. 2 memerlukan atau menghendaki sesuatu: Anak yg sudah besar itu tidak ~ bantuan orang tuanya lagi. Ketika itu manusia ~ seorang rasul utk membimbing mereka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghajati | 1. mempunyai hajat utk mendapatkan (memiliki) sesuatu; mengingini sesuatu; berhajat akan: Pengemis itu ~ sesuap nasi dan seteguk air. 2. memerlukan atau menghendaki sesuatu: Anak yg sudah besar itu tidak ~ bantuan orang tuanya lagi. Ketika itu manusia ~ seorang rasul utk membimbing mereka. | Kamus Pelajar |