setangkup | 1 sebanyak yg dpt diambil oleh kedua-dua belah tangan yg ditaupkan: ~ beras. 2 kedua-dua belah sama besar ukurannya; simetri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
setangkup tangan | sebanyak yg dapat diambil dgn kedua-dua belah tangan yg ditangkupkan, seraup; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setangkup | 1. = ~ tangan sebanyak yg dapat diambil dgn kedua-dua belah tangan yg ditangkupkan, seraup; 2. sama ukurannya (besarnya, bentuknya, dll) kedua-dua belahnya, simetri; 3. seimbang, selaras: memetik kata-kata Noam Chomsky, “supaya ~ perkembangan bahasa dgn kemajuan ilmu”; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setangkup | 2 kedua-dua belah sama besar ukurannya; simetri. | Kamus Pelajar |
setangkup | 1 sebanyak yg dpt diambil oleh kedua-dua belah tangan yg ditaupkan: ~ beras. | Kamus Pelajar |
tangkup | setangkup 1. = ~ tangan sebanyak yg dapat diambil dgn kedua-dua belah tangan yg ditangkupkan, seraup; 2. sama ukurannya (besarnya, bentuknya, dll) kedua-dua belahnya, simetri; 3. seimbang, selaras: memetik kata-kata Noam Chomsky, “supaya ~ perkembangan bahasa dgn kemajuan ilmu”;bertangkup 1. kedua-dua belah boleh tutup-menutup (bibir, kulit lokan, dll), bertelangkup; 2. bertelangkup, bertelungkup: atapnya ~ bagaikan sebuah tudung saji menutup juadah; 3. menjadi rapat bercantum: kita sedang berusaha sekarang ini supaya retak ~ balik; menangkup 1. tutup-menutup atau bertaup dgn rapat (bkn dua benda dll), mengatup: mulutnya ~; 2. menelungkup, meniarap, tengkurap: maka ~lah dia mencium tanah kubur itu berulang-ulang; 3. menutupi (dgn sesuatu yg jeluk dll), menyungkup, menudungi: dgn kedua-dua belah tangan ia ~ mukanya; menangkupkan meletakkan menangkup, menelungkupkan, meniarapkan: cangkir itu ditangkupkannya di atas meja; dia pun meniarap ~ mukanya ke bantal; menangkup-telentangkan 1. meletakkan menangkup dan menelentang bergilir-gilir, membolak-balikkan; 2. ki menimbangkan dgn hati-hati; tertangkup sudah ditangkup, telungkup, tertiarap: sebuah buku berkulit tebal ~ di atas mukanya; ~ sama termakan tanah, terlentang sama terminum air prb orang yg mahu sehidup semati (mahu sama menanggung susah dan sengsara). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangkup; bertangkup | setangkup | Kamus Pelajar |
simetri | (simétri) kedua-dua belahnya sama, setangkup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
simetri /simétri/ | sama bentuk dan sama ukurannya (bkn sesuatu yg dibahagi dua); kedua-dua bahagiannya sama; setangkup. | Kamus Pelajar |
simetri | /simétri/ sama bentuk dan sama ukurannya (bkn sesuatu yg dibahagi dua); kedua-dua bahagiannya sama; setangkup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |