Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) girang (senang) hati, sukacita; b) kehendak (kemahuan) hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (berasa) senang hati; (berasa) gembira; girang: Aku tidak ~ tinggal di kampung ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suka
1. Bersinonim dengan gembira
( girang, suka ria, senang hati, riang, sukacita, )
(adjektif:)
Berantonim dengan duka

2. Bersinonim dengan mudah
( kerap, kerap kali, sering, sering kali, acap-acap, acapkali, nyalar, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan jarang

3. Bersinonim dengan gemar
( mahu, ingin, berminat, rela, sudi, berkenan, sualak, kasdu, gegek, solak, amuh, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan benci

4. Bersinonim dengan sayang akan
( cinta akan, berminat, kama, hubah, semara, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : bersuka-suka, bersuka-sukaan, menyukai, menyukakan, sukaan, kesukaan, sukacita, bersukacita, menyukacitakan,

Puisi
 

Kalau ada kereta api,
     Pergi ke Panggor membeli benang;
Sudah suka hati,
     Perut kosong menjadi kenyang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Terlampau duka terurah buntil,
     terlampau suka terurah rahsia.

Bermaksud :

Hendaklah bersikap sederhana dan hati-hati dalam segala hal (baik waktu duka mahupun waktu suka). urah = bongkar, urai; buntil = kantung daripada kain.

 

Lihat selanjutnya...(9)

360

To each his own

Setiap orang berbeza kesukaannya.

Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati.

Many people go for pretty singers, but if you ask my opinion, I'd prefer an ugly singer to preety one -> to each his own !

Kebanyakkan orang menyukai penyanyi yang cantik, tetapi jika anda bertanyakan pendapat saya, saya lebih suka penyanyi yang hodoh, bukannya yang cantik. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(17)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
riang Isangat gembira, girang hati, suka hati: anak-anak sedang menari dan menyanyi dgn ~; ~ gembira suka dan gembira; ~ hati girang (senang) hati, suka hati, sukacita; ~ ria riang gembira; beriang; ~ hati = beriang-riang bersuka-suka, bergembira-gembira, bergirang-girang: hamba tidak melarang tuan-tuan bersuka-suka, beriang-riang hati tetapi tiap-tiap se­suatu ada hingga batasnya; meriangkan menggembirakan, meng­girang­kan, menyenangkan hati; keriangan 1. = ~ hati perasaan sukacita, kesukaan, kegembiraan; 2. berasa riang, be­rasa sangat gembira: Salina ~ melihat gelagat Si Bulat; periang (orang yg) selalu riang: ia seorang yg ~ dan peramah.Kamus Dewan Edisi Keempat
girang hatiriang hati, suka hati, (sangat) gembira: hati orang tua itu telah mulai ~ sedikit; aku terlalu ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
suka riariang gembira, girang hati, suka hati; bersuka ria bersuka-suka, bergembira, ber­girang-girang: orang ramai juga turut ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
riang Isangat gembira; suka hati; girang hati: Kanak-kanak sedang bermain-main dgn ~. ~ gembira suka hati dan gembira. beriang; ~ hati, = beriang-riang bersuka-suka; bergirang-girang; bergembira. meriangkan menyenangkan atau menghibur hati; menggembirakan; menggirangkan. keriangan, = ~ hati perasaan riang; kegembiraan atau kesukaan (hati). periang orang yg selalu riang atau selalu gembira.Kamus Pelajar Edisi Kedua
girang, = ~ hati sangat gembira atau suka hati: Mereka ~ kerana padi menjadi tahun ini. bergirang, = ~ hati berasa gembira atau suka hati; bersuka hati; bergembira. menggirangkan menimbulkan rasa girang; menyukakan hati; menggembirakan. kegirangan 1 keadaan girang; kesukaan hati; kegembiraan: ~nya itu hanya utk beberapa hari saja. 2 tersangat girang: Busu ketawa ~. penggirang selalu girang (ttg perangai, tabiat dll); tidak pernah berasa sedih: Udi ialah gadis yg ayu dan ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sukacitasenang hati, suka hati, kegembiraan, kegirangan: kanak-kanak yg pandai akan berasa ~; mereka dgn ~ mengambil peluang ini; bersukacita bergirang (bersenang) hati, beriang hati, bergembira: sampaikan aku ke karang cinta, di sanalah tempat ~; menyukacitakan menyebabkan jadi suka­cita, menjadikan sukacita, menggirangkan, menggembirakan: Rasulullah sentiasa men­cari jalan yg ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
gasakikut suka (hati); biar (utk melakukan sesuatu); lantak. menggasak 1 menggosok kuat-kuat; mengganyah. 2 membuat sesuatu spt menyerang, memukul, makan dll dgn sungguh-sungguh: Dlm mesyuarat agung itu, ahli-ahli kesatuan telah ~ ahli jawatankuasa habis-habisan. Dia telah ~ semua makanan itu kerana terlalu lapar. 3 membuat sesuatu (dgn) ikut suka hati saja: Dia itu hanya tahu ~ barang-barang orang. 4 merebut dgn kekerasan: Dua orang perompak telah ~ semua barang kemas dan wangnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
girangriang hati, suka hati, (sangat) gembira: hati orang tua itu telah mulai ~ sedikit; aku terlalu ~; bergirang hati beriang hati, bersuka hati, (sangat) bergembira; menggirangkan membangkitkan (menimbulkan) rasa girang, meriangkan (menggembirakan) hati: dia bercerita sambil berjenaka utk ~ hati anaknya; kegirangan 1. keriangan, kesukaan, kegembiraan: entah mengapa hatinya malam itu penuh ~; 2. = kegirang-girangan terlalu amat girang: ia melompat ~; penggirang selalu girang (tabiat); gemirang.Kamus Dewan Edisi Keempat
riang Isangat gembira; suka hati; girang hati: Kanak-kanak sedang bermain-main dgn ~. ~ gembira suka hati dan gembira. beriang; ~ hati, = beriang-riang bersuka-suka; bergirang-girang; bergembira. meriangkan menyenangkan atau menghibur hati; menggembirakan; menggirangkan. keriangan, = ~ hati perasaan riang; kegembiraan atau kesukaan (hati). periang orang yg selalu riang atau selalu gembira.Kamus Pelajar
gasakikut suka (hati); biar (utk melakukan sesuatu); lantak. menggasak 1. menggosok kuat-kuat; mengganyah. 2. membuat sesuatu spt menyerang, memukul, makan dll dgn sungguh-sungguh: Dlm mesyuarat agung itu, ahli-ahli kesatuan telah ~ ahli jawatankuasa habis-habisan. Dia telah ~ semua makanan itu kerana terlalu lapar. 3. membuat sesuatu (dgn) ikut suka hati saja: Dia itu hanya tahu ~ barang-barang orang. 4. merebut dgn kekerasan: Dua orang perompak telah ~ semua barang kemas dan wangnya.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas