Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
sukai
[su.kai] |
سوکاي
Definisi :
sj tumbuhan (pokok), medang air (hitam, keladi, lebar daun, sangkak), Nothaphoebe panduriformis.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
sukai
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(5)
Kamus Bahasa Inggeris
(13)
Istilah Bahasa Melayu
(1)
Khidmat Nasihat
(4)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Kamus Bahasa Melayu
Kata
Takrif
Sumber
sukai
sj tumbuhan (pokok), medang air (hitam, keladi, lebar daun, sangkak), Nothaphoebe panduriformis.
Kamus Dewan Edisi Keempat
mempopularkan
menjadikan popular (di
sukai
ramai): hal ini tidak pula bererti bahawa saya tidak dapat dan tidak ada hak menulis novel utk ~ perjuangan pemuda-pemuda Indonesia;
Kamus Dewan Edisi Keempat
hitam manis
warna hitam kemerah-merahan (yg di
sukai
orang);
Kamus Dewan Edisi Keempat
popular
digemari atau disukai ramai: mengapa lagu-lagunya dlm waktu yg singkat menjadi demikian ~?; bintang-bintang filem yg ~; mempopularkan menjadikan popular (di
sukai
ramai): hal ini tidak pula bererti bahawa saya tidak dapat dan tidak ada hak menulis novel utk ~ perjuangan pemuda-pemuda Indonesia; kepopularan perihal popular, populariti: utk mengembangkan ~ di luar negara.
Kamus Dewan Edisi Keempat
hitam
1. warna spt warna arang, lwn putih; 2. ki dianggap tidak selamat kpd negara dsb: beberapa kawasan di Pahang masih dianggap sbg daerah ~; ~ berkilat warna hitam yg berkilat (agak berminyak); ~ birat orang yg kulitnya hitam lagi hodoh; ~ kerak dodol Kl hitam yg digemari orang, hitam manis; ~ kumbang = ~ jengat = ~ legam = ~ lengit = ~ lotong = ~ pekat sangat hitam, hitam benar; ~ (tampuk) manggis hitam spt kulit buah manggis; ~ manis warna hitam kemerah-merahan (yg di
sukai
orang); ~ mata bahagian mata yg hitam; ~ putih a) pernyataan bertulis sbg bukti: kami ada bukti ~ putih yg membolehkan kami merobohkan rumah ini; sebarang perjanjian tidak akan sah kalau tidak ada ~ putih; b) berwarna hitam, putih dan kelabu sahaja (bkn gambar, televisyen dsb): gambar ~ putih itu menimbulkan kenangan yg beraneka; bagi mereka, pd waktu itu, jika memiliki televisyen ~ putih pun, sudah berasa spt orang kaya; c) ki nasib buruk atau baik yg dialami seseorang: ~ putih kehidupannya terletak pd dirinya sendiri; ~ usam hitam yg tidak berseri (kotor); dlm ~ putih = ~ di atas putih (perjanjian dll) dibuat bertulis; ~ bagai pantat belanga prb perihal keburukan tabiat seseorang; ~ dikatakan putih, putih dikatakan ~ prb tidak mengatakan yg sebenarnya (berdusta, berbohong); ~ gagak tiada siapa yg mencelupnya prb orang yg berlaku jahat dgn kemahuannya sendiri; ~-~ bendi, putih-putih sadah prb yg buruk lebih berharga drpd yg cantik; ~-~ gajah, putih-putih udang kepai prb meskipun cantik rupanya yg hina tetap hina dan yg mulia tetap mulia meskipun buruk rupanya; ~-~ gula Jawa prb sungguhpun hitam tetapi manis dipandang; ~-~ kereta api, putih-putih kapur sirih prb jangan disangka sesuatu yg buruk itu selamanya kurang harganya (malahan yg cantik itu ada kalanya kurang berharga); ~ mata itu takkan boleh bercerai dgn putihnya prb orang dlm percintaan tidak mudah dipisahkan; ~ tahan timpa, putih tahan sesah prb tetap tidak berubah, boleh dikaji keasliannya; ~-~ tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang prb barang yg buruk tetapi berguna disimpan tetapi barang yg cantik tidak berguna dibuang; rambut sama ~ hati masing-masing = rambut sama ~ hati lain-lain prb tiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya; menghitam 1. menjadi hitam: Leman masih memandang ketul keledek yg telah ~ kulitnya; 2. kelihatan hitam (kerana banyak orang berkumpul), menyemut: semut kelihatan ~ menghurung nasi itu; menghitamkan 1. menyebabkan jadi hitam: ia ~ lukisannya dgn dakwat Cina; asap pelita minyak tanah itu sering kali ~ lubang hidungnya; 2. memburuk-burukkan (pangkat, nama, dll), mencemar: perkara itu boleh ~ nama baik guru-guru agama; 3. Mn meninggalkan (negeri dll) dan tidak kembali lagi: dilulurnya air matanya, biarlah negeri Padang dihitamkan buat selama-lamanya; kehitaman hitam sekali; kehitam-hitaman agak hitam.
Kamus Dewan Edisi Keempat
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...