tempua | burung ~ sj burung, cak raya, Ploceus philippinus infortunatus; kalau tak ada berada (berada-ada), tak akan ~ bersarang rendah prb tentu ada sebabnya (ada sesuatu yg tersembunyi) maka terjadi sesuatu hal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tumbuh I | 1. hidup dan menjadi bertambah besar atau sempurna (benih, pokok, rambut, dll): anak kelapa sudah mulai ~; janggutnya ~ panjang; 2. menjadi besar (tubuh badan dll), sedang naik: perempuan muda yg sedang ~; 3. terbit, terjadi, timbul (perkara): jika ~ satu-satu hal, aku tidak tahu, aku tidak mahu bertanggungjawab lagi; ~ di tanah yg gembur prb anak gadis yg kaya ibunya; di mana ~ di situ disiang prb jika telah terjadi sesuatu perkara atau perselisihan barulah diperiksa (diselesaikan); kerambil ~ di matanya prb a) perempuan muda yg elok rupa parasnya dan kaya pula; b) pembesar negeri yg cerdik lagi berada; tak ~ tak melata prb orang mengatakan tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya; bertumbuh hidup, tumbuh: pokok labu air itu ~ menjalar ke sana ke mari; menumbuhi tumbuh (hidup) di: orang yg darahnya kotor selalu ditumbuhi jerawat; menumbuhkan 1. menjadikan tumbuh, menjadikan berkecambah: baja ini gunanya utk ~ benih semaian itu dgn cepat; 2. menjaga atau memelihara supaya tumbuh (hidup, berkembang, dll) dgn sempurna, memperbesar, memperkembang: tidaklah lebih menguntungkan bagi Filipina utk pindah kpd bahasa Melayu-Indonesia drpd ~ bahasa Filipina itu; 3. mendatangkan (menimbulkan, menerbitkan) sesuatu perasaan (perselisihan dll): pertentangan mata antara gadis dgn pemuda itu akhirnya ~ kasih sayang yg tiada taranya; tumbuhan 1. sesuatu yg tumbuh (berkecambah, hidup, dll); 2. = tumbuh-tumbuhan segala yg hidup dan berbatang (berakar, berdahan, berdaun, dll), pokok: paku-pakis mempunyai beberapa sifat yg sama dgn tumbuh-tumbuhan berbunga; 3. Jk sj bisul dlm daging; ~ dwimusim (Bio) tumbuhan yg menamatkan kitar hidupnya dlm dua musim, spt kubis dan lobak merah; ~ saka (Bio) tumbuhan yg hidup lebih drpd dua tahun (biasanya berbatang keras, berbunga serta berbuah pd setiap musim), mis pokok jati; ~ semusim (Bio) tumbuhan yg menyempurnakan keseluruhan kitar hidup-nya dlm satu musim tanaman (satu tahun), mis padi, jagung; ketumbuhan 1. ditumbuhi oleh: halaman rumah yg dahulunya dijagai dan ditanami bunga, sekarang ~ lalang; 2. penyakit kulit (yg mudah berjangkit), cacar; jenis-jenisnya: ~ bungkus, ~ jagung, ~ jintan, ~ ketumbar, dll; 3. (Ubat) tisu yg membesar atau membengkak secara tidak normal, mis tumor; 4. = tumbuhan Jk sj bisul dlm daging; pertumbuhan perihal tumbuh, perkem-bangan: pokok yg tidak cukup baja dan air akan terbantut ~nya; penumbuhan perihal menumbuhkan: jaminan itu tidak akan bererti kalau usaha ~ bahasa itu sendiri tidak berjalan dgn sewajarnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keberatan | 1. beratnya (benda, perkara, dll): kalau engkau sendiri berada di sini, tentu engkau akan insaf betapa ~ tanggungan kami; 2. kesukaran, kesulitan: tak ada ~ bagi kerajaan menjalankan rancangan itu; 3. Jk terlampau berat, melebihi (muatan): tak terangkat olehnya kerana ~; 4. mengandung sarat; 5. tidak rela (kerana susah dll), tidak suka, enggan: ia agak ~ menemani saya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penghantaran tak segerak(asynchronous transmission) | Perihal ragam perhubungan data yang tidak memerlukan penghantar dan penerima data berada dalam keadaan segerak. Jarak di antara dua penghantaran data berubah-ubah mengikut keadaan. Penerima data mengetahui kewujudan data daripada maklumat yang dikirim bersama data. | Kamus Komputer |
hadap | 1. bahagian sebelah muka, muka, depan: wang tembaga zaman dahulu sama sahaja ~ belakangnya; seratus penjajap di kanan, seratus penjajap di kiri, seratus penjajap di ~, seratus penjajap di belakang; 2. arah atau hala tujuan; hidupnya sekarang satu ~ sahaja hidupnya menuju satu tujuan (jurusan) sahaja; tak tentu ~ a) tak tentu arah tujuan; b) tidak berbuat sesuatu apa pun; semua pendapat mereka satu ~ sahaja satu sahaja arah maksudnya; berhadapan 1. = ~ dgn bertentangan (dgn), bersemuka (bertemu muka) dgn: maka ~lah kedua-dua pihak rakyat itu lalu berperang; dia duduk ~ dgn saya; ~ manis mulutnya bila bertemu muka; manis mulutnya; ~ muka bertemu muka; 2. = berhadap-hadapan bertentangan hadap satu sama lain, berdekatan dan bertentangan: mereka duduk dua baris ~; memuji atau mengeji biarlah dibuat ~; menghadap 1. (bahagian muka atau depannya) menghala ke: orang Islam sembahyang ~ kiblat; rumah peranginan itu ~ ke laut; ~ surut melihat ke belakang; 2. datang menemui (raja atau orang besar-besar), menjelang, ada atau sedang berhadapan dgn raja (orang besar-besar): ~ ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; pd ketika itu baginda sedang dihadap orang banyak; 3. datang ke (mahkamah, pejabat, dll): ia diperintahkan ~ ke mahkamah utk memberi keterangan; 4. ditujukan kpd (perbahasan dlm surat kiriman drpd yg muda terhadap yg tua), dialamatkan kpd: ~ ke hadapan ayahanda; menghadapi 1. berada bertentangan (berhadapan) dgn, duduk dll dgn muka ke hala sesuatu: di dlm kedai itu duduklah mereka ~ sebuah meja; mereka berdiri beramai-ramai ~ runtuhan rumah yg ditimpa pohon kelapa itu; 2. berjumpa (berhadapan) dgn, bersemuka (dgn): nampak benar takutnya waktu ~ orang banyak itu; 3. menemui atau menempuh (bencana, bahaya, kesukaran, dll), ditimpa (diancam) oleh, menanggung; ~ persoalan yg rumit; ~ kesulitan; ~ tuduhan membunuh; ~ maut; 4. melawan, bertanding dgn, menentang: ~ musuh; ~ pasukan lawan; menghadapkan 1. menghalakan, mengarahkan (sesuatu ke): maka meriam pun dihadapkan orang arah ke laut; 2. menujukan (pertanyaan, tuduhan, dll): hampir semua yg hadir ~ pertanyaan kpd ahli forum yg kedua sahaja; tuduhan yg dihadapkan kepadanya sangat berat; 3. membawa ke muka (pengadilan, orang yg bertanggungjawab, dll), membawa utk dipertemukan dgn: ia telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh; 4. memperlawankan, mempertandingkan, mempertentangkan: dlm pusingan pertama, pasukan Malaysia akan di hadapkan dgn pasukan bola sepak dr Negeri Thai; memperhadapkan 1. menjadikan berhadap-hadapan, mempertemukan, menyemukakan; 2. mengemukakan (membentangkan, memajukan) perkara dll: ~ beberapa cadangan kpd ahli-ahli jawatankuasa utk dibahaskan; terhadap 1. berkenaan, mengenai, tentang: pandangannya ~ gadis itu tidak berubah, bagaimana dahulu begitulah sekarang; 2. kepada, akan: cintanya ~ gadis pilihannya sendiri tetap bersemarak dlm dadanya; ia mempunyai rasa perikemanusiaan drpd seorang manusia ~ manusia juga; 3. dihadapkan (ditujukan, dihalakan), tertumpu: hatinya sudah ~ ke Lampung, angan-angannya sudah ke galas; hadapan 1. bahagian sebelah muka, depan (lwn belakang): dia berdiri di ~ saya; pintu ~ rumah itu sentiasa terbuka; ke ~ a) ke depan, ke muka; b) (pd permulaan surat bererti) kepada: ke ~ sahabatku yg diingati; 2. yg akan datang; masa (zaman) ~ masa (zaman) yg akan datang; hadap-hadapan; nasi ~ sajian nasi pulut yg dihidangkan di muka pelamin waktu pengantin sedang bersanding; penghadapan tempat menghadap (raja): Betara Majapahit pun duduk di ~ dihadap orang banyak; balai ~ ruang tempat menghadap raja di dlm istana atau di tempat raja bersemayam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hurai | ; menghurai menjadi lepas terbuka (berjurai dsb), menjadi (berada dlm keadaan) tidak terikat (tersimpul, berjalinan, bertaut, dsb), mengurai: rambutnya yg berkilat dan panjang itu ~ ke hadapan; menghuraikan 1. membuka simpul atau ikatan (tali, bungkusan, dsb), menguraikan: ketika ~ tali itu dia teringat hendak memberi minum lembu itu; maka Hang Jebat pun minta huraikan balut lukanya; 2. memisahkan (menceraikan) bahagian-bahagian sesuatu utk menjelaskannya dsb; ~ ayat mencerai-ceraikan bahagian ayat (mengikut fungsi kata-katanya, atau jenis kata-katanya); 3. membentangkan dan menerangkan (kedudukan, masalah, kebaikan, atau keburukan sesuatu) dgn panjang lebar dan teratur: Menteri Kewangan ~ kedudukan ekonomi negara; Profesor Hegesus terus ~ bahaya-bahaya drpd Rancangan Marshall; ~ hikmat ibadat puasa; 4. memecahkan (sesuatu masalah, persoalan, dsb) sbg usaha mencari penyelesaian: “Soal tanah dan kemiskinan tak dapat dihuraikan dgn undang-undang,” katanya; terhurai 1. (berada dlm keadaan) tidak lagi terikat (tersimpul, berjalin, dsb), sudah lepas terbuka (berjurai dsb), sudah dihuraikan, terurai: seorang perempuan muda, rambutnya ~, tunduk ke tanah; ikatan itu ~; 2. sudah dibentangkan (dipaparkan) dan diterangkan dgn teratur (bkn sesuatu perkara, kedudukan, masalah, dll); huraian 1. keterangan yg (agak) panjang lebar lagi teratur (utk menjelaskan sesuatu perkara, kedudukan, masalah, pendapat, dll): disediakan juga dlm buku ini ~ tentang cara menulis dan memahami karya sastera, baik sastera lama ataupun sastera moden; jawab soalan-soalan di bawah ini dgn ~ atau perbincangan yg mengandungi kira-kira 100 hingga 150 perkataan tiap-tiap satu; 2. hasil menghuraikan, hasil drpd yg dihuraikan, kesimpulan: kerana orang-orang yg melakukan kesalahan itu selalunya terlepas drpd dihukum oleh kekurangan keterangan, maka satu-satunya ~ ialah membunuh lanun-lanun itu pd masa kejadian; penghuraian perihal (usaha dsb) menghuraikan: soal ini agak rumit dan hanya dapat dibuat suatu ~ secara ringkas dan umum; ® urai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
antara | 1. sela, jarak (di tengah dua benda): dua pokok itu, ~nya tiga depa; 2. berada di tengah-tengah (dua jarak waktu, keadaan, dsb): ~ pukul 3.00 dan 4.00 petang; ~ kuning dan hijau; ~ tidur dgn jaga; 3. selang waktu, masa dr satu saat ke saat lain: sejam ~nya datanglah ia; 4. di tengah-tengah kumpulan (golongan dll): pilih ~ dua ini; 5. = di ~ dlm ruang yg memisahkan (dua atau lebih titik, benda, dsb): ~ dua bangunan itu terdapat lorong kecil; jarak ~ filem dan arca; 6. yg melibatkan, berkaitan, dsb dgn: perhubungan ~ bahagian-bahagian; perhubungan ~ kedua-dua negara itu semakin pulih; kerjasama ~ kita; perlanggaran ~ dua buah kereta; perbandingan ~ kedua-dua tokoh terkenal itu; 7. dlm lingkungan: kanak-kanak yg berumur ~ lima hingga sepuluh tahun; ~ satu hingga dua minggu; diajarkan ~ sepuluh hingga dua puluh nama benda; 8. kpd setiap orang dsb, di kalangan: barang-barang itu dibahagi-bahagikan ~ mereka; 9. termasuk dlm sesuatu kumpulan (bilangan, kelas, dsb): itulah ~ beberapa perkara yg perlu dilaksanakan; 10. sementara, dlm pd itu: ingat ~ belum kena; 11. tentang, dekat dgn, tidak jauh dr: selepas beberapa hari lamanya maka sampailah ~ Mokha; 12. kira-kira, lebih kurang: ~ sepuluh orang tertangkap kerana merompak; ~ lain = ~nya salah satu drpd (hal-hal dll); berantara 1. mempunyai antara (selang, sela): rumah ini ~ empat meter dgn rumah itu; 2. tidak langsung, berselang waktu, tidak serta-merta: perubahan itu dibuatnya dgn ~; tiada ~ lagi tidak berhenti-henti, terus-menerus; dekat tak tercapai, jauh tak ~ prb sesuatu yg dekat dgn kita tidak dapat kita ambil kerana tiada upaya; berantara 1. mempunyai antara (selang, sela): rumah ini ~ empat meter dgn rumah itu; 2. tidak langsung, berselang waktu, tidak serta-merta: perubahan itu dibuatnya dgn ~; tiada ~ lagi tidak berhenti-henti, terus-menerus; dekat tak tercapai, jauh tak ~ prb sesuatu yg dekat dgn kita tidak dapat kita ambil kerana tiada upaya; mengantara menjadi orang tengah; mengantarai 1. membuat antara, memisahkan: ada suatu sungai yg ~ kedua-dua negeri itu; 2. bertindak sbg orang tengah, menjadi pengantara: ia yg ~ perselisihan itu; perantaraan 1. perihal mengantarai (bertindak sbg orang tengah): dlm pertikaian antara Malaysia dgn Indonesia diminta ~ dr negeri Siam; 2. penghubung (antara dua orang dll): saya kirim surat ini dgn ~ kawan saya; 3. = dgn ~ dgn jalan, melalui: kursus itu diberikan dgn ~ radio; 4. ark hubungan (pertalian, pergaulan): ~ dgn majikannya sudah kurang baik; pengantaraan tindakan mengantarai (menjadi orang tengah): pergaduhan antara kedua-dua keluarga itu diselesaikan dgn ~ Tok Penghulu; pengantara, perantara orang tengah, penghubung (dlm perundingan dll): dia hanya berlaku sbg ~ dlm perselisihan saya dgn Leman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rendam | ; berendam 1. berada di dlm air dll: jangan dibiarkan kain ~ lama-lama dlm air; mandi ~ di sungai; 2. = terendam tenggelam (dlm air), terbenam (dlm air), tergenang (dlm air): tanah yg sudah ditenggala itu dibiarkan ~ selama beberapa hari; 3. = terendam ki tidak berbuat kerja, tinggal di rumah sahaja, terbenam (dlm sesuatu hal pekerjaan dll): buat apa dia ~ di rumah sahaja?; ~ air mata tergenang dlm air mata, selalu menangis; ~ sesajak air, berpaut sejengkal tali prb perihal seseorang yg susah hidupnya (serba kekurangan); merendam menaruh sesuatu di dlm air dll beberapa lamanya: padi itu direndam di dlm air, kemudian diwap, dijemur, dan dikeringkan; melemaskan lipas dgn ~nya dlm air; merendamkan menjadikan digenangi (air dll): sawah itu direndamkan dahulu; direndam tak basah prb a) sangat licin (tidak mudah dikalahkan, ditipu, dll); b) belum ada keputusannya (perkara); c) orang yg degil atau kikir; terendam 1. sudah direndam; 2. terbenam dlm air, tergenang; 3. ki tinggal lama di rumah (di suatu tempat dll); ~ sama basah, terampil sama kering prb sama-sama mahu mengerjakan sesuatu pekerjaan (baik ringan mahupun berat), sangat setia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ingatan | 1. sesuatu yg diingat, sesuatu yg timbul dlm fikiran: kalau tak salah ~ saya orang itu pernah datang meminta kerja di pejabat ini; 2. kuasa utk mengingat sesuatu (yg didengar, dipelajari, dibaca, dilihat, dll): walaupun umurnya telah lanjut ~nya masih kuat lagi; (menjawab) dgn ~ (menjawab soalan) dgn apa yg ada dlm ingatan (dgn tidak melihat buku catatan); 3. fikiran, kesedaran, sesuatu yg terbit dlm fikiran: tiba-tiba ~nya melayang kpd isteri dan anak-anaknya yg berada di kampung; pd masa itu ~ku hanya satu iaitu hendak menjadi seorang pelukis yg terkemuka; hilang ~ pengsan, tidak sedarkan diri; ~nya kurang baik fikirannya kurang sempurna (hampir-hampir nak gila); sakit ~ sakit otak (gila); 4. perhatian: sila ambil ~ bahawa kerja ini mesti disiapkan dlm tempoh seminggu lagi; 5. (Komp) bahagian di dlm komputer yg menyimpan maklumat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganti | 1. silih, penukar, pampasan: ambillah buku cerita ini sbg ~ tengok wayang; 2. = pengganti wakil: kalau engkau tak mahu pergi akulah ~ kau; 3. bp beralih, bertukar, berubah (tempat dll); ~ nama (Lin) kata utk menyebut diri (saya, engkau, dll); ~ tikar kahwin dgn adik atau kakak isteri yg telah mati; ~ hidup berkeredaan, ~ mati berkebulatan prb utk mendapatkan ganti seseorang ketua perlulah dgn muafakat;berganti bertukar, berubah, beralih menjadi; ~ nama bertukar namanya; ~ pakaian bertukar pakaian; hari (minggu, bulan, tahun) ~ hari (minggu, bulan, tahun) selepas hari dll ini hari dll kemudiannya pula; satu ~ satu satu demi satu bertukar, bergiliran; silih ~ = saling ~ = ganti-~ bergilir-gilir atau bertukar-tukar; berganti-ganti, bergantian bertukar-tukar, bergilir-gilir, silih berganti: seseorang yg berada di sebelah kanan anda datang ke depan anda secara ~;mengganti 1. menukar (dgn yg lain, yg baru, dll), menjadikan berganti: pegawai ini perlu diganti dgn seorang yg lebih cekap; 2. memberikan sesuatu kpd seseorang dll sbg cara memulangkan barang dsb yg sudah dihilangkan (dirosakkan dsb), memberi (membayar) ganti rugi: saya tidak dapat ~ pen awak yg sudah hilang itu; 3. mengambil tempat seseorang utk menjalankan sesuatu tugas dll: mengapa cikgu kita tidak mahu ~ guru besar dlm mesyuarat itu? menggantikan menjadi ganti: anak negeri yg pandai sudah boleh ~ pegawai-pegawai dagang; gantian sesuatu yg dapat menggantikan (mengambil tempat) sesuatu yg lain; pergantian pertukaran, peralihan, perubahan (kpd sesuatu yg lain); penggantian perihal atau perbuatan mengganti(kan): mereka merundingkan perkara ~ Ketua Kampung; pengganti benda atau orang yg menjadi ganti: biarlah pantunku ini sbg ~ penawar hatimu; sejak guru itu pindah murid-murid agak gelisah menunggu ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |