segak | /ségak/ 1 bergaya lagi kacak; tampan: Kami tertarik melihat betapa gagah dan ~nya perajurit-perajurit itu berbaris di tengah padang. 2 sembuh drpd sakit; sihat; segar. menyegakkan 1 membuat menjadi segak. 2 menyembuhkan drpd sakit; menyihatkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertambun | 1. bertimbun-timbun, berlonggok-longgok: sebenarnya juga dinar emas bertambun-tambun, bertindih-tindih, bersusun-susun; 2. ki penuh sesak, berjedal-jedal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertambun-tambun | 1. bertimbun-timbun, berlonggok-longgok: sebenarnya juga dinar emas bertambun-tambun, bertindih-tindih, bersusun-susun; 2. ki penuh sesak, berjedal-jedal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tambah | sesuatu yg ditokok pd sesuatu yg lain supaya menjadi lebih banyak, lebih besar dll; tokok; imbuh: Utk pesanan luar negara, berapa ringgit ~nya?. minta ~ minta supaya diberi lebih banyak lagi. bertambah 1 menjadi lebih banyak, lebih besar dll: Tanah sawah eloklah dibubuhi baja supaya ~ hasilnya. 2 mendapat atau memperoleh tambah (bkn gaji, pendapatan dll): Gajinya ~ lima puluh ringgit. 3 menjadi lebih besar, lebih kuat dll; semakin: Hujan ~ lebat. bertambah-tambah sentiasa bertambah keadaannya; bertambah sedikit-sedikit. menambah 1 menjadikan lebih besar, lebih kuat dll: Universiti tsb akan ~ bilangan penuntutnya dr setahun ke setahun. 2 memberi tambah; menokok: Wang biasiswanya itu tidak cukup dan bapanya terpaksa ~ RM50/- tiap-tiap bulan. menambahi memberi tambah pd; menjadi sbg tambah pd: Sepatah pengajaran ~ akal, lebih baik drpd emas berbungkal. menambahkan menjadikan sesuatu sbg tambah: ~ asid pd bes. tambahan sesuatu yg ditambahkan; tokok: ~ pula (lagi) lebih-lebih lagi. pertambahan perihal bertambah: Kawalan harus dilakukan terhadap ~ penduduk. penambahan perbuatan (hal dsb) menambah, menambahi atau menambahkan. penambah 1 sesuatu yg digunakan utk menambah. 2 imbuhan spt ber-, ter-, -kan yg ditambahkan pd sesuatu kata akar (kata dasar). 3 angka yg dicampurkan pd angka lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tambun II | Mn timbun (tanah dll), longgok, tompok; bertambun, bertambun-tambun 1. bertimbun-timbun, berlonggok-longgok: sebenarnya juga dinar emas bertambun-tambun, bertindih-tindih, bersusun-susun; 2. ki penuh sesak, berjedal-jedal; menambun menimbun, melonggok, menompok: tanah bendang Cu Piah ditambun tanah merah hampir-hampir dua relung; tambunan timbunan, longgokan, tompokan; ~ budi lubuk akal orang yg bijak (cerdik pandai). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meningkat | 1 bertambah banyak; naik sedikit demi sedikit; naik makin tinggi: Suhu badannya ~ drpd 100oF kpd 103oF. 3 berubah menjadi peristiwa atau keadaan lain: Semenjak ia ~ dewasa, perangainya sudah bertambah baik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tambah | 1. sesuatu yg ditokok pd sesuatu yg lain supaya menjadi lebih banyak, tokok, imbuh: berapa ~nya ukuran dada apabila dikembangkan?; minta ~ minta lebih banyak, minta dilebihkan; tukar ~ menukar barang dgn wang; 2. bp = bertambah menjadi lebih banyak (besar, luas, dll): maka tentulah aku ~ gembira lagi; 3. bp = ditambah dijadikan lebih banyak (besar, luas, dll), ditokok, dijumlahkan: jika tawar ~lah gula lagi; tanda ~ tanda campur; 4. = bertambah semakin: lama diperhatikan Hitam tingkah laku wanita itu, ~ teranglah bahawa ia adalah seorang wanita yg kasar dan garang; ~ sentara yg ditambah utk keperluan sementara (bkn pekerja); bertambah 1. menjadi lebih (banyak, besar, kaya, dll): makin ~lah kasih sayang baginda akan Raja Ahmad itu; 2. diberi tokok (tambah) supaya menjadi lebih banyak, mendapat tambah (tokok): pendapatannya ~ lima puluh ringgit; 3. semakin: hujan ~ lebat; ~ kurang semakin kurang, berkurangan; ~ pula apa lagi, lebih-lebih lagi: imam khatib lagi berdosa, ~ pula kita yg jahil; ~ semakin kurang prb perihal kawan yg datang bukan utk membantu melainkan menambahkan kesusahan; bertambah-tambah 1. sentiasa bertambah, bertambah dgn beransur-ansur: diberi Allah ~ kebesarannya dan kemuliaannya; 2. semakin (banyak, besar, kuat, dll): lelaki bermuka cengkung itu menjadi ~ khuatir; ~ lagi = ~ pula tambahan lagi (pula), lebih-lebih lagi, apalagi, terutama pula: maka ~ pula picik pengetahuanku dlm ilmu mengarang; menambah 1. menjadikan lebih banyak (besar, kuat, dll): garamnya sudah cukup, tidak perlu ditambah lagi; menerima ini bererti ~ beban; 2. memberi tambah, menokok: memang ada peluang ~ jenis barang yg dikeluarkan; 3. menjumlahkan dgn, mencampur: gajinya ditambah dgn gaji isterinya menjadikan gaji mereka berganda; 4. = ~ kata melanjutkan kata: beliau ~, tidak seorang pun kawan saya dlm kabinet yg menunjukkan minat dlm lumba kuda; menambahi memberi tambah pd, menokok (mengimbuh, menambah) pd: ~ apa yg kurang; menambahkan menambah sesuatu pd yg sudah ada supaya jadi besar (banyak dll): bunga wang itu ditambahkan pd pokoknya; mempertambah menjadikan bertambah (besar), memperbanyak, memperbesar, memperluas: adanya jalan itu ~ lagi hasil negeri; tambahan 1. sesuatu yg ditambahkan pd, imbuh, tokok: peraturan-peraturan dan ~-~ peraturan; 2. sesuatu (surat, keterangan, dll) yg dilampirkan, lampiran, pelengkap; ~ pula = ~ lagi lebih-lebih lagi, apalagi; kata ~ kata yg menerangkan kata kerja atau kata sifat; pertambahan perihal bertambah: penduduk luar bandar sedang mengalami ~ besar; penambahan 1. perihal menambah (menambahi, menambahkan), perihal memberi tambahan pd; 2. perihal memberi imbuhan pd kata pokok; penambah 1. sesuatu yg menambah; 2. imbuhan (yg ditambah pd kata pokok); 3. angka yg bercampur dgn angka lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampal | 1 perca kain dll yg dijahitkan atau yg dilekatkan utk menutup bahagian yg koyak. 2 simen, plaster dll yg ditempelkan pd sesuatu. 3 ist tindakan meletakkan teks atau grafik (komputer) yg dipotong dr satu tempat ke tempat yg lain dlm dokumen. bertampal memakai tampal; ada tampalnya: Bajunya ~. menampal 1 membubuh tampal pd (bahagian pakaian yg koyak): Dia ~ seluarnya yg koyak. 2 merekatkan sesuatu pd: Dinding bangunan itu ditampal dgn gambar calon pilihan raya. menampalkan 1 melekatkan tampal. 2 menempelkan simen (plaster dll) pd sesuatu: ~ gambar pd dinding. tampalan sesuatu yg ditampalkan. penampal apa-apa yg digunakan utk menampal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tingkat | 1 lapis sesuatu benda (spt bangunan, tangga) yg bersusun-susun atau berlonggok-longgok: Rumah pangsa itu sepuluh ~ tingginya. 2 taraf kedudukan; darjat; pangkat: Ada antara Duta Besar yg sama ~nya dgn Menteri. 3 peringkat sesuatu kejadian: Pembinaan masjid itu masih pd ~ awal. bertingkat ada tingkatnya; mempunyai tingkat. bertingkat-tingkat 1 bersusun-susun atau berlapis-lapis: Bangunan di bandar itu kebanyakannya ~. 2 berpangkat-pangkat atau berkelas-kelas. meningkat 1 bertambah banyak; naik sedikit demi sedikit; naik makin tinggi: Suhu badannya ~ drpd 100oF kpd 103oF. 3 berubah menjadi peristiwa atau keadaan lain: Semenjak ia ~ dewasa, perangainya sudah bertambah baik. meningkatkan meninggikan kedudukan, taraf dll. Mereka berusaha utk ~ taraf hidup. mempertingkatkan menjadikan bertingkat(-tingkat). tingkatan 1 peringkat; kelas; taraf (kedudukan dsb): orang ~ atasan orang dr golongan atasan. 2 darjah (di sekolah menengah). peningkatan perbuatan, hal dsb meningkat atau meningkatkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lengkap | 1. genap, tidak ada yg kurang: lingkaran yg ~; 2. sedia dgn alat senjata dll, cukup, sempurna: aku lihat di sana sini orang Jepun ~ dgn alat senjatanya; selengkap (dgn) sepenuh atau secukup (pakaian dll): Kasim menceritakan kisah Dolah ~nya; berlengkap 1. bersiap sedia (dgn apa-apa yg perlu): maka Demang Lebar Daun pun ~ hendak memandikan Sang SaPurba; 2. = berlengkapkan telah disediakan atau dipersiapkan dgn: dgn ~ pengetahuan ini orang Belanda telah sanggup menduga laut di Timur; melengkapi 1. menokok tambah supaya lengkap: pengantin itu dilengkapi sepertinya: 2. mempersiapkan, memperalati (dgn senjata dll) supaya lengkap: kilang itu dilengkapi jentera-jentera moden; melengkapkan menjadikan lengkap, mencukupkan, menyempurnakan: lengkapkan semua gajah dan kuda; aku serba kekurangan utk ~ engkau sbg seorang isteri yg sempurna; memperlengkap menjadikan lebih lengkap; kelengkapan 1. perihal lengkap, kegenapan: pengetahuan bahasa Inggeris ialah satu ~ hidup di bawah kerajaan Inggeris; 2. sesuatu yg telah dilengkapkan (angkatan tentera dll): maka tukang kesaktian itu pun lalu mengadap tuanku Malim Deman laki isteri persembahan sudah siap ~ itu sekaliannya; 3. = ~ kapal sl angkatan laut; 4. peralatan, perkakas: ~ memasak; ~ rumah; berkelengkapan mempunyai kelengkapan; perlengkapan alat (perkakas dll) yg digunakan utk melengkapkan sesuatu: barang-barang yg diberikan itu terdiri drpd sepasang pakaian dan ~ bersolek; pelengkapan perihal melengkapi (melengkapkan, memperlengkap): ia juga berguna kpd pelajar-pelajar menengah atas dan institusi pengajian tinggi sbg bacaan tambahan dan ~ kpd pembelajaran mengenai teori-teori ekonomi; pelengkap 1. sesuatu yg digunakan utk melengkapi (melengkapkan); 2. (Lin) kata yg menerangkan kata kerja dll; 3. yg melengkapkan: badan manusia mempunyai anggota utama dan anggota ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |