Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tang man


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rugi1. (dijual dll) lebih rendah drpd harga pokok, tidak mendapat keuntungan: jika suatu perniagaan itu ~, akan tibalah masa­nya modal utk menjalankan perniagaan itu habis; jatuh (menanggung, menderita) ~ tidak beroleh keuntungan; ~-~ untung walau­pun rugi ada baiknya juga; 2. kesusutan modal (kerana menjual lebih rendah drpd harga pokok): berjual beli getah pd masa ini akan mendatangkan ~; dia tidak sanggup lagi menanggung ~; ganti ~ = silih ~ wang dll sbg pengganti sesuatu yg rosak (hilang dll), pam­pas­­an; kira-kira untung ~ kira-kira yg me­nunjukkan untung dan rugi sesuatu per­niagaan; 3. tidak mendapat faedah (man­faat), tidak ada gunanya, sia-sia sahaja: ia berasa ~ datang menonton pertunjukan itu kerana apa yg disaksikannya adalah hasil seni yg amat murah; 4. sesuatu yg kurang baik (tidak berfaedah), mudarat: tidak ada ~nya kalau awak masuk belajar lagi di sekolah malam; 5. hilang, habis (wang dll): ia ~ kira-kira RM300 kerana menolong kawannya ber­kahwin; ~ barang (tempoh, tenaga, wang) habis barang (tempoh, tenaga, wang); ~ atas kertas kerugian akibat penurunan harga sesuatu sekuriti atau aset yg belum nyata kerana tidak dijual; ~ modal kerugian yg ditanggung drpd penjualan sesuatu sekuriti atau aset akibat drpd penurunan harga; ~ menen-tang laba, jerih menentang boleh prb harus bersusah payah (merugi dll) dahulu utk men-dapat sesuatu yg dikehendaki; berugi, merugi menanggung rugi: siapa pula lagi yg akan ingat kepadaku, akan suka be­rugi-rugi sebanyak ini; siapa yg mahu ~?; tak mahu ~ (merugi) tidak mahu mengeluarkan wang (tenaga dll) dgn cuma-cuma; apa guna ~ apa guna bersusah payah (mengeluarkan belanja dll); merugikan 1. menjadikan rugi, men­datang­kan rugi (kpd): pemogokan kereta api yg ber­­­jalan selama tiga bulan telah ~ per­usa­haan itu berpuluh-puluh juta ringgit; ber­juta-juta ringgit hasil petani telah di­rugikan oleh sistem padi kunca; 2. sengaja menjual lebih rendah drpd harga pokok, sengaja me­rugi: kerana menerima ceng­keram, petani-petani kita ~ hasil pertanian mereka; 3. mem­­bawa akibat dll yg kurang baik (kpd): dirasainya tidaklah ~ kiranya ia terus belajar di sekolah malam; aku tidak sekali-kali ber­niat hendak ~ hidupmu; kerugian 1. mengalami (menanggung, men­derita) rugi: dlm masa enam bulan sahaja perniagaannya ~ sejumlah RM100 000; apa pun dasar yg dijalankan, kitalah juga yg ~ besar; 2. banyaknya atau jumlah perolehan yg kurang apabila dibandingkan dgn modal yg telah dibelanjakan, lwn keuntungan, rugi: berapa besar ~nya? 3. sesuatu yg merugikan (spt kerosakan dll): besarlah ~ yg akan me­nimpa mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas