Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tangan (kata nama)
1. Bersinonim dengan anggota badan: lengan
Berantonim dengan kaki

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kuasa, pengaruh, perintah, pegangan,

Kata Terbitan : menangani, menangani, menangankan, penangan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menyayumenjadi sayu (sedih dll): tangan-nya meraba-raba perutnya yg sakit itu dan suaranya ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
menempatkan1. meletakkan, menaruh, memasang: dia ~ kedua-dua tapak tangan­nya di atas lutut; 2. memasukkan (dlm): dia ~ wang syilingnya dlm sebuah tabung buluh; 3. memberi tempat duduk (tinggal, bermalam, dll), menyuruh tinggal (diam): Britain akan ~ satu pasukan pengebom di Darwin; 4. ki mem-berikan tempat (kedudukan, taraf, dll): kedua-dua unsur tersebut sama pentingnyaKamus Dewan Edisi Keempat
telapakan1. tapak kaki, tapak tang­an: dia meletakkan wang itu ke ~ tangan­nya; 2. Id lapisan yg tebal pd tayar basikal (kereta dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
telapaktelapakan 1. tapak kaki, tapak tang­an: dia meletakkan wang itu ke ~ tangan­nya; sujud di bawah ~ sujud di bawah kaki (baginda); di bawah telapakan (orang) diperbudak-budakkan orang; duli telapakan ke bawah duli (paduka); telapakan kaki a) tapak kaki; b) anak tangga yg di bawah sekali; 2. Id lapisan yg tebal pd tayar basikal (kereta dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
bertekanbertumpu dgn tangan pd, bertelekan: Basi membongkok dgn kedua-dua tangan­nya ~ di meja;Kamus Dewan Edisi Keempat
lengan1. bahagian badan dr bahu hingga ke pergelangan tangan: ~nya berbulu; tulang ~ atas anggota di antara siku dgn bahu; 2. kaki hadapan (bagi binatang berkaki empat); 3. bahagian benda (baju, dacing, dll) yg menye­rupai lengan; ~ baju bahagian baju yg menutupi lengan; ~ bawah anggota antara siku dgn pergelangan tangan; ~ raglan lengan yg sampai ke garis leher yg kelimnya menyerong dr bawah lengan ke leher; ~ sudut dua garisan yg mengandungi sesuatu sudut; berbantalkan ~ ki a) perihal terlalu miskin; b) bermesra-mesra dgn kekasih; dipegang ~ sudah bak ~, dipegang betis sudah bak betis = dikacak betis sudah bak betis, dikacak ~ sudah bak ~ prb perihal angkuh atau sombongnya seseorang; berlengan 1. mempunyai lengan: blaus ~ panjang; 2. ki berkelahi dsb dgn meninju, bertumbuk: dia sedia ~ jika dicabar.Kamus Dewan Edisi Keempat
kesejukan1. perihal sejuk, kedinginan: di tengah-tengah ~ yg menjadi-jadi itu, Hayati merasai kedua-dua pipinya basah; 2. kena (mendapat) sejuk, masuk angin: kaki tangan­nya menggeletar ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
badan1 semua bahagian tubuh manusia atau binatang yg dpt dilihat: ~ orang itu besar serta gempal. 2 bahagian tubuh manusia atau binatang, tidak termasuk kepala, kaki ataupun tangan: ~nya lebih panjang drpd kakinya. 3 yg empunya tubuh; diri sendiri. 4 bahagian utama drpd sesuatu: ~ kereta; ~ kapal terbang. 5 sekumpulan orang yg bertanggungjawab melaksanakan sesuatu. ~ berkanun jabatan kerajaan yg dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. ~ kehakiman jabatan kerajaan yg bertanggungjawab dlm menentukan dan menangani masalah undang-undang. ~ kerajaan mana-mana jabatan kerajaan yg menjalankan kegiatan kerajaan sehari-hari. berbadan mempunyai badan. ~ dua hamil; mengandung. perbadanan jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bertaut1. menjadi rapat (bkn sesuatu yg renggang, bercerai, luka, dll), berkatup rapat-rapat: kemudian bibir mereka ~ beberapa detik; 2. bercantum, berpaut (pd, dgn): sewaktu tangan mereka ~, Dewi merasakan tangan-nya diramas; 3. tumbuh serta melekat menjadi satu, berlekatan (pd, dgn): corong asap dr rumah-rumah kelihatan berkepul sebumbung atap, dan asapnya yg kelabu ~ dgn kabut pekat di udara; 4. berpusat (pd, pandangan, dll), bertumpu (pd): fikirannya ~ pd soal pelajaran; 5. bertemu (sungai dgn sungai dll): mata mereka ~ lagi, senyum masing-masing me-lebar; 6. berhu­bungan (dgn), bertalian (dgn), berkaitan (dgn): kesihatan badan ~ rapat dgn kebahagiaan hidupKamus Dewan Edisi Keempat
menyodorkan1. menyorongkan ke depan, menganjurkan: ketika aku masuk, ada yg berdiri hendak ~ kerusi, ada yg duduk sahaja; 2. menghulurkan (tangan dll), me­ngunjukkan, memberikan: Kartini ~ tangan­nya utk berjabatan; ia ~ gelas berisi air limau kpd temannya; 3. memaksakan, mendesak, menonjol-nonjolkan, menuntut: kami para pemuda tidak mahu menerima syarat yg disodorkan oleh Jepun.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas