tangkal | , = penangkal sesuatu yg digunakan utk menolak bala, penyakit dll; azimat: ~ sawan tangkal utk mengelakkan sawan. menangkal menolak bala, penyakit dll dgn tangkal: menjampi dan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menawarkan | 1. menyebabkan (menjadikan) tawar; 2. memanterai supaya hilang bisa (penyakit dll), menjampi supaya hilang kekuatan: dihembuskan tangkal hantu pari, tangkal hantu air pun ditawarkan; 3. = ~ hati menjadikan tawar hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangkal petir | besi pd bumbung rumah dll yg dihubungkan dgn kawat ke tanah utk menjauhkan bahaya petir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangkal sehari bulan | azimat yg berbentuk bulan sabit (drpd emas, perak) yg digantungkan di leher kanak-kanak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangkal | = penangkal sesuatu yg digunakan utk menolak bala (penyakit, hantu, jin, dll), azimat: ~ bisa; ~ jin; ~ sawan; ~ sehari bulan azimat yg berbentuk bulan sabit (drpd emas, perak) yg digantungkan di leher kanak-kanak; ~ petir besi pd bumbung rumah dll yg dihubungkan dgn kawat ke tanah utk menjauhkan bahaya petir; menangkal menolak bala (hantu, jin, penyakit, dll) dgn azimat dll: pisau dicabut dan Tun Mudim ~ dan menjampi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangkal, = penangkal | menangkal menolak bala, penyakit dll dgn tangkal. | Kamus Pelajar |
tangkal, = penangkal | sesuatu yg digunakan utk menolak bala, penyakit dll; azimat: ~ sawan tangkal utk mengelakkan sawan. | Kamus Pelajar |
tuah | 1. untung (yg berlebihan), bahagia: ia memikirkan tentang hal dirinya sendiri, tentang ~ dan celaka nasibnya sendiri; di tengah-tengah hidup yg malang kami dilimpahi ~; mengadu ~ mengadu untung (berserah kpd nasib); menolak ~ melepaskan peluang baik; untung ada ~ tiada ada pendapatan tetapi tidak kaya (kaya tetapi tidak pula terkenal); 2. pengaruh (kuasa) yg membawa keuntungan (kebahagiaan dll), keramat, sakti: tangkal-tangkal itu dikatakan mempunyai ~ yg besar; 3. keistimewaan (kehormatan, kemuliaan, kemasyhuran, dll); ~ badan untung diri seseorang; ~ berma Br tanda merah pd bayi ketika dilahirkan; ~ periuk Br tompok-tompok biru tua pd bayi ketika dilahirkan; ~ anjing celaka kuda prb sesuatu yg menjadi kebahagiaan pd seseorang mungkin menjadi kecelakaan pd orang lain; ~ ayam boleh dilihat, ~ manusia siapa tahu? prb tiada siapa dapat menentukan untung nasib seseorang itu; ~ kerbau gemuk, ~ lumbung berisi, ~ manusia semuafakat prb kerbau terpuji kalau ia gemuk, lumbung kalau berisi padi, dan manusia pula kalau sepakat (bersatu); ~ melambung tinggi, celaka menimpa badan prb orang yg ditimpa oleh kesusahan besar; ~ sebesar bukit, celaka menimpa badan prb orang yg pandai tetapi tidak tetap pekerjaan-nya, oleh itu penghidupannya menjadi susah; menghijau ~, najis keluar prb kerana hendak-kan kemuliaan (kehormatan) seseorang boleh mendapat kehinaan; tiada tertikam ~ oleh berani prb orang yg bertuah itu tidak dapat dialahkan dgn keberanian; bertuah 1. mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung: ia berasa sangat ~ kerana hidupnya mewah; 2. mendatangkan tuah, berhikmat, sakti: ayamnya sangat ~, tiada orang yg berani melawan ayamnya itu; keris ~ keris sakti; 3. ark ketulahan, terpesona; hendak kaya berdikit-dikit hendak ~ tertabur urai, hendak berani berlawan ramai prb jimat cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani; sudah dapat gading ~ tanduk tiada berguna lagi prb sudah mendapat yg lebih baik yg kurang baik ditinggalkan; menuahi 1. mendatangkan tuah (kebaikan, kebahagiaan, dll), memberkati; 2. mengatakan bertuah; menuahkan 1. menghebah-hebahkan (men-cerita-ceritakan) keistimewaan (kekayaan, kemuliaan) orang; 2. = ~ menjadi... menentukan dll menjadi...; ketuahan 1. memperoleh tuah; 2. kesaktian (keris dll), keunggulan (kemuliaan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penangkal sawan | tangkal utk mengelakkan sawan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tumbal | Jw tangkal (azimat dll) yg dipakai utk menolak bala dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |