anak telinga | bahagian telinga luar yg terletak di hadapan daun telinga di sebelah pelipis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meatus | (méatus) (Bio) saluran semula jadi di dlm tubuh, spt salur dr telinga luar ke gegendang telinga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gegendang telinga | (Bio) membran keras yg menghantarkan getaran gelombang bunyi drpd bahagian telinga luar ke bahagian telinga tengah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gegendang | sesuatu yg fungsinya atau bentuknya spt gendang; ~ telinga (Bio) membran keras yg menghantarkan getaran gelombang bunyi drpd bahagian telinga luar ke bahagian telinga tengah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telinga I | 1. pancaindera utk mendengar (di kiri kanan kepala manusia atau binatang), kuping: aku membisikkan sesuatu ke ~ nya; 2. = daun ~ bahagian telinga sebelah luar utk menangkap suara, kuping: dipulasnya ~ budak yg degil itu; pangkal (pohon) ~ tempat daun telinga bercantum dgn kepala; 3. sesuatu yg menyerupai telinga (mis pemegang pd barang-barang yg tertentu dll); ~ beruk telinga yg rapat pd kepala; ~ biola alat utk menegangkan (mengendurkan) tali biola; ~ gajah (jabing, jobing) telinga yg lebar; ~ jebang telinga yg menganjur keluar; ~ kuali a) tangkai tempat mengangkat kuali; b) ki orang yg tahan hati walaupun dimarahi dan dikatai oleh orang lain; ~ kucing (kambing, rusa) telinga yg tirus ke atas; ~ nipis (tipis) orang yg lekas marah; ~ telepok layu telinga yg cantik bentuknya; ~ tempayan ki orang yg tidak mahu mendengar; ~ tikus telinga yg kecil dan tirus; ~ bagai ~ rawah prb Mn a) tidak mengendahkan nasihat dan tunjuk ajar orang; b) tidak berasa malu mendengar perkataan yg tajam; ~ rabit, pasang subang di kaki = ~ rabit dipasang subang kaki, untut dipakai-kan gelang, jari kontong dimasukkan cincin prb membuat sesuatu yg tidak layak akhirnya menjadi keaiban; ~ yg lembut itu kerap dipulas, yg bodoh juga yg ditipu orang prb a) orang yg pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; b) orang yg penurut selalu diperkuda orang; masuk ke ~ kanan, keluar ke ~ kiri prb tidak dapat menerima pelajaran atau nasihat yg diberikan; pilin ~ saring-saring prb Mn hendaklah difikirkan habis-habis sebelum mengerjakan sesuatu; rasa pedih cuping ~ prb marah kerana mendengar sesuatu yg tidak patut; menelinga memasang telinga, mendengar dgn hati-hati (percakapan dll): aku ~ kalau-kalau bunyi itu datang ke bilikku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daun telinga | bahagian telinga sebelah luar utk menangkap suara, kuping: dipulasnya ~ budak yg degil itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daun telinga | bahagian telinga yg di luar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
daun telinga | bahagian telinga yg di luar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejut | kaku (anggota, urat) disebabkan terperanjat atau ketakutan; berkejut; ~ telinga menegakkan telinga (spt kuda ketakutan); berkejutan berlari-lari tidak berketentuan kerana terperanjat; mengejut tidak semena-mena datangnya (berlakunya), dgn tiba-tiba (sekonyong-konyong), dgn tidak dijangka-jangka (disangka-sangka), mendadak: beliau meletakkan jawatannya secara ~; lawatan ~ lawatan yg tidak dijangka-jangka atau tidak dirancang terlebih dahulu; mengejut-ngejut 1. tersentak-sentak, bergoncang-goncang (tubuh): badannya kelihatan bergerak-gerak dan ~ sambil ia menangis; 2. pendek-pendek keras dan putus-putus (bkn bunyi binatang, tangisan, dll): sekali-sekala sedannya ~; sayup-sayup terdengar gonggongan anjing ~ dan memanjang-manjang; mengejutkan 1. = mengejuti menyedarkan dr tidur (khayalan, menungan, dll), membangkitkan (dr tidur): bunyi suara budak-budak berkelahi di luar ~ Karim drpd tidurnya; akan hilang menungnya apabila dikejuti oleh Poniem bahawa nasi telah terhidang; 2. memeranjatkan, sangat menghairankan, mengagetkan, menyebabkan (orang) tersentak: berita kematiannya sungguh ~ Bidin; 3. ki menyedarkan (supaya bertindak, maju, dll), membangkitkan semangat, memberangsangkan: perubahan ini agaknya ~ mereka supaya mempunyai semangat berani dan berazam; terkejut 1. terperanjat, tersentak, kaget: seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya; ~ besar sangat terkejut (terperanjat); 2. terjaga (terbangun, tersedar) drpd tidur: ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ drpd tidurnya; kejutan sesuatu yg mengejutkan (memeranjatkan), kesan (akibat) yg menyebabkan orang terkejut (terperanjat): mengikut pandangan orang Eropah, Islam memberi ~ kpd mereka; sebelum majlis berakhir, pengerusi membuat satu ~ dgn mengumumkan hari perkahwinan Raja Muda; ~ budaya akibat yg timbul apabila sesuatu kebudayaan atau anggota sesuatu kebudayaan secara tiba-tiba berhadapan dgn atau terdedah kpd unsur-unsur kebudayaan lain yg lebih tinggi tamadunnya (biasanya menimbulkan perasaan tersisih, tidak dapat menyesuaikan diri dsb pd anggota kebudayaan yg lebih rendah tamadunnya); ~ elektrik rasa sakit dan kontraksi otot secara tiba-tiba apabila terkena arus elektrik; kekejutan 1. perihal terkejut (terperanjat); 2. terkejut, terperanjat: Tuan Lim ~, matanya hampir tersembul; keterkejutan keadaan atau perihal terkejut: lelaki itu terbanting oleh ~ yg maha dahsyat; pengejut mudah terkejut (terperanjat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anak | 1 baka yg diturunkan oleh ibu dan bapa; keturunan yg kedua: ~nya belum bersekolah lagi. 2 manusia yg masih kecil. 3 binatang atau pokok yg masih kecil. 4 orang yg berasal dr sesebuah negeri atau daerah: ~ Pahang; ~ Perak. 5 sesuatu yg lebih kecil drpd yg lain: ~ bukit; ~ jari. ~ Adam manusia. ~ angkat anak yg diambil dan dianggap sbg anak sendiri. ~ ayat ayat kecil yg ada subjeknya serta predikatnya tetapi menjadi sebahagian drpd ayat yg lebih besar; klausa. ~ baju baju dalam. ~ bini (isteri) anak dan isteri. ~ buah a. orang-orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga. b. pekerja dlm kapal dll. ~ dacing batu penimbang pd dacing. ~ damak peluru sumpitan. ~ dapat anak yg diambil atau dipungut dr tepi jalan dan dijaga spt anak sendiri. ~ dara (gadis) anak perempuan yg sudah akil baligh tetapi belum berkahwin; perawan. ~ didik seseorang yg dididik, dibimbing atau dilatih supaya cekap dlm mengendalikan sesuatu atau mahir dlm sesuatu bidang. ~ haram (gampang) anak yg dilahirkan luar nikah. ~ jati seseorang yg dilahirkan dan biasanya dibesarkan di sesuatu tempat, kampung, negeri dsb. ~ kandung anak sendiri. ~ kapal pekerja dlm kapal. ~ kunci alat utk membuka kunci. ~ lidah (tekak) daging yg terjuntai pd pangkal kerongkong. ~ luar nikah anak yg dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu dan bapanya; anak haram. ~ mata bahagian yg kecil dan bulat di tengah-tengah bola mata. ~ muda orang yg masih muda; pemuda atau pemudi. ~ murid orang yg masih belajar di sekolah dsb. ~ pagar tiang pagar. ~ panah peluru panah. ~ patung barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; boneka. ~ saudara anak kpd saudara. ~ serigala pasukan pengakap bagi kanak-kanak yg berumur bawah 12 tahun. ~ sulung anak yg tertua. ~ sumbang anak hasil drpd perbuatan sumbang antara orang-orang yg haram berkahwin. ~ sungai sungai yg kecil. ~ tangga bahagian tangga yg dipijak. ~ telinga bahagian telinga luar yg terletak di hadapan daun telinga di sebelah pelipis. ~ teruna pemuda. ~ timbangan batu (besi) dgn berat tertentu sbg pengukur berat barang yg ditimbang. ~ tunggal satu-satunya anak kpd sepasang suami isteri. ~ yatim anak yg bapanya sudah meninggal. anak-anak 1 orang yg masih kecil; anak kecil; kanak-kanak: Dia belum mengerti, masih ~ lagi. 2 = anak-anakan barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; anak patung; boneka. beranak 1 melahirkan anak: Isterinya baru saja ~ di hospital. 2 mempunyai anak: Ia sudah ~ empat, tetapi rupanya masih muda. 3 dgn anak: Dia tiga ~ tinggal di pondok itu. memperanakkan melahirkan (anak): Dia diperanakkan di negeri Kedah. keanak-anakan spt anak-anak (ttg kelakuan): Kelakuannya masih ~ walaupun usianya sudah lanjut. peranakan 1 pundi-pundi tempat anak dikandung dlm perut; rahim. 2 keturunan drpd anak negeri yg berkahwin dgn orang asing: ~ India; ~ Cina. 3 orang asing yg dilahirkan di negara kita: Cina ~ Cina yg dilahirkan di negara kita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |