pengamen | orang yg mengamen: ia temui satu rombongan ~ keroncong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menemui | 1. bertemu dgn, berjumpa dgn: orang-orang yg saya temui semua peramah; 2. pergi bertemu dgn, mengunjungi, menziarahi, melawat: aku pergi ~ seorang guru pelatih; 3. = menemukan berjumpa dgn apa yg dicari dll, mendapat, mendapati: polis kemudiannya telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; 4. = menemukan mengalami (kesulitan dll), menderita, merasai: perasaannya masih terlalu polos dan kurang mengerti akan kemungkinan halangan-halangan yg ditemui orang lain; 5. mengetahui bahawa ada (apa yg tersembunyi dll), mengetahui ada, mendapati: kalau dibandingkan Tuhfat-al-Nafis dgn syair Acheh, kita dapat ~ kesamaan tertentu, misalnya mengenai peristiwa kematian Raja Haji; 6. bertemu menjadi satu (bersentuhan dll), menghubungi; 7. ark memenuhi (undangan dll), menepati: ia tidak pernah ~ janjinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pensyarah | 1. orang yg memberikan syarahan (ceramah), penceramah; 2. guru di universiti, orang yg memberikan kuliah: saya temui empat orang ~ dan penolong ~ di Jabatan Pengajian Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
amen | (amén); mengamen Jk berjalan dr rumah ke rumah sambil bernyanyi dan bermain muzik: dia pergi ~; pengamen orang yg mengamen: ia temui satu rombongan ~ keroncong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lafaz | Ar 1. bunyi perkataan yg disebut atau yg diucapkan dgn baik, sebutan atau ucapan yg baik: hendaklah kita memberi salam kpd orang yg kita temui sekurang-kurang ~nya ‘assalamualaikum’; 2. kata-kata yg disebut (diucap atau ditulis): maka berkenanlah ~ surat itu kpd Sultan Muzaffar Shah; berlafaz dilafazkan, diucapkan: niat di hati yg tidak ~ sebenarnya tidak berbahasa; melafazkan mengucapkan (kata, perkataan, doa, dll): beta sangat sukacita dapat ~ sepatah dua kata pd petang ini; terlafaz dapat dilafazkan: “Maaf, Mira!” hanya itu yg ~ olehnya; pelafazan perihal (proses) melafazkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sulit | 1 tidak diketahui atau tidak dpt diketahui oleh orang ramai; tersembunyi; rahsia: Ada antara mereka itu yg telah menubuhkan pasukan penentang Jepun secara ~. 2 jarang terdapat atau jarang bertemu; tidak selalu didapat; susah dicari atau susah dilalui: Jalan pergi ke gunung itu sangat ~. perkataan yg ~-~ perkataan yg jarang-jarang ditemui dan maknanya tidak berapa diketahui umum. 3 susah hendak diselesaikan; sukar; payah: Dia sedang memikirkan cara hendak memecahkan perkara yg ~ itu. menyulitkan menyebabkan menjadi sulit; menyusahkan; menyukarkan. mempersulit menjadikan lebih sulit. kesulitan 1 keadaan sulit; kesukaran; kesusahan. 2 sesuatu yg sulit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
syarah II | 1. keterangan, huraian, penjelasan, ulasan; 2. = syarahan ceramah, pidato; bersyarah memberi ceramah, berpidato, berucap: ia hendak ~ kpd pengundi-pengundi pd masa pilihan raya; mensyarahkan membicarakan sesuatu perkara (dlm bentuk syarahan), menceramahkan: beliau juga meneliti pemikiranpemikiran lama Yunani dan ~nya; syarahan 1. ceramah, pidato, ucapan: ia mendengar ~ gurunya dgn tekun; 2. pelajaran yg diberikan di universiti, kuliah; pensyarah 1. orang yg memberikan syarahan (ceramah), penceramah; 2. guru di universiti, orang yg memberikan kuliah: saya temui empat orang ~ dan penolong ~ di Jabatan Pengajian Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
temu I | bertemu 1. berjumpa (dgn), bersua (dgn), tersua: dia ~ dgn anak muda itu ketika menonton filem; 2. berhadapan muka (dgn), bersemuka (dgn): terlebih baik aku ~ dgn harimau drpd ~ dgn bapaku; 3. memperoleh (barang yg dicari dll), mendapat, menjumpai: ia mencari air tetapi tidak juga ~; 4. = ~ pd (di) ada di, terdapat di, kedapatan: tidak akan ~ air tawar di kawasan ini; 5. bersambung atau berhubungan menjadi satu (sungai dgn sungai dll): maka adalah khabarnya hulu Sungai Terengganu itu ~ dgn hulu Sungai Kelantan; kain panjang yg tidak berjahit ~; 6. cocok (perkataan dgn perbuatan dll), sesuai, benar-benar berlaku (ramalan, dugaan, dll), tercapai (cita-cita), berhasil, sampai: akhirnya cita-citanya itu ~ juga; 7. mendapat bahaya dll, kena: dlm dunia perkahwinan kau nanti ~ sedikit-sedikit kesulitan dan masalah; ~ dgn maut meninggal dunia, mati; ~ ketika Kl cukup semusim (sebulan, seminggu); ~ lutut a) duduk dgn merapatkan lutut; b) duduk rapat sekali (kerana ramai orang); ~ muka ber-hadapan muka, bersemuka; ~ waktu dr satu waktu hingga ke waktu yg sama pd hari yg lain (dlm sembahyang); menemu ark mendapat; tak ~ Jh tidak berjumpa; menemui 1. bertemu dgn, berjumpa dgn: orang-orang yg saya temui semua peramah; 2. pergi bertemu dgn, mengunjungi, menziarahi, melawat: aku pergi ~ seorang guru pelatih; 3. = menemukan berjumpa dgn apa yg dicari dll, mendapat, mendapati: polis kemudiannya telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; 4. = menemukan mengalami (kesulitan dll), men-derita, merasai: perasaannya masih terlalu polos dan kurang mengerti akan kemungkinan halangan-halangan yg ditemui orang lain; 5. mengetahui bahawa ada (apa yg tersembunyi dll), mengetahui ada, mendapati: kalau dibandingkan Tuhfat-al-Nafis dgn syair Acheh, kita dapat ~ kesamaan tertentu, misalnya mengenai peristiwa kematian Raja Haji; 6. bertemu menjadi satu (bersentuhan dll), menghubungi; 7. ark memenuhi (undangan dll), menepati: ia tidak pernah ~ janjinya; menemukan 1. = menemui mendapati, menjumpai: di seluruh halamanku, tidak kutemukan sekuntum mawar pun; 2. men-dapati atau menjumpai (sesuatu yg tersem-bunyi, belum diketahui lagi); 3. mencari sesuatu yg sesuai (cocok, padan): apa yg kita perlukan ialah ~ kata yg tepat yg sanggup menjelmakan emosi; mempertemukan 1. membawa (menjadikan) supaya bertemu, menyemukakan: biar-lah engkau tolong ~ saya dgn dia, supaya saya bermaafan dengannya; Tuhan yg Maha Pengasih akan ~ aku dgn ayah; 2. mem-perhadapkan; 3. memperhubungkan, merapat-kan: kedua-dua belah hujungnya diper-temukan; 4. menyatukan kembali; 5. = ~ jodoh mengahwinkan (memperisterikan, mem-persuamikan); pertemuan 1. perihal bertemu, perjumpaan: kenangan beliau kembali kpd ~nya dgn Datuk Bomoh; 2. tempat bertemu (berkumpul dll): Kuala Lumpur letaknya di ~ Sungai Gombak dgn Sungai Kelang; 3. perkumpulan, perhimpunan (mesyuarat dll): dia mengajak orang-orang yg ada pd ~ itu agar bangkit menentang musuh; 4. pergaulan, persamaan (pendapat dll): aku perlukan engkau dlm soal menghadapi Kadir, kita banyak ~ pendapat; 5. perjodohan, perkahwinan: maka tidaklah syak lagi yg ~ itu sukar berpanjangan; penemuan 1. perihal menemui atau menemukan: pekebun sayur itu memberitahu polis mengenai ~ senjata api itu; 2. sesuatu yg didapati (ditemui): beliau telah membuat beberapa ~ dlm bidang kimia; penemu orang yg menemui (alat baru dll); ketemu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |