Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tepung nya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tepung I1. barang yg hancur dan lumat kerana ditumbuk dll (beras, gandum, dll): ~ jagung; 2. barang-barang yg sedia lumat, bubukan, serbuk: ~ sari; ~ beras tepung yg dibuat drpd beras (utk mem­buat kuih); ~ berperasa tepung yg me­ngan­­dungi serbuk perasa (spt garam, rempah, daun perasa, dsb); ~ berserbuk penaik = ~ naik sendiri tepung yg mengandungi serbuk penaik; ~ bungkus sj kuih yg diberi berinti; ~ cat serbuk cat; ~ gandum tepung yg dibuat drpd gandum; ~ gomak sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan tepung kacang hijau (ber-intikan kacang dan gula); ~ jagung tepung drpd jagung, digunakan utk memekat­kan kuah, membuat kuih dsb; ~ pelita sj kuih yg dibuat drpd tepung beras serta gula dan santan yg dikukus; ~ pulut tepung drpd beras pulut, digunakan utk membuat kuih-muih; ~ sagu tepung drpd sagu; ~ susu serbuk susu; ~ talam sj kuih yg dibuat drpd tepung gandum serta gula melaka dan santan (dimasak di dlm bokor); ~ torak sj kuih drpd tepung beras, santan dan gula, diberi perasa pandan dsb; ~ ubi (kanji) tepung yg dibuat drpd ubi kayu; ~nya ia mahu, kuihnya pun ia mahu prb hal orang yg tamak, diberi sedikit hendak banyak, diberi banyak hendak semua; tepung-tepungan bermacam-macam jenis tepung: yg termasuk dlm makanan pemberi tenaga ialah beras, jagung, ~, dll; menepung menumbuk atau mengisar (biji-bijian dll lumat-lumat) supaya menjadi tepung: ~ beras (jagung); (spt hendak) ~ tiada berberas prb a) pekerjaan yg dibuat dgn tiada cukup syarat, jaranglah boleh menjadi sem­purna; b) cakap sahaja besar, hasilnya sedikit pun tidak ada.Kamus Dewan Edisi Keempat
laksamKl 1. adunan tepung beras yg bentuk­nya spt kuetiau; 2. sj masakan yg meng­gunakan laksam (biasanya disertai hirisan bunga kantan, daun kesum, dsb) dan dimakan bersama kuah lemak.Kamus Dewan Edisi Keempat
uli Isj kuih yg dibuat drpd beras pulut; beruli (sudah) diramas-ramas dan ditekan-tekan (adunan roti, kuih, dll) dgn tangan utk menyebatikannya: dia menarik mangkuk tepung yg sudah ~ ke hadapannya; menguli meramas-ramas dan menekan-nekan (adunan roti, kuih, dsb) dgn tangan utk menyebatikannya: tepung itu dicampur dgn air dan diuli sehingga lembut; ulian sesuatu yg diuli; pengulian perbuatan (proses atau kerja) menguli: dgn adanya mesin baru, kini ~ tepung dapat dibuat dgn cepat, banyak dan bersih; penguli 1. orang yg (kerjanya) menguli: dua ~ roti, Mahmud dan Muhamad; 2. alat utk menguli: pengeluaran roti dan kek syarikat-nya telah meningkat dgn penggunaan mesin ~ tepung yg baru dan canggih.Kamus Dewan Edisi Keempat
rambut I1. sj bulu yg tumbuh di kepala: ~nya ikal, lebat, dan hitam; ~ kelong dahi rambut yg ikal di dahi; anak ~ hujung rambut yg ikal pd dahi dll; gigi ~ rambut yg di pinggir; kaki ~ rambut yg di pinggir atas tengkuk; si ~ panjang bp orang perempuan; termakan di ~ sangat susah; sakit kepala panjang ~ pura-pura sakit kepala; 2. sesuatu yg spt rambut; ~ anak kundai rambut pendek di dahi pengantin; ~ genjur rambut yg kejang (tegak kaku); ~ ikal rambut yg mengombak; ~ jagung bulu pd jantung jagung; ~ kerul = ~ keriting rambut ikal kecil-kecil; ~ palsu rambut buatan; ~ sama hitam, hati masing-masing berlainan prb masing-masing orang itu mempunyai pendapat (kemahuan dll) yg berlainan; bagai ~ dibelah tujuh prb perihal sesuatu yg terlalu sedikit (kecil); spt bergantung pd (di) ~ sehelai prb sentiasa dlm keadaan yg sangat sulit dan berbahaya; spt menghela ~ dlm tepung, ~ jangan putus, tepung jangan ter­serak prb menghukum hendaklah dgn seadil-adilnya; serambut sebesar rambut, sekecil-kecilnya: tidak ada suatu kejadian yg betul-betul sempurna tanpa ada sebarang cacat walau ~ jua; berambut mempunyai atau ditumbuhi rambut: hatinya terpaut dgn pemuda yg ~ hitam ber-kilat itu; kepalanya hampir botak tidak ~ lagi; merambut berhelai-helai spt rambut; perambut sj tali (dawai) yg kuat antara tali kail dgn mata kail.Kamus Dewan Edisi Keempat
penguli1. orang yg (kerjanya) menguli: dua ~ roti, Mahmud dan Muhamad; 2. alat utk menguli: pengeluaran roti dan kek syarikat-nya telah meningkat dgn penggunaan mesin ~ tepung yg baru dan canggih.Kamus Dewan Edisi Keempat
menawari1. mengubat (dgn jampi, mantera, guna-guna, tepung tawar, dll), menjampi, memanterai, menambari: ditawarilah oleh Shahar Pahlawan akan bisa itu, barulah Nahar kembali sembuh; 2. memujuk, memikat, menambat (hati perempuan): dia ~ janda kaya itu supaya berkahwin dengan­nya; 3. meng-hilangkan (menyejukkan) kemarahan dll, meredakan (kemarahan dll): ibunya tahu hati Nibong hati batu, tidak boleh ditawari lagi;Kamus Dewan Edisi Keempat
kulit I1. tisu nipis yg membaluti tubuh (manusia atau binatang): ~nya hitam manis; binatang ini tidak mudah dilukai senjata tajam kerana tebal ~nya; bersalin ~ bertukar kulit (bkn ular dll); penyakit ~ penyakit pd kulit (spt kudis, kusta, dll); 2. bahagian luar yg membaluti isi buah (batang pokok, isi telur, dll): ~ bawang; ~ nangka; ~ kayu; 3. pembalut tubuh binatang yg telah ditanggalkan dan dikeringkan (utk dibuat beg, kasut, dll): kasut ini dibuat drpd ~ buaya; beg ~ beg yg dibuat drpd kulit binatang; 4. bahagian di sebelah luar buku dll (biasanya lebih tebal drpd kertas halamannya): gambar seorang bintang filem menghiasi ~ majalah itu; ~ keras kulit (buku) yg dibuat drpd kadbod atau kertas yg tebal; ~ lembut kulit (buku) yg dibuat drpd kertas yg tidak tebal dan tidak keras; 5. yg nampak dr luar, garis-garis kasar, butir-butir yg tidak mendalam: adat istiadat Belanda diajarkan juga, tetapi hanya ~nya, tiada mendalam; terjemahan ~ terjemahan erti perkataan-perkataannya (tidak berdasar­kan maksudnya); ~ adam bahagian pangkal kuku yg berwarna putih dan berbentuk bulan sabit (bunga kuku); ~ ari a) kulit atau selaput nipis (yg membaluti beras, isi kelapa, dll); b) kulit luar; ~ basah kulit binatang yg belum dikeringkan; ~ berwarna = ~ hitam (orang atau bangsa) yg bukan berkulit putih spt orang Eropah; ~ buatan (imitasi, tiruan) barang buatan yg nipis yg menyerupai kulit; ~ bumi lapisan sebelah luar bumi yg terdiri drpd batu habluran dll; ~ daging saudara-mara, kaum keluarga; ~ dalam lapisan kulit sebelah dalam di bawah lapisan kulit luar; ~ karah kulit kura-kura (labi-labi); ~ kayu manis sj kulit kayu yg dijadikan ramuan masakan; ~ kerang (siput dll) benda keras yg membungkus kerang dll (sbg tempat berlin­dung), rumah kerang (siput dll); ~ khatan kulit pd hujung kemaluan lelaki; ~ kuih lapisan (kepingan) nipis dibuat drpd adunan tepung (utk membungkus inti atau isi kuih); ~ langsat warna (kulit manusia) yg putih kekuning­kuningan; ~ luar lapisan kulit (pd daging atau tumbuhan yg di sebelah luar); ~ manis lapisan jaringan atau tisu pd pokok (di antara kulit kayu dan batangnya); ~ mati kulit yg tidak berasa; ~ perisai lapisan tipis di sebelah atas kulit luar tumbuhan (utk melindunginya drpd air dan gas); ~ putih (bangsa, orang) yg berke­turunan Eropah; ~ renang kulit yg menghu­bungkan jari-jari itik (katak dll); ~ sawo matang (coklat) (bangsa) yg kulitnya berwarna coklat; ~ babi yg tersungkup di kepala orang prb mendapat malu; buka ~ ambil isi prb perun­dingan secara terus terang (tidak berkias-kias lagi); kalau tak ~ leraklah (lerailah) tulang = tinggal tulang dgn ~ prb sangat kurus (tubuhnya); tebal ~ muka prb tidak malu; berkulit mempunyai kulit: pemuda itu berambut ikal dan ~ hitam manis; ~ badak bp tidak bermalu, tidak berperasaan; mengulit 1. mengganti kulit (bkn ular dll), bersalin kulit; 2. menjadi kulit, tumbuh kulit­nya; 3. Id mengupas kulit kepala; menguliti 1. memberi berkulit, membalut (bu­ku dll) dgn kulit; 2. menyiat atau mengupas kulit (lembu dll); kekulit bahan spt kulit; perkulitan tempat menyamak kulit; pengulitan (Hut) proses menanggalkan (membuang) kulit drpd batang pokok atau kayu balak (secara manual atau dgn mesin pengulit).Kamus Dewan Edisi Keempat
mencampurkan1. menggaulkan (supaya menjadi satu), menjadikan bercampur: kedua-dua jenis tepung itu dicampurkan; 2. men­jadikan bercampur dua atau lebih benda (hal): jangan dicampurkan barang itu; 3. meng­hubungkan atau mengaitkan: saya tidak ada perhubungan dgn pemerintah, tidak ada niat saya ~nya; 4. menaruh atau memasukkan (benda lain) sehingga sesuatu itu tidak asli atau tulen lagi;Kamus Dewan Edisi Keempat
lempeng(lémpéng) 1. sesuatu yg pipih (spt tembakau dll): tembakau ~; 2. sj kuih yg pipih dan nipis (yg diperbuat drpd tepung dll); 3. kepingan (besi, kaca, dll) yg nipis; melempeng membuat kuih lempeng; perut­nya ~ perutnya kempis.Kamus Dewan Edisi Keempat
harukacau: dia telah faham akan telatah isterinya, kalau dilawan ~ jadinya; mengharu 1. mengacau, mengaduk (santan, tepung, dll); 2. mengganggu, menggoda, merasuk dll (bkn perbuatan manusia dll yg jahat): parti-parti pembangkang yg ~ mereka di parlimen; bahawasanya syaitan­lah yg ~ raja; 3. menjadikan tidak tenteram, mengacaukan, meresahkan, menggelisahkan: hatinya telah diharu oleh perasaan malu; mengharukan 1. menimbulkan huru-hara, mengacaukan, merusuhkan: penempatan se­mula dikerjakan utk menyelamatkan orang kampung drpd diharukan pengganas komu­nis; 2. merusuhkan, menggelisahkan, merun­singkan: pasti ada sesuatu dlm kepalanya yg ~ fikirannya; 3. merawankan hati, memilu­kan, menyayukan: bunyi yg indah dapat ~ perasaan pendengar; suasana di majlis yg sungguh-sungguh ~, sedih dan sayu; terharu berasa hiba (kasihan, rawan hati, dsb): ia memandang ayahnya yg sedang terbaring itu dgn hati yg amat ~; keterharuan keadaan terharu, kepiluan, ke­se­dihan, dll; keharuan 1. kerusuhan, kekacauan: tulisan­nya itu menggambarkan segala ~ dan kegeli­sahan fikirannya; 2. keterharuan: ~ hati; pengharuan perihal mengharukan; pengharu pengacau, pengganggu, perusuh.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas