rebah I | jatuh terbaring (orang dll), terletak berbaring atau bertiduran (pokok dll), tumbang: ia ~ pengsan; ~ menyembah tikar; ~ terlentang di atas lantai; membawa (memberi) ~ menjatuhkan (menggagalkan); ~ bek Kl rebah kerana sudah tidak bertenaga lagi; ~ belakang Kl, bp berehat (menghilangkan penat); ~-rempah rebah terguling-guling; dapat tebu ~ prb mendapat untung; sokong membawa ~ prb dikhianati (dicelakakan) oleh kawan sendiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jatuh | 1. turun ke bawah dgn cepat (bkn buah, daun, rambut, dll), gugur, luruh: buku itu ~ dr tangannya; ~ terduduk (terhentak, tersungkur, tertiarap); pandai ~ dapat mengelakkan celaan (kritikan dll); 2. menjadi kurang (bkn harga, nilai, dll), turun, merosot: nilai mata wang negeri itu semakin ~; 3. terbenam (bkn matahari): di sebelah matahari ~; 4. berbetulan dgn, bersamaan dgn, bertepatan dgn, tepat pd: perkahwinannya ~ pd 6 Ogos; 5. (bkn kerajaan, kabinet, dll), bubar, berhenti melakukan tugas, ditiadakan, tumbang, tidak berhasil (lulus): kerajaan itu ~ kerana undi tidak percaya; 6. bankrap, muflis: perusahaannya ~ kerana tidak cukup modal; 7. tidak berhasil, tidak lulus: anaknya ~ dlm peperiksaan tahun ini; 8. tidak dapat dipertahankan (dirampas musuh): bandar itu telah ~ ke tangan musuh; 9. sampai (di), tiba (di): hendak pergi ke Kedah ~ di Kelantan; 10. menjadi (miskin, sakit, dll);~ air muka menjadi malu; ~ bangun a) rebah dan bangun lagi; b) ki maju mundur (dlm kehidupan dll); ~ bebas (Fiz) gerakan suatu jasad yg dipengaruhi oleh graviti sahaja, iaitu tidak ada daya lain yg bertindak; ~ cinta = ~ hati = ~ kasih menaruh cinta (kasih) pd; ~ colok menjadi miskin, hilang kemegahan; ~ hati a) menaruh kasih (cinta) pd seseorang; b) menaruh belas kasihan pd seseorang dll; ~ ke atas memperoleh keuntungan (naik pangkat dll); ~ ke bawah ki turun pangkat dll; ~ ke tangan (musuh dll) menjadi milik (musuh dll); ~ ke tilam (di atas tilam, ke kasur, di atas kasur) a) memperoleh kesenangan (kekayaan dll); b) walaupun mendapat kesulitan dll tetapi tetap senang; ~ melarat menjadi melarat; ~ merek Id mendapat nama buruk (nama merosot); ~ miskin menjadi miskin; ~ nama mendapat nama buruk; ~ pengsan menjadi pengsan; ~ sakit kena penyakit; ~ talak sampai (berlaku) talak; ~ tempoh sudah lewat tempohnya (waktunya); ~ (tidak) berkait (berjolok) prb memperoleh sesuatu dgn sebab (tidak) diminta (diharapkan); biar ~ terletak, jangan ~ terhempas (terhentak) prb berhenti bekerja dgn kemahuan sendiri adalah lebih baik drpd dipecat; busuk berbau, ~ berdebuk prb kalau melakukan kesalahan (perkara-perkara yg tidak baik) akhirnya diketahui orang juga; sudah ~ ditimpa tangga prb kesusahan yg datang berturut-turut; berjatuh Id memberi sumbangan (derma dll); dijatuhi dikenakan, menjalani: mereka yg melakukan kesalahan tersebut akan ~ hukuman menjadi hamba; menjatuhi jatuh mengenai sesuatu: jangan melepaskan kayu itu, nanti ~ tanaman; menjatuhkan 1. melemparkan ke bawah, menggugurkan: dgn sengaja dijatuhkannya benda dlm tangannya itu; 2. menurunkan (nilai, harga, dll), memerosotkan: musuh-musuh kita senantiasa cuba ~ nama baik kita; 3. menggagalkan, membubarkan, menumbangkan: parti-parti pembangkang mencuba ~ kerajaan dgn undian tidak percaya; 4. menyebabkan (miskin, melarat, dll); 5. mengenakan: hakim telah ~ hukuman penjara atas pesalah itu; ia memang tidak segan-segan ~ hukuman kpd penyokong-penyokong komunis; ~ denda mengenakan denda; ~ hukum memberi keputusan terhadap sesuatu perkara; ~ maruah menghina, memberi malu; ~ talak menceraikan (isteri); ~ tangan kpd menghukum, menangani; terjatuh jatuh dgn tiba-tiba (tidak sengaja); ~ dihimpit jenjang prb berturut-turut mendapat kesusahan; kejatuhan 1. perihal jatuh, jatuhnya: ~ kerajaan yg dipimpin oleh PM yg tua itu telah lama diduga; 2. terkena (tertimpa) sesuatu yg jatuh; ~ bulan ki mendapat kebahagiaan (kesenangan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cantum | ; bercantum 1. bertaut semula (spt luka yg sudah baik dll); 2. bertemu dan melekat atau bersambungan (spt zip, bulu ayam, dll); 3. bergabung, bersambung: tiap-tiap kawasan ~ dgn kawasan yg di sebelahnya; 4. ada memuat atau berisi (karangan dll); carik-carik bulu ayam lama-lama ~ juga prb perkelahian sesama saudara itu akhirnya berbaik juga; mencantum 1. menemukan (merapatkan, melekatkan) supaya bercantum; 2. menyemat (dgn jarum dll); 3. memindahkan (menumbuhkan) mata tunas suatu pokok pd pokok lain (utk mendapat pokok yg lebih baik); mencantumkan 1. merapatkan (benda atau hal) supaya bertaut (melekat, bersatu, dll), memautkan, melekatkan, menyatukan, memadukan, menempelkan; 2. menyematkan (dgn jarum, pin, dll); 3. menikamkan: dicantumkannya keris pusaka itu pd dada terus ke belikat; 4. memasukkan atau menyertakan (dlm majalah, acara, dll): nama peserta-peserta mesyuarat itu telah dicantumkan dlm surat edaran; tercantum 1. sudah dicantumkan; 2. termasuk atau termuat (dlm majalah, acara, dll); 3. tersemat atau terkandung dlm hati (cita-cita dll); cantuman 1. = percantuman perihal bercantum, pertemuan, pertautan, pergabungan, perpaduan, penyatuan: aku akan terus berjuang utk ~ Singapura dgn Tanah Melayu; 2. = percantuman perihal mencantumkan bahagian-bahagian yg berlainan menjadi satu (motokar dll); 3. barang apa yg dicantumkan atau utk dicantumkan: biasanya barang-barang ini digunakan hanya sbg ~ yg tidak kekal; 4. perihal memindahkan (menumbuhkan) mata tunas suatu pokok pd pokok lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rumpun | 1. kumpulan tumbuhan yg seolah-olah mempunyai akar yg sama (kerana tumbuh anak-beranak), perdu: ~ buluh; ~ padi; 2. ki perindukan (orang-orang yg seketurunan, mempunyai nenek moyang yg sama), segolongan besar bangsa (bahasa) yg sama asal dan jenisnya, golongan yg sejenis (karya kesusasteraan): ~ bangsa Mongol; bahasa Melayu dan bahasa Jawa termasuk dlm satu ~ bahasa; ~ cerita rakyat; 3. = ~ telinga lekuk daun telinga; 4. ikatan, rangkaian; alah di ~ betung prb, Mn kekalahan yg tidak memuaskan orang (pihak yg kalah); tak jauh rebung di ~nya prb perihal perangai anak yg tidak berbeza drpd orang tuanya; serumpun 1. satu rumpun, satu perdu yg banyak pokoknya: ~ buluh; 2. segolongan bangsa (bahasa dll) yg sama jenisnya, seperindukan: bangsa yg ~ dgn bangsa Mongolia; 3. setangkai, seikat (buah-buahan, bunga, dll): ~ bunga semarak api; ~ bagai serai, selubang (seliang) bagai tebu prb bersatu hati dlm segala hal; tebas buluh ~ prb perihal merosakkan seluruh kaum kerabat (kerana perbuatan yg tidak baik); keserumpunan perihal atau keadaan tergolong di dlm satu rumpun atau rumpun yg sama: ~ bahasa; berumpun, berumpun-rumpun 1. tumbuh merupakan rumpun (perdu), ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg berperdu; 2. beberapa rumpun, banyak rumpun; 3. ki beberapa tangkai, beberapa ikat (buah-buahan, bunga-bungaan, dll): bunga semarak api didapati berumpun-rumpun di hujung dahannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |