terai | bp mencuba, menguji, merasai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penjampian | perbuatan menjampi (memanterai). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bidai I | 1. sj tirai yg dibuat drpd bilah (buluh, rotan, dll) yg dijalin (kerai, terai, belat, dll); 2. bilah (buluh dll) utk membandut tangan yg patah dll; berbidai-bidai bergaris panjang-panjang yg selari; membidai 1. memasang bidai (pd rumah dll); 2. membandut dgn bidai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jampi | kata-kata tertentu yg diucapkan utk mendatangkan kesaktian (spt boleh menyembuhkan penyakit dll), mantera: kebanyakan orang zaman sekarang tidak percaya pd ~ lagi; ~-jampah = ~ serapah berbagai-bagai jenis jampi: ~ serapah pun berhamburan drpd mulut Siti Faezah yg kecil molek itu; berjampi bermantera, telah dimanterai (dijampi): Madon membawa sebilah parang panjang ~; menjampi, menjampikan membaca jampi, memanterai: pawang itu ~ air yg diberikan kepadanya; jampian 1. jampi mantera; 2. (yg) telah dimanterai; 3. menjampi; kejampian kena jampi (mantera); penjampian perbuatan menjampi (memanterai). | Kamus Dewan Edisi Keempat |