Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ra.khir]/[ter.a.khir] | تراخير

Definisi : paling akhir, di belakang sekali, kemudian sekali: barangkali ini nasihat ~ sebelum ia meninggal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ra.khir]/[ter.a.khir] | تراخير

Definisi : di hujung atau di belakang sekali letaknya; terkemudian; terkebelakang: Ayat yg ~ dlm karangan itu lebih baik dibuang saja. 2 bahagian atau tempoh yg kemudian sekali; penghabisan; kesudahan: Pd ~ tahun ini, saya akan melancong ke luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terakhir

Peribahasa

132

Between a rock and a hard place

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Lalu hangus, surut layu

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak lalu hangus, surut layu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terakhirdi hujung atau di belakang sekali letaknya; terkemudian; terkebelakang: Ayat yg ~ dlm karangan itu lebih baik dibuang saja. 2 bahagian atau tempoh yg kemudian sekali; penghabisan; kesudahan: Pd ~ tahun ini, saya akan melancong ke luar negara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terakhirpaling akhir, di belakang sekali, kemudian sekali: barangkali ini nasihat ~ sebelum ia meninggal;Kamus Dewan Edisi Keempat
penghormatan terakhirperbuatan memberi hormat kpd jenazah buat kali terakhir sebelum dikebumikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penghormatan terakhirperbuatan memberikan peng­hormatan kpd jenazah buat kali terakhir sebelum dikebumikan, mis menziarah, ber­tafakur dsb;Kamus Dewan Edisi Keempat
doktoralIB; ujian ~ peperiksaan sebelum yg terakhir di universiti (peringkat yg terakhir ialah utk mendapat gelaran doktor).Kamus Dewan Edisi Keempat
penghabisan1 kemudian sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di situ. 2 kesudahan; akhir: ~nya tiada sesiapa yg berjaya dlm pertandingan itu. 3 bahagian yg terakhir (pd sesuatu yg panjang spt jalan, tali dsb); hujung: Dia berhenti di ~ jalan itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penghabisan1. kemudian sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di situ. 2. kesudahan; akhir:~nya tiada sesiapa yg berjaya dlm pertandingan itu. 3. bahagian yg terakhir (pd sesuatu yg panjang spt jalan, tali dsb); hujung: Dia berhenti di ~ jalan itu.Kamus Pelajar
penghormatanperihal atau perbuatan meng­­hormati, pemberian hormat: rukuk dan sujud merupakan ~ seseorang hamba kpd Tuhan­nya; ~ terakhir perbuatan memberikan peng­hormatan kpd jenazah buat kali terakhir sebelum dikebumikan, mis menziarah, ber­tafakur dsb;Kamus Dewan Edisi Keempat
khatam1. sl cincin meterai; ~ Sulaiman cincin meterai Nabi Sulaiman; 2. tamat, selesai, habis; ~ kaji a) tamat belajar; b) = ~ Quran = ~ mengaji tamat atau selesai mengaji (mem­baca) Quran; 3. penghabisan, terakhir, penu­tup; ~ al-anbia = ~ segala Nabi yg terakhir drpd segala Nabi (iaitu Nabi Muhammad SAW); berkhatam; ~ pengajian (Quran) tamat kajian (bacaan Quran); mengkhatamkan menamatkan (bacaan, kajian, dll): ~ Quran; banyak drpd murid muridnya yg sudah dikhatamkan ditamatkan pengajian mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat
mutakhirterakhir, akhir-akhir ini, terbaharu, kemas kini: membicarakan puisi Malaysia ~; A.Samad Said terus-menerus mengikuti perkembangan sastera ~ di dunia; kajian yg dilakukan pd tahun-tahun ~ ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas