Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terangkan

Puisi
 

Cik Ali memacu kuda,
     Jangan diregang tali ragam;
Asal matahari matahari juga,
     Bulan terbit terangkan alam.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
membincangkanmemperkatakan, membicarakan: tidaklah dapat saya terangkan dan bincangkan satu persatu isi undang-undang jenayah;Kamus Dewan Edisi Keempat
kehomogenankeadaan atau sifat homogen: ~ pendapat dlm bidang politik boleh di­terangkan dgn dua proses yg berlainan.Kamus Dewan Edisi Keempat
erti1 maksud yg terkandung dlm sesuatu kata, ayat, peribahasa, lambang dll; makna: Cuba terangkan ~ perkataan ini. 2 guna; faedah: Kekayaan tidak ada ~nya bagi orang yg sudah sakit tenat. ~ kata makna sesuatu kata; ~ kiasan erti yg dilambangkan (bukan erti yg sebenarnya). bererti 1 mempunyai erti; ada ertinya; bermakna: Ayat-ayat itu tidak ~ sama sekali. 2 ertinya; maksudnya: Perbuatannya itu ~ menyindir kita. 3 berguna; berfaedah: Bantuan sebanyak itu tidak ~ sama sekali jika tidak ikhlas memberikannya. mengerti dpt menangkap atau dpt memahami erti sesuatu kata (ayat, isyarat dll): Dia ~ akan apa-apa yg dikatakan oleh gurunya. mengertikan 1 menerangkan erti sesuatu (kata dll); memberikan ertinya: kata-kata Inggeris yg diertikan dlm bahasa Melayu. 2 menjadikan orang dll mengerti: Memang susah ~ orang bodoh. pengertian 1 pengetahuan dlm fikiran atau gambaran ttg sesuatu; faham: Tidak mudah menanam ~ ttg rukun negara kpd murid-murid. 2 tanggapan; konsep: Dlm ~ kebudayaan yg luas ini, perkahwinan merupakan satu aspek hidup manusia bermasyarakat yg bersistem. seerti sama ertinya: kata ~ kata(-kata) yg sama atau yg hampir-hampir sama ertinya; sinonim.Kamus Pelajar Edisi Kedua
erti1. maksud yg terkandung dlm sesuatu kata, ayat, peribahasa, lambang dll; makna: Cuba terangkan ~ perkataan ini. 2. guna; faedah: Kekayaan tidak ada ~nya bagi orang yg sudah sakit tenat. ~ kata makna sesuatu kata; ~ kiasan erti yg dilambangkan (bukan erti yg sebenarnya). bererti 1. mempunyai erti; ada ertinya; bermakna: Ayat-ayat itu tidak ~ sama sekali. 2. ertinya; maksudnya:Perbuatannya itu ~ menyindir kita. 3. berguna; berfaedah: Bantuan sebanyak itu tidak ~ sama sekali jika tidak ikhlas memberikannya. mengerti dpt menangkap atau dpt memahami erti sesuatu kata (ayat, isyarat dll): Dia ~ akan apa-apa yg dikatakan oleh gurunya. mengertikan 1. menerangkan erti sesuatu (kata dll); memberikan ertinya:kata-kata Inggeris yg diertikan dlm bahasa Malaysia. 2. menjadikan orang dll mengerti: Memang susah ~ orang bodoh. pengertian 1. pengetahuan dlm fikiran atau gambaran ttg sesuatu; faham: Tidak mudah menanam ~ ttg rukun negara kpd murid-murid. 2. tanggapan; konsep: Dlm ~ kebudayaan yg luas ini, perkahwinan merupakan satu aspek hidup manusia bermasyarakat yg bersistem. seerti sama ertinya: kata ~ kata-kata yg sama atau yg hampir-hampir sama ertinya; sinonim.Kamus Pelajar
homogen(homogén) terdiri drpd bahagian-bahagian atau unsur-unsur yg sama jenisnya; kehomogenan keadaan atau sifat homogen: ~ pendapat dlm bidang politik boleh di­terangkan dgn dua proses yg berlainan.Kamus Dewan Edisi Keempat
guna I1 sesuatu yg mendatangkan faedah; manfaat: Apa ~nya kita pergi ke sana? 2 tujuan atau maksud drpd sesuatu yg ada; sesuatu yg memberi pengaruh: Terangkan apa ~ ‘ber’ dan ‘ter’ dlm ayat-ayat ini. 3 sesuatu yg baik; kebaikan: Orang yg tidak tahu membalas ~, jangan ditolong. ~ sama dpt dimanfaatkan secara bersama-sama oleh dua pihak atau lebih (bkn perkhidmatan, bangunan dsb). ~ tenaga penggunaan tenaga (manusia dll). berguna ada gunanya; dpt memberi faedah; mendatangkan manfaat: Semua kotak yg tidak ~ hendaklah dibakar. kebergunaan perihal atau keadaan berguna: ~ traktor dlm kerja membajak sawah memang tidak dpt dinafikan. menggunakan 1 melakukan sesuatu dgn; mengambil sesuatu utk sesuatu tujuan: Mereka telah mengambil buah itu dgn ~ pengait. 2 mengambil faedah atau manfaat drpd sesuatu; memakai sesuatu yg dpt memberi guna: Sekarang orang ~ tenaga elektrik utk memasak. mempergunakan menjadikan sesuatu yg tidak berguna (spt bahan-bahan buangan) ada gunanya: Sekarang ini ada usaha utk ~ sampah sarap sbg sumber tenaga. gunaan (bkn bidang pelajaran) yg ada kaitan dgn faedah atau guna secara praktikalnya berbanding dgn bidang teorinya. sains ~ sains yg berkaitan dgn faedah secara praktikalnya. matematik ~ matematik yg digunakan dlm bidang lain spt dlm bidang fizik dan kejuruteraan. kegunaan 1 hal mendatangkan guna (faedah): Paip-paip air telah dipasang utk ~ orang ramai. 2 yg digunakan: Dia menyediakan segala barang ~nya utk pergi bercuti. penggunaan perbuatan (usaha, kegiatan dsb) menggunakan sesuatu: ~ kayu-kayan makin bertambah. pengguna orang yg menggunakan sesuatu; pengambil faedah drpd sesuatu benda.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bincang I; berbincang, berbincang-bincang bertukar-tukar pendapat antara satu dgn yg lain mengenai sesuatu perkara yg penting: mereka sedang ~ tentang masalah kewangan persatuan; membincangkan memperkatakan, membicarakan: tidaklah dapat saya terangkan dan bincangkan satu persatu isi undangundang jenayah; perbincangan perihal berbincang: di situ saya dengar ~ mereka hendak merompak kedai intan berlian; pembincang orang yg membincangkan sesuatu: sebelum ~-~ memberikan pendapat masing-masing, ketua sidang memberikan ucapan pembukaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
guna I1. sesuatu yg mendatangkan faedah; manfaat: Apa ~nya kita pergi ke sana? 2. tujuan atau maksud drpd sesuatu yg ada; sesuatu yg memberi pengaruh: Terangkan apa ~ ‘ber’ dan ‘ter’ dlm ayat-ayat ini. 3. sesuatu yg baik; kebaikan: Orang yg tidak tahu membalas ~ jangan ditolong. ~ tenaga penggunaan tenaga (manusia dll). berguna ada gunanya; dpt memberi faedah; mendatangkan manfaat: Semua kotak yg tidak ~ hendaklah dibakar. menggunakan 1. melakukan sesuatu dgn; mengambil sesuatu utk sesuatu tujuan: Mereka telah mengambil buah itu dgn ~ pengait. 2. mengambil faedah atau manfaat drpd sesuatu; memakai sesuatu yg dpt memberi guna: Sekarang orang ~ tenaga elektrik utk memasak. mempergunakan menjadikan sesuatu yg tidak berguna (spt bahan-bahan buangan) ada gunanya: Sekarang ini ada usaha utk ~ sampah sarap sbg sumber tenaga. kegunaan 1. hal mendatangkan guna (faedah): Paip-paip air telah dipasang utk ~ orang ramai. 2. yg digunakan: Dia menyediakan segala barang ~nya utk pergi bercuti. penggunaan perbuatan (usaha, kegiatan dsb) menggunakan sesuatu: ~ kayu-kayan makin bertambah. pengguna orang yg menggunakan sesuatu; pengambil faedah drpd sesuatu benda.Kamus Pelajar

Kembali ke atas