Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Tidak dapat dikenang-kenang,
     Kalau dikenang mabuk kepayang;
Jangan disangka airnya tenang,
     Tempat di situ buaya berenang.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Dada manusia tidak dapat diselam.

Bermaksud :

Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga.

 

Lihat selanjutnya...(140)

127

What' done cannot be undone

Tidak ada gunanya bersedih atas kesilapan atau perkara buruk yang sudah berlaku kerana ia tidak dapat diubah lagi.

Nasi sudah menjadi bubur.

Looking back, I should have listened to my mother's advice. I should not have associated myself with bad guys and get involved in drug abuse. Now, I am facing the consequences, but what' done cannot be undone.

Mengenang kembali, saya seharusnya mendengar nasihat ibu. Saya tidak sepatutnya bercampur dengan budak jahat dan terjebat dalam penyalahgunaan dadah. Kini, saya menerima padahnya, tetapi apa gunanya saya meratap, nasi sudah menjadi bubur.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(40)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terjawabdapat dijawab; tidak ~ tidak dapat dijawab, tidak dapat diberikan jawabannya atau penjelasannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
terkuasai; tidak ~ tidak dapat dikuasai (dikendalikan dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
terkuasa; tidak ~ tidak dapat dikuasai (dikendalikan dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
patah lidahtidak dapat berkata (dgn lancar), tidak dapat menjawab;Kamus Dewan Edisi Keempat
kalis I1. tidak berkilat atau bersinar (bkn kaca, barang logam, dll, kerana berselaput sesuatu dll), pudar, suram; 2. tidak dapat dimasuki (diserapi) sesuatu (spt air dll): ~ air; ~ gas; 3. tidak dapat (boleh) kena penyakit; ~ air tidak dapat dimasuki air; ~ api tidak boleh terbakar atau dijilat api (bkn pakaian, pintu dsb); ~ bunyi tidak boleh ditembusi bunyi (bkn bilik dsb); ~ cuaca tidak mudah rosak apabila terdedah kpd cuaca (bkn cat dsb); ~ debu tidak boleh dimasuki atau dilekati debu (bkn bilik, peralatan elektronik dsb); ~ gas tidak dapat dimasuki gas; ~ jais tidak dapat menerima ajaran atau nasihat; ~ karat tidak dapat dimakan karat, biasanya disaluti bahan pencegah karat; ~ peluru tidak boleh ditembusi peluru.Kamus Dewan Edisi Keempat
tidak terjawabtidak dapat dijawab, tidak dapat diberikan jawabannya atau penjelasannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
senyampang1. kebetulan, untunglah, mujurlah: ~ hari masih pagi, jika tidak, tidak dapat kita kembali; 2. kalau-kalau, jika sekiranya: ~ balik esok, jemputlah singgah; 3. selagi, sementara: ~ ada peluang tuan ziarahi kubur; 4. mentang-mentang, masakan: ~ dia ber-pangkat, bukan main sombong lagi.Kamus Dewan Edisi Keempat
lengsan(léngsan) tidak dapat dipercayai, tidak dapat diharap: orang haiwan hatinya ~ tidak boleh diharap satu kerjaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
terkajidapat diselidiki (diperiksa, diduga); tidak ~ tidak dapat diselidiki, tidak terduga;Kamus Dewan Edisi Keempat
kebal I1. tidak dapat ditembusi (dilukai) oleh senjata (peluru dll), tidak lut: mereka ~, tidak lut oleh senjata; kereta ~; ilmu ~ ilmu yg membuat seseorang itu tidak luka oleh senjata tajam dan tidak dapat ditembusi peluru; 2. tidak boleh didakwa (dituntut) dlm mah­kamah: ahli Parlimen ~ selama bersidang di Parlimen; 3. Id tidak dapat dihinggapi penyakit; ~ daging tidak lut; ~ katak puru = ~ kulit nangka kebal kerana kulit menjadi sangat keras; ~ pakan kebal kerana tidak dapat di­kenai senjata dll; ~ penimbul (raksa) kebal kerana telah dimasukkan raksa ke dlm badan (dgn dijampi); ~ simpul kebal kerana tidak pecah tembuni ketika dilahirkan; mengebal menjadi kebal; mengebalkan menjadikan kebal; kekebalan 1. perihal tidak dapat ditembusi (dilukai) oleh senjata (peluru dll): ~ seorang pendekar; 2. (Udg) perihal boleh dilindungi atau dikecualikan drpd sesuatu pendakwaan (hukuman, tindakan dsb), imuniti: mahkamah itu memutuskan bahawa perlembagaan Amerika tidak memberikan apa-apa ~ kpd seorang presiden; ~ raja-raja; ~ diplomatik kebebasan yg diberikan kpd dip­lomat asing drpd didakwa di mahkamah; ~ raja konsep yg menyatakan bahawa tindakan undang-undang tidak boleh dibawa terhadap raja kecuali di bawah Perkara 183 Perlem­bagaan Persekutuan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas