nambat | Mn jangan, tidak usah; kok pahit ~ diluahkan prb jika pahit janganlah diludahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggaduhkan | 1. = menggaduh, mengacau(kan), mengganggu: orang Abong tiada lagi akan menggaduh anak buah perwatin; 2. mengkhuatirkan, merunsingkan: perkara makanan tidak usah digaduhkan kerana saya akan sediakan sendiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memalukan | 1. memberi malu, menyebabkan malu: akibatnya nanti bukan hanya ~ tetapi juga merugikan; 2. malu kerana sesuatu (pakaian dll): tak usah dimalukan rumah buruk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyusahkan | 1. menjadikan (seseorang) susah, menyukarkan, menyulitkan: aku tidak ada kerja dan itulah yg ~ aku; kanak-kanak kecil tidak perlu disusahkan dgn pengajaran penggunaan imbuhan yg kompleks; 2. menjadikan susah (sedih, risau, dll), mendukacitakan, merisaukan: tak usah menangis, apa pula yg disusahkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susah | 1. perasaan tidak puas hati (kerana sukar, sulit, dll), perasaan tidak senang: pekerjaan makan gaji itu memang ~ pd mulanya, tetapi kalau sudah biasa kelak menjadi senang; 2. tidak mudah (mendapat, mencari, dll sesuatu), sukar, sulit: masa itu memang ~ hendak membeli kain baju, kalau adapun harganya mahal-mahal; 3. = ~ hati tidak senang hati, sedih hati, dukacita: jangan ~, nanti ia akan kembali lagi; 4. serba kekurangan, miskin, papa: ~ dan senang kehidupan kaum keluarga, tidaklah menjadi penghalang kpd budak-budak itu bersuka ria; 5. kesukaran, kesulitan: adalah suatu ~ kepadaku sebab tidak tahu bahasa Hindustan itu; bersusah 1. = ~ payah = bersusah-susah melakukan sesuatu dgn susah payah, berpenat lelah (mengerjakan sesuatu): Presiden Jamal Abdul Nasir telah ~ payah benar memberitahu dunia luar bahawa dunia Arab bersatu dlm hal itu; 2. = ~ hati berasa susah hati, berdukacita: dia berharap mak cik tidak akan ~ lagi; menyusahi menjadikan (mendatangkan) susah, mengganggui: tak usah disusahi aku, bukannya apa-apa, aku cuma pening sahaja sedikit; menyusahkan 1. menjadikan (seseorang) susah, menyukarkan, menyulitkan: aku tidak ada kerja dan itulah yg ~ aku; kanak-kanak kecil tidak perlu disusahkan dgn pengajaran penggunaan imbuhan yg kompleks; 2. menjadikan susah (sedih, risau, dll), mendukacitakan, merisaukan: tak usah menangis, apa pula yg disusahkan; mempersusah menjadikan lebih susah: jangan dibiarkan hati tersandung duka, jangan fikiran dipersusah; kesusahan 1. perihal susah, kesengsaraan, kesukaran, kesulitan: separuh drpd ~ yg dihadapi oleh manusia ialah ~ mencari makanan; 2. menanggung susah, kepayahan: janganlah kamu biarkan pd masa ia dlm ~ atau keuzuran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daki II | ; mendaki 1. memanjat (gunung, bukit, dsb): pengembara itu terpaksa ~ gunung dan meredah hutan; 2. menuju ke puncak (gunung, bukit, dsb) atau ke bahagian yg makin tinggi: jalan kecil yg berliku ~ bukit Seri Melaka; 3. makin menaik atau meninggi: memandu kereta mengikut jalan yg ~;mendakikan memanjatkan, menaikkan, memajukan;terdaki dapat mendaki (didaki): dia tidak ~ bukit yg setinggi itu;pendakian 1. perihal atau perbuatan mendaki, pemanjatan; 2. = dakian tempat yg mendaki (menaik): tidak usah kita tertawa pd waktu turun kerana ~ akan ditempuh pula;berpendakian mempunyai tempat mendaki: di sana akan bertemu alam datar, tidak ~, tidak berpenurunan lagi;pendaki orang yg mendaki; ~ gunung orang yg mendaki gunung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perlu | 1. keharusan (yg tidak dapat dielakkan), kemestian: sembahyang dan puasa antara perkara yg menjadi ~ bagi orang Islam; 2. menjadi kemestian (utk mendapat sesuatu dll), harus, terpaksa: tiap-tiap borang permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon; penanam getah ~ menunggu antara lima hingga tujuh tahun utk mendapat hasilnya; tidak ~ tidak mesti, tidak payah, tak usah; 3. harus ada (diperoleh), berguna, mustahak, penting: kerjasama petani-petani adalah ~ utk menjayakan rancangan tersebut; sebelum dibeli sesuatu barang baiklah kita fikirkan sudah ~kah barang itu kpd kita; 4. = ~ akan (dgn) sangat menghendaki (akan), berhajat (akan): utk melaksanakan rancangan ini kita ~ bantuan wang dan sokongan; 5. sesuatu yg dikehendaki (dipentingkan), hajat, kepentingan: ada ~ apa saya dikehendaki datang ke pejabatnya?; apa ~nya apa gunanya (sebabnya); 6. = ~ utk untuk, bagi, buat, guna: ia pergi ke sana ~ mengambil pakaiannya; seperlunya sekadar (setakat) yg perlu sahaja, jika perlu sahaja: ia sedia memberi bantuan ~; memerlukan 1. menjadikan perlu, memestikan, mewajibkan: ibu bapa digesa supaya ~ pelajaran bagi anak-anak mereka; 2. menghendaki (menghajatkan) sangat-sangat, mahu benar-benar: negara kita ~ banyak lagi doktor dan jurutera; 3. membuat sesuatu kerana memikir lebih perlu drpd perkara (kerja) lain; perlu-memerlukan saling memerlukan: mereka hidup dlm masyarakat yg ~ antara seorang dgn yg lain; keperluan 1. perihal perlu: ~ akan air paip sangat terasa di setengah-setengah kampung; 2. sesuatu yg diperlukan, keharusan, kemestian: undang-undang yg sempurna dan adil adalah suatu ~ utk mencapai pemerintahan yg baik; 3. sesuatu yg diperlukan (dikehendaki), sesuatu yg berguna, kepentingan: wang drpd gajinya sahaja tidak cukup untuk membeli ~ hidup utk keluarganya; ~ bersama kepentingan bersama; utk (bagi, buat, guna) ~ perlu atau digunakan utk; 4. hajat, kehendak, maksud, tujuan: ia tidak ada ~ apa-apa, hanya utk berkenal-kenal dgn mereka sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kawan I | 1. kumpulan (binatang), kelompok, gerombolan (penjahat, pengganas, dll): Panglima Hitam melihat ~ ikan berenang-renang di air jernih; datanglah kpd saya se~ muda-mudi; 2. sahabat, teman (dlm pergaulan sehari-hari), rakan: hendak tahu akan baik orang, tanyalah kpd ~nya yg karib; aku dgn beberapa orang ~ telah mengungsi ke Merbuk; 3. orang yg bersama-sama melakukan sesuatu (terlibat dlm kegiatan, pekerjaan, dll yg sama), teman: ~ sekerja; 4. bp ahli rumah tangga (suami atau isteri), teman hidup: bakal menantuku sudah ada, ~ hidupmu yg ibu idam-idamkan sudah tersedia; 5. pemakan, jodoh; ~ sirih apa yg dimakan dgn sirih; 6. Jh, bp kata ganti diri pertama, aku, saya: ~ harap bila ayah ~ pindah rumah nanti, awak boleh datang; ~ berbuat Id orang yg berserta melakukan kejahatan; ~ berlumba saingan (berlari); ~ sekelas budak (teman) yg sama kelasnya; umpama burung tumpang beramai dgn ~ banyak prb perihal orang dagang yg tidak sungguh dan tidak tetap hatinya di negeri orang; berkawan 1. = berkawan-kawan, berkawanan berkelompok-kelompok atau berkumpulan-kumpulan (bkn binatang atau manusia), beramai-ramai, bergerombolan: dia terpandang-pandang ikan kecil dan besar berkawan-kawan; orang telah ramai datang berpasang-pasang, berkawan-kawan; burung pipit yg berterbangan berkawanan dr dahan ke dahan; 2. bergaul dan berbaik-baik dlm hubungan sehari-hari, menjadikan (menganggap atau melayani sbg) kawan, bersahabat, berteman: tidak pernah ia menolak orang-orang yg mahu ~ dengannya; tak usah ~dgn dia; 3. mempunyai pasangan hidup (suami atau isteri), sudah berkawan (bersuami atau beristeri); mengawan melakukan perhubungan jenis (bkn haiwan), bersetubuh (bkn haiwan): katak biasanya kembali ke air utk ~ dan bertelur; mengawani menemani: seorang dua adiknya boleh dibawanya tinggal bersama-sama utk ~nya apabila Kamal terpaksa meninggalkan rumah; memperkawan 1. menganggap (mengambil) sbg kawan, membuat kawan dgn; 2. minta pertolongan kpd; memperkawankan 1. mengusahakan supaya berkawan atau bersahabat (bkn orang yg belum kenal-mengenal, orang yg bermusuhan, dll); 2. Mn mengahwinkan (anak perempuan); kawanan sekumpulan binatang, segerombolan penjahat, pengganas, dsb: spt seekor lembu di tengah-tengah ~ kambing; pengawanan perbuatan atau proses mengawan: proses ~ itu berlaku utk menghasilkan baka lembu yg berkualiti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gaduh I | 1. gempar, huru-hara, riuh-rendah (kerana pertengkaran, kerusuhan, dll): petani-petani membuat ~ kerana kekurangan air di sawah; 2. pertengkaran, perkelahian; membuat ~ a) bertengkar, berkelahi; b) membuat bising (gempar); 3. selalu gelisah atau bimbang kerana sesuatu sebab, berasa tidak tenteram: hampir setiap hari ia ~ sakit saja;bergaduh 1. berkelahi, bertengkar: baiklah berhati-hati jangan sampai ~ dgn orang itu; 2. membuat gempar (bising): orang sangat hairan melihat gadis-gadis ~ dgn sengitnya; 3. campur aduk, kusut, tidak keruan, sangat kacau: kalau bangsa-bangsa dlm negeri mulai ~, sukarlah hendak menenteramkan mereka kembali;bergaduhan saling bergaduh: kedua-dua puteranya ~ sebab merebut takhta Siak;menggaduhkan 1. = menggaduh, mengacau(kan), mengganggu: orang Abong tiada lagi akan menggaduh anak buah perwatin; 2. mengkhuatirkan, merunsingkan: perkara makanan tidak usah digaduhkan kerana saya akan sediakan sendiri;kegaduhan perihal gaduh, kekacauan, kerusuhan;pergaduhan perkelahian, pertengkaran, perbantahan, rusuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
malu I | 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; pang-lima tak bermalu, melerek-lerek macam kam-bing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya; 3. menaruh hormat akan, berasa segan (agak takut): ia sendiri masih begitu ~ hendak mengemukakan pertanyaan ini; ~ besar malu yg amat sangat; ~ mata segan, hormat; ~ bertanya, sesat jalan = ~ berdayung, perahu hanyut = ~ makan, perut lapar prb kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mendapat kejayaan; ~ kalau anak harimau menjadi anak kucing (kambing) prb tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai menjadi jahat atau bodoh; semalu; sehina ~ mempunyai nasib yg sama, seia, sekata; malu-malu nampaknya sangat malu: ma-suklah, jangan ~; dgn sikap yg ~, dinya-takannya maksudnya dlm bahasa yg lembut; ~ bahasa berasa segan-segan (sewaktu berhadapan dgn orang yg dihormati dll); ~ kucing berpura-pura malu; memalui ark 1. menaruh malu pd: dialah yg harus kaumalui; 2. menghormati, menakuti, menyegani: pd ketika itu segala anak raja-raja Inderagiri tiada dimalui oleh segala anak tuan-tuan Melaka; memalukan 1. memberi malu, menyebabkan malu: akibatnya nanti bukan hanya ~ tetapi juga merugikan; 2. malu kerana sesuatu (pakaian dll): tak usah dimalukan rumah buruk; termalu-malu berasa agak malu: selama besar ini dia ~ memanggil abang kpd Ramlan; kemaluan 1. perihal malu, sesuatu yg mendatangkan malu, rasa malu: jikalau si Tuah ada, dapatlah ia menghapuskan ~ku; 3.mendapat (berasa) malu: hendaklah tuan berikan kehendaknya supaya kita tidak ~; 4.bh alat kelamin (laki-laki atau perempuan); kemalu-maluan berasa sangat malu, tersipu-sipu: dia tunduk ~;pemalu (orang yg) mudah berasa malu.bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; pang-lima tak bermalu, melerek-lerek macam kam-bing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |