Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
wajar (adjektif)
1. Bersinonim dengan sepatutnya: seharusnya, munasabah, semestinya, bersesuaian, selayaknya,

2. Bersinonim dengan biasa: bersahaja, tidak dibuat-buat, memang begitu, norma,

Kata Terbitan : sewajar, sewajarnya,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
wajar1. memang begitu (tidak dibuat-buat, ditambah-tambah, dll); nasi ~ nasi biasa (nasi putih, tidak bersantan, dll); 2. sebagaimana yg sepatutnya (bersesuaian, kena pd tempat­nya, dsb), dapat diterima atau dipertahankan sbg munasabah, seharusnya, semestinya, sepatutnya: kaum wanita harus mendapat tempat yg ~ dlm masyarakat; tuntutan rakyat yg ~ utk keperluan hidup; sewajar; ~ dgn sama halnya dgn, selaras dgn, setimbal dgn, sesuai dgn; sewajarnya 1. memang begitu halnya (ke­adaannya dll), sebenarnya (demikian), se­memangnya: sbg seorang yg dilahirkan di Negeri Sembilan, maka sudah ~ pula saya sentiasa bersimpati dgn perjalanan adat Perpatih di Negeri Sembilan; 2. memang begitu sifatnya (kudratnya, tabiatnya), sudah semestinya begitu: pertengkaran antara puak pembangkang dgn puak kerajaan yg berlaku dlm parlimen itu sudah ~; 3. dgn begitu sahaja, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksa), dgn sendirinya: jangan dihalang fikiran kanakkanak yg tumbuh dgn ~; 4. sesuai dgn yg seharusnya, sebagaimana mestinya, sebagai­mana patut: kandungan Quran itu harus difahami dgn ~; mewajarkan menjadikan dapat diterima atau dianggap sbg sepatutnya atau seharusnya demikian, menjadikan (memperlihatkan dsb) wajar: filem ini tidak berusaha utk ~ kekuasaan kolonial bangsa kulit putih; saya tidak nampak sebarang alasan atau hujah yg kuat yg dapat ~ kita bertindak menghapuskan tulisan Jawi; kewajaran perihal wajar: perbincangan di atas telah menunjukkan ~ pendirian ini; apakah ada ~ atau tidak utk bertindak sedemikian?Kamus Dewan Edisi Keempat
ke­ber­tanggungjawabanperihal atau sifat bertanggungjawab terhadap: Dia terlalu mengambil berat dan wajar diberi pujian atas ~nya terhadap projek itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mainan1. benda yg diguna­kan (oleh kanak-kanak) utk bermain: anak-nya bermain dgn ~nya; 2. sesuatu yg ke­lihatan spt bentuk asli tetapi cuma tiruan sahaja: bersama mereka dijumpai dua keping topeng hitam dan sepucuk pistol ~;3. sesuatu yg digunakan utk bermain-main sahaja atau yg dipermainkan: politik bukanlah satu ~ sebaliknya satu amanah, maka wajar-lah dibantu dgn ilmu;Kamus Dewan Edisi Keempat
mainan, main-mainan 1. benda yg diguna­kan (oleh kanak-kanak) utk bermain: anak-nya bermain dgn ~nya; 2. sesuatu yg ke­lihatan spt bentuk asli tetapi cuma tiruan sahaja: bersama mereka dijumpai dua keping topeng hitam dan sepucuk pistol ~;3. sesuatu yg digunakan utk bermain-main sahaja atau yg dipermainkan: politik bukanlah satu ~ sebaliknya satu amanah, maka wajar-lah dibantu dgn ilmu;Kamus Dewan Edisi Keempat
arif1. yg mengetahui (biasanya dirujuk kpd seseorang yg memahami sesuatu dgn men­dalam atau luas pengetahuannya): saya meng­angguk lagak doktor yg sudah ~ akan penyakit yg dihidapi kanak-kanak itu; ia ~ akan hal-hal tersebut; ~ bijaksana arif lagi pandai; 2. bijaksana, berasaskan pemikiran yg mendalam: hal inilah yg wajar diselidiki, wajar diberi penelitian secara ~; 3. Ar orang yg mendapat makrifat drpd Allah. mengarifi arif akan, memahami: sbg seni­man, dia sewajarnya ~ apa yg berlaku di sekitarnya; mengarifkan menjadikan arif; kearifan perihal arif: mereka meminta nasihatnya kerana ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
tingkah Iperbuatan yg ganjil-ganjil atau tidak patut, canda, olah, ragam: ia teringat-ingat ~ kawannya yg cepat menimbulkan marah­nya tadi; banyak ~ banyak ragam; salah ~ ber­laku tidak wajar; ~ laku (langkah, perangai) gerak-geri, kelakuan, perbuatan: ia disukai orang kerana kehalusan budi bahasanya dan kebaikan ~ lakunya; bertingkah 1. melakukan perbuatan yg ganjil-ganjil (buruk dll): monyet jenis ini suka ~; 2. berbuat tidak wajar (yg bukan-bukan), berlaku ganjil: jangan kau ~ terhadapku kerana aku bukan anak kecil lagi; ~ laku berbuat berbagai-bagai laku, berlaku; 3. = bertingkahan tidak sekata (seimbang, se-haluan) dgn, tidak sama nadanya dsb (dgn): memanglah ganjil dan sumbang kalau gong atau gendang ~ dgn dram.Kamus Dewan Edisi Keempat
mesti1. tidak boleh tidak, wajib: kau ~ makan, kalau tidak sakit nanti; 2. tentu, pasti: apa Kamal buat ~lah Aini tahu; 3. patut, wajar: ketiga-tiga orang tua itu disuruh duduk, maka kepadanya dimajukan pertanyaan menurut ~ nya; semestinya 1. sepatutnya, sewajarnya: sudah ~lah ayah tidak mahu mengikut kata-kataku; 2. sebenarnya, sememangnya: ke-padanya sudahlah nyata bahawa kasih dan cinta itu bukan ~ membawa kebahagiaan; memestikan 1. mewajibkan: tiap-tiap orang Islam dimestikan berpuasa dlm bulan Ramadan; 2. menentukan, menetapkan; termesti dimestikan (diwajibkan); kemestian 1. sesuatu yg dimestikan, ke­wajiban; 2. ketentuan, ketetapan.Kamus Dewan Edisi Keempat
perenggan1. batas, perhinggaan, sempadan: pergaulan bebas haruslah ada ~nya; ~ negeri sempadan negeri; 2. had, takat: apabila air pasang paras air di pantai ini naik ke ~ pinggang; 3. bahagian drpd muka atau bab dlm buku (rencana dll) yg terdiri drpd beberapa baris, paragraf: tiga ~ di atas menghuraikan latar belakang masalah ini; syarat-syarat yg diperlukan ada dinyatakan dlm ~ kedua bab pertama; berperenggankan berbataskan, bersempadankan; memerenggankan 1. mengehadkan, mem­bataskan; 2. membahagikan sesuatu (mis teks) kpd beberapa perenggan; pemerengganan proses atau perbuatan me­merenggankan sesuatu: penggunaan tanda baca dan ~ yg wajar.Kamus Dewan Edisi Keempat
konteks(kontéks) 1. ayat (bahagian rencana dll) yg menentukan atau menunjukkan erti perkataan (ungkapan dll) yg terkandung di dalamnya: erti perkataan ini tidak dapat dipastikan kerana tidak disertai ~nya; 2. keseluruhan keadaan atau latar belakang ter­tentu yg ada kaitannya atau dapat dihubung­kan dgn sesuatu: cadangan YB Menteri ini amat wajar sekali dlm ~ perkembangan bahasa Melayu masa kini.Kamus Dewan Edisi Keempat
serong I(sérong) 1. menyimpang dr arah yg lurus (garis dll), tidak tepat atau tidak lurus (letak, potongan sesuatu, dll): letak rumah-nya ~; batang itu mestilah dikerat melintang, tidak dipotong ~; jalan yg ~ a) jalan yg tidak lurus (ke barat, ke timur, dll); b) perbuatan yg salah (tidak sbg semestinya); kain ~ (bugis) sj cara memakai kain; memandang ~ a) memandang ke samping; b) menganggap tidak wajar; 2. ki tidak lurus hati, tidak jujur, curang: berlaku ~; menyerong tidak lurus arahnya (berjalan, memotong, dll), mencong: masukkan jarum ~ dr belakang; menyerongkan 1. menjadikan serong (letak, bentuk, dll), memencongkan: ~ jarum ke kiri; 2. ki menjadikan curang, me­mesongkan: kekayaan boleh ~ kebenaran; keserongan ki perihal serong (curang dll), kecurangan; penyerongan perihal menyerongkan se­suatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas